my name is eryick



menjadi final editor betul perlu sabar yang banyak.

mujur ni bulan puasa. dan mujur jugak aku puasa.

haih.





puasa betul buat aku jadi budak baik yang betul-betul aku maksudkan, baik.
heh. macam apa je kan.


okay-lah everybody, dont be so greedy when break-fast. selamat makan-makan!..:)


Read more...

bukan stok orang alim



ini merdeka dua tahun lepas. join seniors yang semangat sungguh nak menyanyi lagu-lagu patriotik di padang. mereka tahun akhir. mengumpul memori, barangkali. heh. segan sebab sedar diri suara takkan sedap sampai kiamat tapi kaki tetap melangkah yakin ikut rombongan cik siti menyambut merdeka ni.

tapi.


heh. bergambar je lebih. tak menyempat nye nak buat maksiat lain. kami enjoy malam tu seadanya.


haiyoh haiyoh.

zaman jahil dulu, semua benda nak join, nak enjoy. tak sedar bila-bila masa izrail dah tercokoh kat sebelah nak tarik nyawa. somehow, aku takut aku mati dalam keadaan macam tu. macam..entah. macam tak comel je.

heh.


bila hati dapat tarbiyyah balik, baru sedar niat memang tak akan sekali-kali menghalalkan cara. sebab tu bila Allah cakap jangan maka jangan-lah buat. walau niat kita serasa takkan menyimpang. sebabnya macam yang dah di-mention tadi ah. kita nak everything yang kita buat atas dunia ni sempurna. okay okay mungkin bukan sempurna sebab tiada apa yang sempurna tapi mungkin kita boleh aim untuk menghampiri sempurna. dah bila kita buat sesuatu yang bakal mencacatkan apa yang kita telah usaha, tak ke nama rugi besar tu?..dah la yang jadi perosak bukan orang lain bukan serangga perosak sekalipun tapi kita sendiri!..kita.


enough said la.


bila dah macam acap kali ingat mati, serius jadi takut nak enjoy sangat-sangat. takut tengah enjoy tiba-tiba jantung stop functioning, mulut pula tengah nganga luas like hell sebab gelak macam syaitan, tak ke huduh bebenor tu?..ya allah serius aku taknak macam tu.



allahummakhtim lana ya allah bihusnil khotimah,
walaa takhtim 'alaina ya allah bi suuil khotimah...



husnul khotimah. penyudah yang baik. moga kita termasuk dalam list tersebut.

ameen.



selamat hari kemerdekaan wahai malaysia oh tanah airku!..:)

cewahhhhhh

Read more...

dedicated by LP








I have a dream of a scene between the green hills

Clouds pull away and the sunlight's revealed
People don't talk about keeping it real
It's understood that they actually will
And intoxicated and stimulated emcees
Staring in the trees, paranoid, are gone in the breeze
Watch them flee, hip-hop hits
Take a walk with me and what you'll see
Is a land where the sand is made up of crushed up wax
And the sky beyond you is krylon blue
And everybody speaks in a dialect of rhyme
And emcees have left materialism behind them
Meanwhile I just grip my mic
And hope me and my team make it through alright
Because say what you will, and say what you might
But don't ignore who it's for at the end of the night

Because this is dedicated to the kids
Dedicated to wherever music lives
Dedicated to those tired of the same ol' same
And dedicated to the people advancin' the game
What's real is the kids who know that something's wrong
What's real is the kids who think they don't belong
What's real is the kids who have nowhere to run
Who are hiding in the shadows waiting for the sun

I've seen a lot of shit, I've talked to a bum
Out on sunset strip, he asked me "How would you feel
If everybody acted like you didn't exist
You'd lose your grip, probably eventually flip."
So let it be known, the only reason that we do this
Is so you can pick it up and just bang your head to it
While emcees fight to see who can be the commonest
Be floatin overhead like a space odyssey monolith
Over seeing the game, over being part of the same ol' thing
It's all gonna change in a hurricane of darkness and pain
And acidic rain and promises that you won't do it again
Meanwhile I just grip my mic
And hope me and my team make it through alright
Because say what you will, and say what you might
But don't ignore who it's for at the end of the night

Pulling me close, the shadow is warm inside
This is where I feel at home, this is my place to hide
Pulling me close, the shadow is warm inside
This is where I feel at home, this is my place to hide



pea-es: i love the lyrics.oh, i just do.

pea-es: nak mention sekali lagi i rindu chester aaaaaaaa:(

Read more...

elemen itu hanyalah hiasan dinding


3
rumput gunung lang ipoh perak.
dalam. lawa tapi entah siapa dapat menduga
makhluk mana la yang bersembunyi senyap-senyap di dalamnya



1. jauh hari ni kami merantau. merantau cari juadah berbuka. heh. mengidam satu perkara, dan langsung tak dilengahkan lagi. oh yeah dapat, dan gembira. time balik, bas pulak buat hal. but, being a super senior in this case, kami bising sekejap je (bising jugak...), lepas tu masing-masing cool down dan cari alternatif lain. dugaan sungguh. s to the a to the b to the a to the r. SABAR. itu kunci utama. renung-renungkan lah ye. at last dapat jugak jejak kaki dekat kolej kesayangan kalbu ni.


2. gula rumah dah habis. 2-3 hari dah kut. semalam mujur ada susu dan kaknini kacau nescafe susu. panas. kan hujan semalam. haha. belajar ikut keadaan semasa la weh. hari ni roomate cari gula dekat pekan namun sayang, semua tempat yang dituju ketandusan gula. so, sebelum balik tadi kami singgah satu kedai kat taman u dan alhamdulillah, gulanya wujud. tapi...(ada lagi..) yang buat jadi bengangnya, harga standard gula yang seringgit setengah dah jadi dua ringgit kena baham dek tokey cina tu. mangkuk ayun sungguh la. kang aku report 360' baru tau!..eh,360' ada lagi ke?diorang ke yang buat kerja terjah ni?..ah tak kisah ah. kami pergi tiga orang. masing-masing ambik satu kilo dan bayar asing-asing. trick lama tapi asal jadi, layankan je la eh. isk kerajaan dah tetap harga subsidi pun takleh nak ikut ke?tau aa tak pose suka-suki je nak ambik untung lebih...aku nyepak jugok eh karang!


CIMG1385


3. seminggu puasa ni, upsi dah senyap daripada sebarang rumors H1N1. right sebelum 1 Ramadhan, macam-macam berita mulut budak-budak ni bawa. macam-macam. tak terlayan. still, selamber badak je gi kelas tanpa protection. yang penting sanity. sanity awareness sejak sebelum H1N1 dah baik. bila ada wabak ni, mantapkan je la. benda yang dah jadi habit, insha allah senang nak istiqomah. moga-moga selamat belake ah!


4. lagi cerita flu. abiyd cakap through phone yang dia kena pakai mask pergi sekolah. terkejut jugok ah aku. ingatkan terengganu yang indah permai tu (gong badak specificnya) tak ternoda lagi dengan virus ni tapi rupa-rupanya tak. semangat abiyd bercerita yang sekolahnya dah ada dua orang positif seorang darjah tiga seorang lagi darjah empat. dia cerita lagi pasal mask yang dibeli oleh ummi di banggol air lilih (abiyd sebut satu-satu.terkekeh-kekeh aku mengilai mengenang betapa skemanya budak 8 tahun ni sorang.kekeke) okay okay sambung cerita, mask tu harga mahal pe bbedil! (mahal gila ah maksud dia). tapi takpe la kut. lagi mahal lagi molek kut protection-nya..haih. macam-macam.


heaven dunia=)
sekali tengok,beribu-ribu kelenjar dalam mulut rembes air liur.
huh!tu tak bilang berapa kali gambar ni muncul as screensaver.membunuh!




5. status FB aku hari ni berehhhhhh blake boh! adalah petanda midterm test yang sudah sampai ke penghujung bila berakhirnya paper chemistry pagi tadi. banyok ngat-ngat lagi eh benda tak settle. taknak sebut sebab takkan habis sampai kiamat (amboi wa-a exaggerate melampau!). tapi bila dah settle satu, at least dah boleh terapung sikit di lautan berapi ni. esok lusa try settle lagi. berenang sikit-sikit taknak kasi kaki cramp la weh. hahahaaaa. arrangement itu kadang-kadang jadi satu benda penting even aku tak suka. skema kan, letih. tapi nak jadi orang matang ni, kena belajar arrange benda-benda yang bersepah minta perhatian. prektis weh prektis makes perfect. yeah skema pun skema la eh.


6. ape benda lagi nak bebel eh?..heh.jarang aku main dengan nombor ni. bagi aku siapa-siapa yang nak tulis pendek-pendek je main dengan nombor ni tapi gok tengok ah benda jadi bila aku apply. panjang semacam jugok dia ngepek. haih dan haih lagi.


sand castle


7. rindu chester. eheh..:))


8. at last, my identity number. kat point ni cuma nak cakap, dua hari ni aku jumpa butir nangka. dua hari aku makan butir nangka as manisan waktu bukak pose. heaven weh. haha.cumanya yang hari ni punya kurang manis. sikit. masa lepas beli aku bukak bekas dia dan ambik bau untuk pastikan itu betul benda yang aku nak. dan lepas bau aku terus cakap dekat kaknini ''bau dia macam kureng la. mesti kurang manis nih..''...dan kaknini sambung ''owos pah bulih tahu dia punya bau..''..and my prediction came true. betul kurang manis. haha. jangan main-main dengan hidung aku weh. walaupun telinga aku sedikit soundtrouble, tapi hidung aku power tau!..satu lagi, orang sini panggil butir nangka as badak berendam. pelik. badak perisa ape kaler hijau duk berendam dalam kuah santan tu??

Read more...

most wanted!hahahahaaaaa

8


9


12


10


11


18


14


13


15




nota budak pemalas hangit!: kalau aku rajin, aku karang cerita.kalau tak, muntah dengan yang ada ni je la eh.

extra: pemalas hangit ialah sleng kelantan membawa maksud super duper hyper pemalas. bukan sebab aku masak nasi selalu hangit. hahahahaaaaaaa

extra lagi: dah 7 Ramadhan. moga terisi dengan baik, moga khusyu' bertambah, moga beroleh apa yang dihajati. jumaat yang wardah. selamat beramal semua!..:))

Read more...

hidup

100_9038

HIDUP
satu perjalanan panjang
menyusur setiap lorong
lengang dan kosong
bertemu kawan dan lawan
yang sukar dibezakan
niat dan pergerakan

hidup mesti terus
biar onak bertali arus
semangat tidak akan pupus
langkah terus lurus
meniti kehidupan kudus

Read more...

stay

walk down the nature=)





"You can’t always get what you want, but if you keep trying & look hard enough, you could just end up with what you wanted, something worthwhile"


"There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle"


"Life is just a mirror, and what you see out there, you must first see inside of you"










hell yeah!
reading quotes sometimes is just enough to heal the deep cut.


at least,
it is for me...

Read more...

these days



perangai lama datang balik. liat nak mati makan nasi. makan nasi masa sahur maksud aku. haih. kesian orang-orang rumah kesayangan hati memerah tenaga berhempas pulas tenaga zahir menggoreng nasi pagi-pagi buta. maaf bebanyak la noo. aku ni kan, err,..hormotional sikit. eheh. kejap semangat kejap tak. kejap nak makan kejap nak duduk dengan selimut je. sudahnya budak pemalas hangit ni makan butterscotch je 2 keping. sedap weh. current madness tuh!!

suppose ingat nak basuh baju sebab lepas ni nak melepak di library selesaikan kerja yang tak pernah habis, but i ended up writing this. sambil ditemani encik-encik big bang yang talented tahap super giga.ho-yeah. musik memang jadi peneman setia sampai aku mati gamaknya.

status zie di fb menyatakan bahawa ayahanda-nya accident. tak teruk kut tapi biasa ah. bila duduk jauh memang terasa lain even benda-benda remeh je happen dekat famili. bertabah ye zie. moga-moga dengan dugaan ini, top-up pahala boleh kita dapat dengan mudahnya. bukankah orang sabar mendapat tempat yang istimewa di sisi-Nya dan bukankah nikmat Allah itu semuanya benar belaka tiada yang dusta sikit habuk pun. insha Allah everything's going to be fine. just fine:)

menjaga hati itu paling susah. bukan nak kata tolong jaga untuk orang lain, hati sendiri pun belum tentu terjaga terbelai dengan secukup perisa. orang khilaf macam aku ni memang selalu bising kenapa lah asyik aku aje yang kena jaga hati dia, mereka dan bla bla bla. dah hati aku sapa yang nak tolong jaga??..

tapi itulah.

semakin banyak umur ni, aku cuba belajar untuk menjaga hati orang-orang di sekeliling. i knew i tak dapat 100% untuk kerja ni tapi at least i dah usaha. dan bila kita belajar untuk berlapang dada, sebenarnya lama-lama kita akan realized yang orang di sekeliling kita pun berusaha ke arah yang sama. mereka pun ada akal, tahu beza mana jahat mana baik, mana terkutuk mana terpuji. and for that, i thanking you with all my heart.

walaupun dengan menjadi penjaga hati paling berusaha keras di atas bumi ni telah membuatkan aku jadi pemendam yang orang cakap tak baik untuk kesihatan, tapi takpe ah. paling teruk jadi gila je kan?..heh. oke maybe statement melampau sikit, tapi selagi benda tu tak mengganggu gugat iman, layankan je lah. life must go on btw.

and yeah. hati kita ni bukan lah besar mana pun. lama-lama dah tak cukup space nak tampung apa yang dipendam tu. dan kita akan tend untuk meluahkan semua yang tersumbat dalam tu. i have someone (ke something?) yang menjadi rehab aku yang baik selama ini. to those yang concern i thank u so many times. rehab aku masih sihat sampai sekarang. tak uzur lagi. biar dia je la yang tahu semuanya.

well said everybody.

pepatah orang putih ada cakap curiosity will kill the cat. and for these past few years, i really, really learn what's the truth behind the statement. and i stop.

kalau tak stop jadi gila kan?

heh. tak pasal-pasal takde orang nak nanti. hahahahaaaa



and these past 4 days, i found perut eryick adalah the most comfortable place untuk landing selepas mulut menguap berbillion kali.

seriously.

dan sekarang dia dah kecut. eh kempis. heh.



Read more...

second minute to...



"Ucapan itu tidak penting, tetapi ingatan dan silaturahim itulah yang paling bermakna..."


pada aku,


cara memberi ucapan tidak penting. penting jugak. tapi tidak berapa. yang paling penting, adalah ingatan kita. tetapi, itu bukanlah alasan untuk kita boleh memberi ucapan sekadar 'memberi ucapan' sahaja. tak bersungguh, tak elok. tak manis. tak sopan.


Memberi ucapan itu bertujuan untuk merapatkan silaturahim...
Dan merapatkan silaturahim itu adalah perbuatan yang mulia...
Dan sesungguhnya perbuatan yang mulia itu tidaklah patut
dilaksanakan dengan sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja..

1

okay-lah, sekadar mahu merai detik-detik akhir 2 Ramadhan. dah 2 hari. berapa banyak dosa yang berjaya dihapus, dan berapa banyak dosa kering dan basah yang ditambah?..sama-sama lah kita fikirkan ye.


oh ya,kreditasi untuk incik ubi yang cool untuk post ni:)

Read more...

=)))


dalam satu hadis qudsi yang dilukis sebegini,

kalau Aku telah mencintai seseorang, Aku menjadi pendengaran untuk telinganya, menjadi penglihatan untuk matanya, menjadi pegangan untuk tangannya, dan menjadi langkah untuk kakinya. (HR. Bukhari)


ini satu mimpi jadi kenyataan hanya dan bila hanya seorang manusia itu berjaya meneladani Allah. bila kita berjaya teladani Allah, means kita makin dekat dengan Dia. bila dah dekat, minta-lah apa saja insha Allah mudah untuk dikabulkan. itu sebab hadis di atas dilukis begitu indah, hanya untuk menggambarkan betapa beruntungnya manusia yang meneladani Allah.


oh ya, nak bagi satu lagi hadis yang berkaitan,


setiap amalan anak Adam itu untuk dirinya, KECUALI PUASA. itu milik-Ku dan Aku yang membalasnya kerana orang yang berpuasa meninggalkan syahwat dan makanannya semata-mata kerana Aku. (HR. Bukhari Muslim)



sangat nice, kan? bulan puasa yang umpama kekasih hati yang jauh, yang hanya berjumpa kita setahun sekali, punyai keistimewaan yang, ya rabbi, tiada kata yang boleh ungkapkan.

Allah setiap saat sibuk uruskan kita, uruskan makhluk lain. uruskan semut berjalan. uruskan rumput bergoyang. semua kerja Allah buat tanpa fail. ini antara contoh apa yang kita boleh teladani. puasa bukan alasan nak duduk melepek atas katil sepanjang hari. puasa juga bukan alasan tak larat nak bagi sedekah dekat orang, even untuk senyum seciput pun. bukan. fitrah puasa bukan macam tu. jangan jadi pemalas tahap giga bulan puasa ni.

Allah tidak makan, tapi bersifat memberi makan (rezeki). itu-lah yang kita boleh teladani, maka ketika berpuasa kita tak makan, tapi kita memberi orang lain makan. kita dianjur untuk mengajak orang berbuka puasa. ada sebab kenapa banyak masjid, hotel, atau rumah-rumah persendirian buat majlis buka puasa. tujuan hanya satu. mahu meneladani Allah.

tapi ini tahap biasa.

nak yang tahap tinggi sikit?

boleh.


Tuhan itu fitrahnya Maha Mengetahui. maka, dalam bulan yang sangat sangat sangat seriously serious (ambil ayat mar sikit.heh) sangat berkat ni, kita harus banyak belajar. belajar tu banyak lorong yang boleh jadi pilihan. nak setadi al-qur'an, kena jatuh cinta dengan bait-bait surat cinta tu dulu baru boleh keep on. nak tahu hukum hakam fitrah syurga neraka dosa pahala, baca buku agama. cari ustaz ustazah yang memang betul carry title tu, tanya soalan. minta pendapat. dan satu lagi, nak jadi seorang yang penuh ilmu di dada of course la kena setadi buku ilmiah. benda macam ni pun nak kena mention ke?



heh.

okay lah. dah kena batang hidung sendiri. aku ada test esok dan satu habuk point pun tak hafal lagi ni. kira main aci redah last minute punya pasal like always kan, biase ah. he he. walau tak suka.

nak setadi ekologi.

ahlan ya ramadhan!:)

Read more...

elisa




P1010136

the last one submitted today to officially set off to this week hectic.


ingat nak melepek melepas rindu dengan cadar hijau bunga oren pink biru oke semua kaler ada tapi rajin pulak nak type report biotek petang ni. eheh. tumpang semangat ramadhan kut...


oke ah. malam ni start terawih. jum kawang-kawang sama-sama kita cari cahaya daripada kekasih yang datang jumpa kita setahun sekali ni. dan moga-moga aidilfitri kita tahun ini BERJAYA disambut dengan hati yang suci sesuci-sucinya dan penuh syukur.

awal?heh agak-lah tapi kan,suka hati la eh aku nak cakap ape.ahahahah.



nak sambung karang ELISA lagi.wee~

Read more...

learning to fall

bila lama tak menulis tangan pun gigil. parkinson.

haih.

minggu ni minggu sibuk. untuk aku la. level aku. yang tentukan aku boleh galas atau tak, Dia dengan aku je.

insha Allah, dalam masa terdekat aku start balik. so much waiting to jot down, to share, to congratulate, to cry on, and it's all in one two ka four. hahahaaaa. tak memasal selit pilem abang SRK pulak dah.

lusa dah nak bertemu. mohon berkat umur, dan amalan.


sooner okeh!..:))

Read more...

dari kuala selangor dengan penuh kasih sayang


cewah tajuk tak boleh blah!

ini kisah lama. basi dah kut tapi takpe lah. ambik buat cuci mata...:)


11

group salam pantai timur katanye salman.heh.




22



14



13



15



9



21



19



20



17



the sum up:

ini kerja lapangan ekologi. when talking about ecology, behavior makhluk Tuhan yang jadi perhatian. so kerja kami lebih kepada memerhati. mata hitam dan mata hati jadi instrumen selain kertas dan pen. setadi lotong kelabu, setadi kelip-kelip dan setadi paya bakau. banyak kisah gelap di sebalik terang yang bersuluh. you should try discover the nature on your own and you'll know what i mean.



23

take it as bonus hari raya.eheh.

Read more...

jantung luruh


haish.
segan weh bila sang expert menegur mesra orang kongkang kedek-kedek-kedek macam aku ni.
hahahahahah.


dan,
jantungku luruh!

Read more...

bila otak tersumbat cuba disedut dengan vacuum cleaner


i know i'm not supposed to even start writing here, not now since i have tons of tons of work to do. but, heh what the heck inilah salah satu cara nak bagi otak aku yang membeku tak berjemput jalan balik. sila-lah jangan membeku dengan jangka masa lama. kije banyok wei...

***

i have test this thursday night. biotech punya bahagian. subjek lain punya bahagian nun tengah berderet tunggu turn bila entah nak jalan. kacau-bilau habis timetable kena sampuk dengan H1N1. jumaat (ke sabtu?) berjalan lagi. berjalan settle kerja. bukan main bukan deting. meh aa sapa-sapa nak ikut, panjat gunung jum!

***

minggu ni minggu konvo. geng-geng veteran berebut jejak balik tanah tg.malim nak berebut scroll. hah. meriah noooo. datang selamat datang lah, tapi jangan bawa benda-benda mengarut sekali dengan deme. nyaknye laa dekat kami nih yang tak bersalah langsung. dalam kelas tadi bising malaysia dah mati 32 orang. sapa mati? ohh silap rakyat malaysia laa. haih. bala betul bala.

geng veteran kesayangan hati you-know-who-you-are, i love u all lah. meh spend masa sampai muntah ija eh:)

***

pelajaran hari ini:

manusia ni unik. perkataan unik itu sendiri unik. cool eh. sebab tu masing-masing ada angin. angin yang bawa arus pemikiran lain-lain dalam kepala bulat tu. sebab tu diciptakan gas pemedih mata, belantan, kete bomba yang boleh dush dush dush sembur air dekat orang tu. nak cover sikap manusia yang punya angin lain-lain tu la. every single things happen for a reason. or for many reasons. perkara kecil, jangan besarkan. ini boleh elakkan daripada kena sembur dengan air bomba tu. perkara sensitif, tolong dukung baik-baik. jangan menonong ikut hati dan kepala lutut. setiap musibah ada hikmah. setiap masalah ada penyelesaian. setiap penyakit ada ubat. tuhan yang kita sama-sama sayang MAHA MAHA MAHA bijak. takkan ada sesuatu perkara dijadikan tunggal terkapai-kapai. nak contoh senang lagi?..laki bini la weiiii...


okay dah macam nak sawan so kena stop. tak faham pelajaran hari ni taper2 tara hal. tak kecik hati pun...


bila otak tersumbat cuba disedut dengan vacuum cleaner

Read more...

coming soon~



DSCN1359



when there is love, distance doesn't matter- Mata Amritanandamayi

Read more...

...





baru tersedar..

kadang-kadang menjadi pendiam itu, heaven jugak eh.
aku mau diam lah
mulut nak diam
hati mau juga


weeeeeeeeeee~

Read more...

duku

esok dah nak balik sekolah. isnin sekolah buka. H1N1 holiday is over. sekolah bukak, means aaaaaaaaaaaaaaaaa banyaknya kerja kena submit. wajiblah putus wayar 2-3 urat. ke lebih?..heh. macam lebih...

puas hati hari ni dapat panjat pokok duku. dengan baju kurung sepasang sekali dengan tudung yang comel dan berkeaadan agak licin, huh, memang bijjok ah menongkah arus. hahahaha. kakdah sepupu aku yang punya anak dua pun selamba je panjat dengan kain batik kita nak kisah apa kan?..dengan kain batik yang diikat di tekak sebagai 'ggalah', bertenggek la kami dekat dahan-dahan memetik duku yang merimbun. gosh! serius aku rindu masa zaman sekolah dulu. sanggup tinggal kerusi meja stadi tinggal kalkulator tinggal notebook sejarah semata-mata nak balik kampung dan panjat pokok. tak kisah lah apa orang kata. aku budak kampung je. bahagia ah!:)

duku sangat banyak yet, tak untung sangat nak tolak dekat tuk peraih sebab sek-sek dia ambik 80 sen je sekilo!..gila kedekut. ummi cakap baiklah gi letak dekat masjid, derma bagi orang makan. dapat jugak bekalan untuk bawa masuk kubur. heh. betul lah tu.

duku famili aku sangat manis. serius tak tipu. err,..ada sapa-sapa nak?..

kalau nak sangat aku bagi free je. saing-saing kang nok kire wat mende nye..

heh.

Read more...

cupid no more


mood saya baik-baik sahaja cuti ni. tak ada yang jelik di mata walau unfinished business berlambak perlukan perhatian tapi tak apalah. kerja, sampai mati pun tak akan habis. dan tak payah susah-susah fikir kemungkinan pengakhirannya. sesak nafas tahap giga. kepala saya asyik rewind phrase ini, everything will be okay in the end. if it's not okay, then it's not the end. sungguh, beban rasa ringan. sebabnya, bila kita bekerja, dan kemudian berserah kepada yang Maha Agung, ringan sungguh rasa kepala. bibir pun rasa nak senyum je. biarlah sorang-sorang pun. heh. layan je la eh.

tapi semalam.

mood baik dan comel tercalar sedikit. no. it's not something major pun. cumanya, pegangan dan falsafah, atau kuotasi yang kuat mendinding diri saya selama ini goyah sebentar bila menerima satu mesej daripada seorang kawan. okay, dia lelaki. lelaki yang keputusan cinta. haih.

jujur saya cakap saya dah banyak berubah. saya bukan lagi dewi asmara seperti yang pernah dilabel satu ketika dahulu. okay, ingin saya jelaskan di sini, title dewi asmara itu bukan disebabkan sayalah heroin terakhir tanah malaya yang dipuja sang jejaka. bukan. title itu ter-melekat kepada saya bila mana saya sering menjadi kaunter pertanyaan masalah-masalah berkaitan hati dan perasaan. sungguh, dulu saya tak kisah. dan saya boleh rasa kepuasan menjalar di segenap ruh badan bila dapat mendengar dan berkongsi rasa hati dengan mereka yang rapat dengan saya.

tapi itu dulu.

seiring umur yang meningkat, saya jadi letih melayan pertanyaan/masalah sebegini. kalaulah, yang bertanya itu sang gadis/pria berumur 15 tahun, saya masih boleh tunjuk rajin melayan tapi bila mana yang bertanya ialah mereka yang sudah berumur (assume sendiri lah ye), mereka yang sepatutnya sudah faham benar dengan rencah kisah sebegini, saya jadi jelik. sungguh. sakitnya hati bila mereka dengan mudahnya down apabila ditinggal kekasih (okay menyebut perkataan ini pun dah buat saya sakit).

tolonglah.

jangan jadi terlalu rapuh dengan hal sebegini. sepatutnya, dengan umur yang orang sekeliling label matang itu, kamu tak sepatutnya berfikir seperti yang kamu buat semalam. ya rabbi, rasa macam nak sekeh-sekeh je kepala tu. the so-called-putus-cinta tu BUKAN satu hal you should be regretful of. tolonglah buka pemikiran tu seluas mungkin. jangan jadi dungu sebab hal ini. seriously, you really sound stupid last night. haih.

dengan umur sebanyak itu, tolonglah betulkan balik aim hidup. aim balik apa yang penting, apa yang perlu dan tolong cari balik apa sebenarnya tujuan kita hidup atas dunia ni. tanyalah ustaz ustazah mana yang dipercayai, tanyalah balik mak ayah, it all is up to you. bercinta (owh seriously i'm sick) bagai nak rak bukan salah satu tujuan kita hidup. tolong gali balik apa yang dicakap, diomong-omong sebelum ini. dah memang resmi manusia, bila berjumpa dengan sesuatu yang menyeronokkan, habis falsafah-falsafah yang dibising sebelum itu, buang terus daripada kepala. dalam bahasa mudah, cakap tak serupa bikin laa.

berbalik pada kisah mesej tu, betullah, saya tak la tembak terus dengan bebelan-bebelan kat atas ni. saya terlalu menyampah dengan perluahan dari dia, so untuk mengelakkan kemalangan jiwa, saya tutup terus handset selepas mesej yang kedua. ke yang ketiga saya tak ingat. heh. selalu macam ni...

tengoklah, kalau rajin, saya buat follow up balik. kesian jugak ditinggal terkapai-kapai macam tu. haih. saya pun manusia jugak. perempuan pulak tu. hati macam kerak nasi. huh!

okaylah, abaikan penggunaan saya dalam post nih. tetibe je kan??..

meh layan nur kasih:)))


Read more...

so play-ay-ay the game until you run out




False Pretense- Red Jumpsuit Apparatus

It's time to let it go


The world's got a funny way of turning 'round on you
When a friend tries to stab you right in the face
Losing faith in everything I thought I hoped I knew
Don't sweat it, set a false pretense

Betray, you're not gonna be willing to change
Yeah, and it doesn't seem likely to fade
Betray, you're not gonna be willing to change
Ca-ca-ca-cause you know

In Sacrifice
False Pretense, you'll learn again
Stop pretending, to deny
False Pretense, you'll learn again

All along you know you thought you got the best of me
You were wrong and I'm laughing right in your face
I can not believe you claimed you were my family
Don't sweat it, set a false pretense

Betray, you're not gonna be willing to change
Yeah, and it doesn't seem likely to fade
Betray, you're not gonna be willing to change
Ca-ca-ca-cause you know

In Sacrifice
False Pretense, you'll learn again
Stop Pretending, to deny
False pretense, you'll learn again


It's time to let it go

I can't seem to understand it how you turned out to be so cold
You tried but were caught red-handed, are you happy with your role?
It's funny to me how you've turned into such a joke

In Sacrifice
False Pretense, you'll learn again
Stop Pretending, to deny
False pretense, you'll learn again

So play-ay-ay the game until you run out
And play-ay-ay the game into my hand





*ada pakcik romeo ajak main boling esok. bila tanya sape lagi join the club dia boleh cakap tokki dia pun nak join. eheh. main-main ke, serius ke,..aku layankan aje. tengah mood comel kan...err,comel?hakhakhak..mangkuk wa tak suit langsung.

*eh eh jap. patut ke aku tulis benda ni? heh. takpe la eh. sekali-sekala buka cerita dalam closet sendiri. tengah comel kan?..heh. okay okay mood yang comel. aku faham je. orang lain la yang salah nyeeee

Read more...

clock's ticking


dah 2-3 hari asyik nak check bila malam nisfu. okay aku ngaku aku maknga kalau dah nama cuti sekolah bab-bab tarikh memang fail terus. tapi tu ah. kehendak sekadar kehendak. berkubur sekali dengan mimpi pada malam harinya. cis!

preparation?..tak semangat sangat macam tahun-tahun lepas. tak tahu mana silap. puasa rejab syaaban pun banyak rongak walau tenaga tahap maksimum bukan kerah banting 44 tulang pun. tapi tu lah. salah aku sebab banyak sangat benda maknga main lam kepala.

rindu?..itu sangat-sangat. rindu ramadhan. rr. special case. walau tak sedia cukup-cukup, rindu tetap bertandang berduyun-duyun. bukanlah sebab pernah rasa puasa kat tempat lain pun mesia je mamanjang tapi rindu tu lain. lain, macam lain yang terakhir.

heh.

entah.

tara hal la rr. aku suka.


15 syaaban~
jum buka buku baru!

Read more...

magnet rosak



aku nak cas positif aku balik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP