kate taknak apdet.haih...


selepas berjaya berpuasa selama 29 hari
dan tuhan bagi cuti raya 7 hari

sekarang saya kembali berdiet mengikut saranan Islam.

heh. baru dapat sehari. ada lagi lima. mohon enam yang sempurna.

ameen..^^

Read more...

break on 8


bismillah,
dan assalamualaikum warahmatullah...

heh. intro baek punya.

okay. cuma nak cakap yang saya takde feel untuk blogging these days. owh menulis tak akan pernah berhenti tapi mungkin bukan di sini. kalau banyak masa sila guna mesin merentas masa cari najwa abdullah di mana-mana ceruk alam maya ni. muehehehehe.

in mean time, nak cakap yang saya only get praised on my sambal belacan untuk menu hari raya hari tu. menu utamanya? nasi beriyani weh. after bersilat bergendang dengan ayam dengan kuali dengan bapak periuk (dah tentu dengan sang master laa) last-last kena puji dek sambal belacan yang hanya di-blend tuh?

huh.

haha.

okay. bersyukur lah cik naj wa weh ade jugak orang nak puji nko punya air tangan...

yang siap tanya resepi dekat aku ialah ibu beranak enam. selambe badak aku cakap ni mujur blend je. kalau aku rajin bersilat dengan alu dan tuk lakinya lesung, mau sawan sorang-sorang makan sambal aku tuh....

hahahahahahahahahahahaaaaa.




okay. post yang bosang!..dah cakap takde mood nak blogging kan, so people yang suka menulis keep on writing sampai muntah sebab ada je orang yang suka baca. seriously ADA yang suka baca.

in anyway, membaca kan jambatan ilmu. budak darjah satu pun dah dimomokkan dengan slogan boleh blah ni...

till then, see ya'. sooner or later, only time will tell
^^

Read more...

define raya


IMG_4032

salam eid-mubarak untuk semua yang sengaja atau tak tersengaja membaca post ini. heh. lewat sangat wish-nya?..biasa ah. najwa memang macam ni. sokmo-sokmo waiting for very the last minute untuk settle kes-kes macam ni. tapi ni bukan nama last minute kut. ni namanya ketinggalan kereta api malaysia berhad dah ni. wakakakakakaka

*

pagi-pagi dah gaduh sikit lagi boleh pass masuk WWE. semua gara-gara berebut masjid. yang hero-hero kampung tiga orang itu mau ke kusza. yang terpaksa berjelita seorang-seorang ni sebab si emaknya dah raya awal mau ke wakaf tembesu. hah. masing-masing bagi laa direction dekat si abah suruh kona si ni la suruh u-turn sana la. last-last yang jelita ni jugak menang. hahahahaaa. aku kan berdaulat. buat-buat tak tau pulak...

*


IMG_6093

the faces of kids. and toddlers.

they are the most happiest people on hari raya. bagi la singgit je pun, mereka kan tersenyum sampai hujung gigi yang berlubang yang hitam bertompok tertayang tanpa segan silu.


IMG_6094

basyirah. gila makan tapai budak ni. lek-lek macam orang tua doh. haih laa.

IMG_6100

aisyah-basyirah-nuha


orang tua?
mereka juga berbunga hati melihat segenap lapisan umur anak cucu datang berziarah. hulurlah 50ringgit sekali pun, bukan itu yang mereka dambakan. ingatan daripada yang jauh itu penting.

tapi sorry ah. orang tua kampung aku pemalu semuanya. angkat saja kamera, mulut dah bercot-cet cot-cet jerit malu malu malu tak mboh tak mboh tak mboh. hahahahaaa. acah je pun tuk weh... kita yang dah sedikit matang ni, faham-faham je la. diorang kan gigi dah tak berapa nak ada. heh. kang senyum terlebih ada yang pengsan tengok. eheh. okay okay kidding. i love u all lah, my tuks'!

heh.


dan sebenarnya.

sebenar-benar define raya untuk aku,

pelita, budak-budak tak cukup umur, dan orang tua tak cukup gigi.

mereka lah yang sebenarnya buat kita tak pernah jemu sambut raya every year.

every year, people.


*


semua, semoga berbahagia raya ini hendaknya.


love,

Naj Wa & Co.
^^

Read more...

i doubt it


hey you blog,
mood raya sudah ada ka?

Read more...

24/7


"Daripada Allah kita datang dan kepada dia juga kita kembali, Jade. Tak pernah salah untuk kita ingat hakikat tu."

"dan Dia sendiri nak kita ingat pada Dia around the clock. Bukan hanya waktu solat puasa dan di masjid aje. Itu sekular namanya. Islam itu bukan sekadar agama. Islam itu addin. Addin tu cara hidup. Kita hidup dua puluh empat jam tujuh hari. Maka Islam kita juga twenty four/seven."


Wak Duku to Jade~
Hlovate-Rooftop Rant-353-


sound cliche,
isnt?
tapi percayalah benda ni bukan yang boleh suka-suki jadi darah daging.
walau puasa pun belum tentu ingat Allah 24/7
solat tunggang tonggeng belum tentu hati fikir Allah Allah Allah

payah tapi kena buat
wajib buat
a must

*


p/s: lena dengan falsafah RR je semalam. Ramadhan berbaki 4 hari. mampu menangiskah aku di pagi raya?boleh jadi macam newborn baby-kah pagi raya nanti?..meh ponder sesame meh...

Read more...

kena wujud sekarang kah?



dulu,
sebelum puasa dah rindu lagu raya. santai-santai buat assignment, pasang sedas-dua lagu raya. housemates terlopong ternganga. gila ape budak ni puasa pun tak start lagi dah berpe'el dengan lagu raya

dulu,
excited telefon ummi hari-hari. tanya updates. rumah dah kemas ke? balang kuih dah start penuh ke? kuih raya berapa jenis kerepek berapa jenis jugak? nak suruh buat jugak ke? menu pagi raya nak masak apa? same things, so on and so forth.

dulu lagi,
sibuk bertanya tahun ni balik mana dulu machang ke bukit payung. eheh. macam mem besar je kat rumah tu. lepas confirm mula lah terbayang-bayang kalau balik machang berapa banyak duit boleh kutip (biasa banyak weh!) pastu siapa lagi boleh jumpa kekasih hati ke sepupu hati ke.. eh tetttt. kalau balik bukit payung, duit sikit je (tak bersyukur langsung!). layan toddlers je la. tapi taper-taper i like sajaaaaaa. soalan cepu gangsa pun berterabur orang tanya. weh oh weh ingat senang ke nak layan anak teruna orang. diri sendiri pun sa' chap ayam lagi weh. haih


itu dulu

kenyataan sekarang ialah...


i tak tahu mood raya i menyorok kat mana..kelam je perasaan sekarang. nusuk di sebalik helaian tesis ke? ke di sebalik timbunan barang kat meja ni kelih jap ya rabbi macam sarang tikus dah. tikus pun belum tentu sanggup nak make living kat sini. haih.

suppose, i tak payah fikir ah. ahad dijangka raya. rabu malam balik kampung oh oh oh balik kampung. sabtu masih sempat bikin mood tu.

sempat kalau umur panjang.

dah ah. off dulu.


***

*sakit tayar ngguh budok ni base i i pagi-pagi buta. kejadah....

Read more...

=)


di sebalik kekhilafan diri yang menimbun-nimbun tuhan masih beri peluang untuk hari itu allah allah allah terima kasih terima kasih terima kasih

dan tiba-tiba terima kasih serasa tidak mencukupi untuk melahirkan rasa bersyukur bukan kepalang dalam diri

dan di sebalik dosa yang banyak yang mungkin tak sempat terampun ramadhan ini Tuhan tetap tak lupa menjentik nurani kecil ini

dan dengan kuasanya pecah jua benteng empangan pada hari itu

teresak-esak...

terhingut-hingut...




dan sakeenah mutlak milik aku hari itu alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah



24Ramadhan1430H
0530
rindu~

Read more...

[updated]chronicle of dangwa-wangi heh!



3.30 am : celik mata. selamat pagi. nak hari 23 ni cantik jadi kena mulakan dengan apa yang PATUT. masak air, wudhu', air masak, anlene cokelat, masuk bilik balik.

4.30 am: selesai. ada lagi 2 setengah. semoga sempat. sambung tesis?..we'll see

5.15 am: anlene habis. karipap yiilek. dah la salah buat. terpekat. tapi main aci redah teguk sehingga menjilat gelas jugak. wakakakaka.

6.00 am: selak jendela. hidu udara subuh. ya rabbi nyaman sungguh. subuh. sambung baca surat cinta lagi sambil muka hadap jendela menadah angin subuh. huh. heaven heaven!..

7.00 am: bertapa dalam bilik air sebab nak jadi wangi.

7.45 am: setelah tersasar, kembali ke posisi asal. dengan izinMu, aku menyambung kerja. wah banyak bagus ini budak weekend pun keras berusaha. fighting!


9.00 am: rupanya tak sehangat semalam. merantau jauh pagi ni nooo. otak beku dekpun. ingat senang ke nak buat ayat skemalasssssssss??

9.15 am: dapat kunjungan raya eh eh silap kunjungan sebelum gi ngedate. cett. jalan elok-elok la weh. say sorry banyak-banyak sebab taknak dan takleh jadi chaperone mung. takdop geng dekpun. sawan kang kena tinggal kekgi. ekekeke

9.45 am: lama la pulak hand break terangkat. bismillah, masuk gear satu balik ah. bai people. see u in next hours tenkiu!

10.15 am: i listed the ideas. tak banyak TAPI at least ada. mentang-mentang semalam menonggeng buat chapter four sampai tak kesah alam sekeliling, hari ni buat chapter five pantang nampak lubang terus fly eh. haih.

10-30 am - 12 pm: enjoying the nap. nap? ingat toddlers lagi ka???

1.00 pm: berusaha log in blogspot betul-betul mengundang kesabaran padu. connection? saaaaaaaaangatlah bagus!..huh.

1.14 pm: lohor weh lohor...



....how well is the ending?..we'll see we'll see


.
.
.
.
.


well, i type the updates last night sebelum tidur tapi tak sure ter-publish ke tak sebab line internet macam ayam!..oke, ayam mungkin sedap, tapi arghhhhhhh nak cakap macam ayam jugak!

tengok, ayam tak bagi permission suruh publish!..haih swinging bowl!

the updates?
heh the same old same old.


weekend yang bosangggggggg!
if it's not because of ramadhan,
seriously i'll be dead already (exaggerate macam biasa)


even though it is still same old same old,
dan tesis pun terkapai-kapai lagi ayatnya,
at least aku masih bernafas untuk bercerita pum prang pum prang here.


good day,
everybody!




Read more...

ad-dukhaan



sungguh pohon zaqqum itu,[43]

makanan bagi orang yang banyak dosa [44]

seperti
cairan tembaga yang mendidih di dalam perut [45]

seperti mendidihnya air yang sangat panas [46]

"peganglah dia, kemudian seretlah dia sampai ke tengah-tengah neraka," [47]

"rasakanlah, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang perkasa lagi mulia" [48]

sungguh, inilah azab yang dahulu kamu ragukan [49]



*

nauzubillahi min zaalik.

*

am wishing that this huge vibration dont stop.

EVER.


Read more...

menu hari ni?..saya yakin betul, saya pilih nasi kerabu!


cukup-cukuplah dengan game spss hari ni. naik juling mata menganalisis data yang belum pasti keluaran akhirnya betul-betul mengikut kehendak hati. malam ni, kalau kuat semangat, kalau adrenalin cukup dos dan paling penting TIDAK MALAS, akan menyambung kembali. kalau tak kena try hantuk kepala kat dinding bagi diri tu kembali ke alam nyata dan nak tak nak KENA SAMBUNG JUGAKKKKKKKKKK!

*

tiba-tiba tv3 baik hati hari ni tak block nur kasih. heh. aku tak faham sebenarnya pe'el tv3 ni. kejap kedekut kejap web pening kejap reject nak log in lah, macam-macam sungguh. dah khatam episod malam ni dan dah siap remove dari laptop dah. hahahahaaaaa. dari dulu tak suka download dan simpan buat koleksi except for prison break dan one tree hill. heh sorry ah sape-sape yang marah aku tak simpan. berat nanang doh laptop aku ni weh. doh la uzur bedo'oh tunggu masa say goodbye je tapi tolonglah jangan say goodbye masa aku tengah berperang dengan incik tesis ni tolonglah tolonglah i'm begging you!hahahaaaaaaa.

*

mira menulis dengan comel di dalam blog beliau tentang bond-bond (ke bonds?) yang pasti bukan james bond 007 tu yang mana telah terikat sepanjang hampir empat tahun mereka yang terlibat bermastautin di TM permai ni. serius comel tapi macam tak cukup perisa. heh. mentang-mentang laa menulis sementelah mahu menunggu waktu berbuka dengan perut pasti tengah buat jamming crawling in my skin, jadinya post itu terlalu mendadak berhenti sebelum mencapai kemuncaknya.

err,mung tau mane aku nangis lam bilik air weh???..sesopan mungkin aku jerit lam bilik air tokse wi orang lain dgr. heram ni heram. isk~

*

berharap 2 malam (masuk 3) yang berlalu tidak sia-sia. mohon khusyu' moga istiqamah. ameen.


Read more...

nat longgar. screwdriver pomen pinjam. help help!



sooooo much works to do yet i still sit still doing nothing!

hormotional at the very last moment?






always do

haih!

Read more...

nota 19 Ramadhan pada 090909


rambling rambling bla bla bla

  • eh, date hari ni jelita jugak kan?..ada sape-sape kawin tak?..sori ah lama dah tak selak paper. eh, ada majlis jugak ke bulan-bulan puasa nih orang buat?..mangkuk la waa weh. takde yang nak cari penyakit kawin bulan ni. tsk~
  • roomate aku yang jelita itu telah lulus ujian kereta dengan penuh bergaya-nya. tahniah tahniah tahniah. pagi-pagi lagi dah kenaling (tak sedap duduk versi kelantan). tengok langit macam gelap dah cuak takut-takut kalau hujan. heh.kesian sungguh. last-last aku yang agak berdaulat ni (koya la pah ceroh) berkongsi beberapa tips-tips yang masih lekat dalam urat-urat cerebrum ni. tahun 2005 weh, amende je la yang masih nak stay taknak berhijrah pah sudoh. aku cakap, yang paling penting, konfiden dengan fokus (ace ce ceeee wah!)..tu kut bahasa skema. heh. pieja ada problem dekat simpang so aku cakap masa nak masuk tu, berhenti lama sikit pun takpe. seingat aku, dalam list encik JPJ takde kesalahan lambat masuk simpang. lepas yakin baru slow-slow angkat clutch (orang t'ganu sebut kelah. haha) dan tekan minyak pun slow-slow. tak payah kalut nanti tak pasal makan jalan. tak payah laju nanti tak sempat handle stereng dan sudahnya kita yang kalut ni lepas minyak dan terjadilah peristiwa kereta tersedut-sedut. gup gup gup bunyinya nanti. kepala pun macam buat head-banging tapi versi musik keroncong punya tak lepas nak masuk versi fort minor. hahahahahaaaaa. okay okay balik cerita asal. kalau kereta tersedut tu masuk list JPJ memang sah sah dia suruh berhenti dan take over. hah. berjela pulak description pasal ilmu kereta aku goreng. okay untuk konklusi, pieja yang jelita itu berjaya dapat P, masuk simpang pun dah yakin. aku?..balik kampung minggu depan nak curi MyVi nak gi jalan raya!..yuuuuhuuuuuuuu!
  • kelas yang bertunggal hari ni, tiba-tiba batal. dalam kelas pulak tu baru di-announcement-kan. adoiyai!..selalu ah jadi macam ni. tak suka. err,...bukan tak suka kelas batal tapi tak suka announcement last minute. caca marba habis plan dalam kepala nih.
  • pelajaran hari ni (apa ingat takde kelas takde ilmu eh boleh belajar apa punya sempit pemikiran tu ya rabbi): dont be too judgemental, boleh?.. tak semua yang kita nampak menceritakan sesuatu. sesuatu yang sahih. seboleh-bolehnya jangan melihat sesuatu hanya daripada luaran dan terus jump ke konklusinya. didik hati. at least beringat oh aku puasa so tak boleh jahat sangat. dah la solat pun tak menyempat nak kejar awal waktu, free-free je nak tambah koleksi dosa kering. berdiam diri dan senyum, solusi terbaik aku setakat ni. kamu?
  • menaip ini dalam keadaan guruh berdentum bersabung-sabung di luar sana. ais belum pergi cari lagi ni. kepala dah berat kena hujan asid untuk first round keluar tadi. haih. nak buat sunquick bagi orang-orang rumah ni lawas sikit. hahaha. okay kaknini yang buat aku tukang minum je. biasa ah. AJK makan minum paling berdedikasi abad ini..heh
  • i was following the update of Jaebum. hah?siapa Jebon nih?..heh. taper taper tak payah tahu tak penting takde dalam silibus. he was making a mistake without realizing it will cause the netizens get really, really mad toward him. dah nama buat kesalahan, mana fikir perasaan orang lain masa tu. kalau sempat fikir takkan jadi pulak kesalahan tu. ke macam mana?..on one of the site, i read this:

We are not gods. When a nice person gets mad, he/she can display violence. Of course if the same mistakes are made twice, it wouldn’t have been a mistake, but if given a chance to apologize, they could also turn out to be a healthy person. One can believe that I wrote these words on purpose, but since it is my personal thoughts, I don’t care if you guys decide to curse or even terror towards me. However, during that time think about how much of a clean person you are and you are free to choose to point your fingers or show violence towards me. We all know that forgiveness and understanding is the most important thing.


  • and hell yeah, he's right. fitrah manusia, tak boleh lari daripada menjadi pesalah. manusia bukan maksum. kita yang muslim ni yang ada pegangan ada petunjuk pun berat nanang doh dengan dosa orang kafir apatah lagi. memaafkan dan berlapang dada itu lebih baik. pesanan ini dibawa khas untuk semua yang bergelar manusia terutamanya yang bernama najwa abdullah ituuuuu!
  • dah petang 19 Ramadhan. malam ni malam 20. berakhirnya fasa keampuanan dan ber-masuki-lah kita ke fasa pelepasan. pelepasan daripada api neraka. lailatul qadar semakin menghampiri. entah malam esok entah malam lusa entah malam-malam selepas-nya kita takkan tahu. maka, bersama-samalah kita ye. aku cakap-cakap ni nanti bila malas, mesti aku ingat balik statement tak tahu malu macam ni dan automatik rasa segan sebab pandai bikin ayat tapi buatnya malas. it's the urge people, and that is why am writing this.
  • aku puasa penuh lagi la wehhhhhh. suka-suki cakap aku dah tuang puasa. ingat orang perempuan suka sangat ke tuang puasa. kawan aku siap menangis sebab tak dapat rasa nikmat puasa sebab Tuhan bagi dia banyak sangat cuti. haih. tolonglah jangan buat statement melampau asbestos macam tu. seriously buang masa je fikir bila kami kami yang perempuan ni nak bercuti. fitrah alam, tolak kang bala. haih. malas dah aa bising. sere nok plekong slipar je ke sape-sape hok melaser bodow gitu lagi.

Read more...

slipping through the cracks



RED TO BLACK~

I had a friend named Victor
The two of us used to hang every single day
And it seemed like overnight
That his whole life just changed
I know when his mom and dad broke up
It didn't make sense
But i know that his dad was a drunk
And he gambled away the rent

Pretty soon Vic was seeing red
Pissed off and instead
Hed drink every night until he passed out
And then hed do it all again
The whole time smiling on the outside
To cover the pain
But on the inside
All he was trying to do was get away

Dying to get away
Let the pain of yesterday
Go slipping through the cracks

Yo, Funny how things change color
Than fade to another shade
When you had it made it was all good
But now look just another day
It was so fresh
It was so clean
Never saw it gone
One, two, three
Lights out, which way to turn
Can't get a grip
All alone in a big white house
Every day gets worse
And you just curse until your head bursts
And it hurts so bad she left
Now you suffer
Should've thought of that one first
No family, no kids
Cant accept what you did
Now you wanna run away
But you can't
Cause the past comes back again

Slippin through the cracks
Sip a little jack
Go to bed half dead
What about rent
Why does every cent gotta be a bet
Whens it gonna end
Oh my god we dont got a penny left
My moms gotta find a way
To get a job, out of debt, out of dodge
Out of breath, out of this big problem
My pops wanna get away from the pain
In a better place in his brain
But the medication he takes
Makes him wasted
So sick he was gonna think
The good lord would come take him
I'm shaking him
Wake up you son of a bitch!

He's dying to get away
Let the pain of yesterday
Go slipping through the cracks
Hiding himself away
Watching all the memories fade away
From red to black


Slipping through the cracks
Slipping through the cracks
Slipping through the cracks




p/s: the lyrics was belong to fort minor. yeah i listen to them. i love to. it never get me bored. i learnt from their masterpiece, in fact.

p/s/s: does not related to anybody i know, or anybody you think you know. just, the lyrics somehow berjaya buat mata budak malas tidur ni bergenang sepanjang dinihari. serius, sedih.

p/s/s/s: it's all about family matters. sebab tu nangis kut. heh.



Read more...

jarang aku membebel macam ni kat blog..sambungan statement ni baca kat bawaaaaah sekali. sekian



kisah perpustakaan

ada buku yang sudah terlalu lewat perlu dipulangkan. heh. biase ah najwa abdullah memang suka buat harta benda universiti as hers selagi she needed it. so sekarang dah tak perlu maka haruslah dipulangkan. bersiap, dan dengan lafaz bismillah mohon selamat daripada segala marabahaya danger danger danger (baca macam orang buat announcement tuh), dia pun melangkah keluar lah. berjalan seorang diri, dia mengharapkan urusannya smooth-smooth saja bukan smooth criminal kalau tak nak tarik siapa mintak tolong weh...

sampai library, senyum dekat mak guard yang gagah tapi kurang perkasa dan terus menapak ke kaunter. satu kaunter je buka biasanya dua. takpe lah, orang tu pergi lepas hajat kut. hah. sempat lagi hati tuuuu ya rabbi insaf-insaf la waa oi!..mujur orang tak ramai so pergi la beratur belakang badan dua orang ni. sampai turn, heh macam biasa ah buku kalau lewat komputer memang buat hal sikit. lambat je nak bagi respon. tercongok sekejap depan kaunter sebelum dipersilakan dengan segala hormat oleh encik librarian ke kaunter denda. dia unjuk dengan tangan je, mulut dengan mata langsung takde tanda-tanda mesra alam langsung. hah betul. langsung takde. tapi budak ni dah biasa, dah kalih, mulut pun laju je ucap terima kasih even hati dan otak menutur benda lain dah. heh. menutur?..macam baik gila perkataan.

ke kaunter denda, kena scan kad matrik macam biasa. then, cik librarian pun cakap tiga ringgit sembilan puluh sen. aku macam oh okay, buka wallet then bawa keluar empat ringgit sebab syiling tak cukup sembilan posen. dia ambil duit aku, tekan-tekan apa entah kemudian resit was printed. sementara duk tunggu trett trett trett resit kena cetak, kena isi buku hutang library. heh. student upsi yang maknga macam aku ni yang selalu lewat pulang buku of course kenal buku hutang lib ni. dah la guna buku log, besar bapok jing pulok tu. haha. kesabaran je la.

siap tulis dan resit siap cetak, cik library tu tengok sekilas resit dan unjuk dekat aku. duit baki aku?..eh eh dia ni tak ingat ke?..tau aa seposen je tapi duit jugak tu. dah la muka macam frust tak bangun sahur je gamaknya, seriously langsung membantutkan lidah aku nak tanya hal baki. isk. penakut hangit sungguh la najwa abdullah ni weh. cara survive terakhir, aku buat-buat nak beredar sambil ucap terima kasih kunun-kunun cik library tu saje nak lambat-lambat, tak pun dia duk ligat fikir laci mana la dia simpan syiling nak bagi kat budak ni sorang. tapi hampeh weh. sia-sia je senyum banyak-banyak dia boleh buat dunno je. menapak la aku menjauhi kaunter tu sambil pasang niat sedekah je laaaa seposen tu waa weh...

satu hal.

sebetulnya aku tak kisah pun bab-bab tak ingat baki ni. it happen all the times. nama pun manusia pelupa lah sifatnya.

satu hal yang buat aku agak bengang, bab tahan senyum terlebih gula staff-staff govern. ni. ya rabbi tahap kronik weh. apa hal yang payahnya nak tunjuk mesra at least senyum la weh. tak luruh-nya gigi-gigi deme kalau senyum pun. nak kata sumbat emas, bulan puasa. kang kalau sumbat batal. haih.

seriously, tolonglah.

nak kata alasan penat, nawok banga aa sek-sek mung!..library pun baru je buka pagi tadi takkan dah letih kut. buat apa sampai lenguh-lenguh bebeno mulut nak senyum tu. dah nama kakitangan kerajaan, behave like one la. kata rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. kecik hati najib kalau tahu orang-orang dia tak ikut betul saranan tu (okay berbaur sindiran tapi ikhlas dari hati. accept it or leave it!)

ke,
memang etika kerja diorang macam ni eh?

mana la tau. berpatah-riuk jari duk membebel kat sini tapi rupa-rupanya memang diorang dah diajar kerja macam tu. heh. salah aku kut tak investigate awal-awal.


tapi tak kut...


p/s: senyum tu sedekah. sedekah paling afdal, sedekah pada bulan puasa. nah mahu apa lagi kamu?..nikmat Allah mana yang kamu dustakan?


...sambungan:

entah-entah esok lusa aku delete post ni. baca pun buat sakit hati je tak membina otak langsung badan apatah lagi.hahaaaaaa

Read more...

wishing you

DSCN1815


DSCN1816


we had a blast time handling them around the past february. they are look so and so innocent. and hell yeah they do. now, they are struggling to answer all the questions government give them in order to make it to secondary school. we are praying the best to all of you.

jaga diri.
jaga kesihatan.
jaga adab dengan Allah.
dan
jangan lupa diri lepas habis torture nan satu ni.

we all are missing you all in every breath we all take!

bittaufiq wannajah!



DSCN1862

the princess with madame nong.heh~

Read more...

mr.boogie


minggu ni minggu sembilan. dah minggu sembilan. group assignment semua settle except for TSE. haih. bila entah nak bergerak. selagi tak settle, tak boleh nak aman mengarang tesis yang macam ntahapahapantah tu. ya Allah, permudahkan urusanku. permudahkanlah

*

macam statement post sebelum ni, puasa banyak kali ajar aku jadi baik. konteks baik kali ni, banyak consider hati orang. nak sound orang pun tertahan-tahan je. tak baik melaser, nanti kita sendiri yang tak boleh tidur because of that guilty feelings. orang buat satu-satu hal yang kita rasa macam tak betul je buat dalam bulan ni, kita diamkan aje. tengok, dengar, senyum dan muka feelingless. hah. memang tabiat kurang molek tapi aku tak daya nak menegur, selagi aku pun kadang-kadang terbabas jugak.

satu hal.

lagi, aku hairan. hairan dengan orang yang rajin berpuasa dan tak pernah miss niat, puasa dan buka puasa tapi tak solat. heh. serius hairan. diorang ni, macam mana eh diorang berfikir?..sanggup tahan lapar tahan dahaga glek-glek dan berusaha berkelakuan baik tapi end up tak solat. macam mana tuhan nak terima ibadat yang berada di tangga ketiga rukun islam, tapi rukun di tangga kedua boleh SENGAJA tinggal?

sekali lagi, serius aku hairan.
tak lena aku tidur fikir benda ni.

dan.

satu lagi, baru aku sedar. hal ni, analogi lain banyak. solat, tapi tak tutup aurat. puasa, tapi tak pakai tudung. tutup aurat, tapi tinggal solat.

banyak anologinya.

moga tuhan bantu mereka berubah.
berubah dan istiqamah.

sungguh,
istiqamah itu yang paling payah.

*

bermain dengan lightroom sangat menyeronokkan. rasa macam pro (sebab dia punya function sangatlah advanced lagi daripada photoshop), heh walhal bukan banyak sangat ilmu pun pasal benda alah ni. tapi aku suka. itu yang penting lagi.

heh.

kan bagus kau boleh addicted untuk mengarang tesis macam kau addicted dengan lightroom.

you wish!

hahahaaaaaaaaaaaaa




Read more...

chemical bonding


light of the love is kind of boring for this week's episode. no offense please, just my saying.

only when...
i cried at part where nur had finally met her mother-in law.

and her MIL langsung tak tanya apa-apa pasal sejarah silam yang berlaku tahun sebelum itu.

i cried out loud. mujur je pija tak bangun.

and for this reaction,

sure.
it must be a sign showing how much i Miss my mother.
A must!
and with big capital M!


tolonglah,
jangan jentik hati aku dengan isu emak sekarang. tak pasal-pasal dalam gelak tawa senyum riang, mengalir air mata aku yang tak berapa nak mahal when it comes to this case.


seriously 16hb cepatlah menjelma!!!

Read more...

just...



tiba-tiba rasa nak balik lorong 2 kampung sepat. eheh. kamu kamu kamu bertiga jangan buat spekulasi semborono. tiada makna tersirat. tersurat lagi-lah.


i...


just wanna feel home.

a place where the heart belong!

Read more...

14 ramadhan


ini secara rambang mata sahaja:)


  • mood hari ni berjaya di set up baik punya oleh pokcik. awal-awal pagi dah buat aku jadi hormotional. hahaaaa. main-main lagi pasal tiket balik raya. kang dah kena sembur free dengan budak lain, bukan aku. aku kan kool. lagi-lagi bulan puasa. heh. okay-lah tipu. macam separuh gila juga bila tiket kena postponed tapi at last berjaya dapat balik. ini namanya kawan dunia akhirat, ke guane?..he he
  • kami menjadi petani hari ni. heh. apa keeeelasss main-main tanam pokok dekat fb. tengok ah kitorang, siap proses baja sendiri, dan menge-test dekat pokok yang menjadi sahabat baru kitorang hari ini. hai pokok-pokok (ada 8.banyak tau!), jum kita berkawan. jangan sombong-sombong ye. nanti Tuhan marah. kalau Tuhan marah, kita tak boleh masuk syurga. kamu taknak masuk syurga ke?..jum mengeratkan silaturrahim, jum!
  • senang, aku akan tentukan sendiri deadline yang macam mana aku nak. sebabnya, aku percaya when you make someone a promise, nak tak nak, tidak dapat tidak, you should keep it. even if, even if you have to break your neck to do it. dan bila aku cuba buat dan orang lain tak buat, seriously kecik hati ni. heh. small matter la kut pada pandangan orang lain tapi tidak pada aku. haih. tapi tu lah, bila rasa macam nak menyumpah dan menyeranah orang, lagi-lagi dalam bulan puasa ni, macam tak proper je. yeah i know somehow if it's not ramadhan, memang bersembur air liur aa aku bagi, tapi ramadhan betul keringkan air liur aku. so alhamdulillah mereka terselamat aku pun insha Allah selamat. heh. berdoa je la agar dosa kering makin berkurang bukan bertambah.
  • f(x) cambest. nak-nak gerak tari diorang. wah-wah superb tows!..tiada lagi berlagak cute macam the rest yang wujud. really nice group that'll be looking up forward.
  • kan dah cakap rambang. random. tak tipu.
  • going private?..will be something to ponder. really.
  • rindu semua orang. rindu itu cantik. tapi seksa jiwa batin nihahahaaaaaa
  • macam ayam je post ni. rambling the random-ness la katakan. pergi menyorok dalam selimut laaaaaaaaaaagi bagus!
  • hah. salah tekan button ni nak muncul lagi. nak stop.
  • okay, nak bagi ucapan. so long, and goodbye...so long, and goodbye............

Read more...

whatsoever...


berusaha TAKNAK pentingkan diri sendiri. salahkan keadaan, boleh?

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP