niat nak bertanya khabar famili di terengganu. hantar mesej sekeping. tup tup ummi telefon. rupanya ummi dalam perjalanan ke marang. ada lagi kem yang belum habis di-handle. ni siap nak bermalam di sana. abiyd demam. muntah. ye teruk. dia selalu begitu. tak pernahnya nak demam sikit-sikit. mesti kena yang teruk tahap giga punya. mujurlah, dia sempat kebah sebelum ummi ke kem. taklah berat hati sangat ummi nak tinggal. selepas tu terus aku call rumah. cakap dengan abiyd. he sounded ok. alhamdulillah. tengah layan MU vs M'sia dengan hannan katanya. siap mengkhabarkan tentang baju raya yang dibeli di sogo 2 minggu lepas tika mereka satu keluarga hantar apik ke uia. owh aku sedih betul tak dapt join. entah-entah dapat juga kebas duit ummi abah buat beli baju raya jugak. haha.
seharian melepak di rumah aisyah. berkongsi seribu satu cerita seribu satu rasa. baru tahu dia keputusan kasih sayang. huhihu. kasihan benar tapi jika itu yang terbaik, itulah yang harus diterima. i know her too well. and i am sure she will survive. i know you do,babe.
sometimes i fail to spill everything out even i want to. desperately. in this case it applies to people nearer. macam tv9 punya trademark dekat di hati. that is why i went to aisyah's. no offense but that is just me. payah bersuara whenever ada something terbuku dalam hati. membazirkan air liur dengan aisyah adalah solusi terbaik untuk fe'el aku yang macam-macam ni. at least untuk masa ini.
dalam pada membazirkan air liur, macam-macam update aku dapat. tapi yang paling top of the top-est, kisah huda J. ohhhh sungguhlah aku tumpang simpati. dan ada sedikit sesal berlinang dalam hati. jika aku tahu lebih awal, pasti ada sesuatu yang boleh aku sumbang. bukan wang ringgit yang termampu sementelah aku pun kering, tapi at least, aku boleh kasi bahu untuk huda melampias susahnya. at least...
untuk huda si cantik, bertabahlah kamu untuk dugaan ini. doa aku dan aisyah sentiasa ada untuk iringi langkahmu.
i love to see and hear aisyah laughing over everything i said. heh. even i sometimes confuse why she easily find that in every single words i spill, pasti ada terselit badut sarkis di celah-celahnya. oh aisyah, janganlah kamu selalu amalkan gaya hidup sebegitu. entah-entah silap haribulan, people akan ingat kamu as aisyah si sewel, bukan aisyah yang ada suara ala-ala zian zain itu.
hahahahahahahah
she cook me kuehteow goreng. yang lembek. haha ya ampun aisyah weh. nak tergolek aku tergelak kat dapur bila tengok rebusan kuehteow tu dah nak jadi sup kuehteow. dia pulak sibuk menyanyi dalam bilik air. hah. adoiyai. layan je la. lembek pun lembek la. baiklah sikit pada aku ni yang reti makan je tapi malas nak bertukang kat dapur tu.
rancak berborak, terkeluar cerita paling sadis sepanjang hayat di sheikh malek dulu. kisah sadis aku. yang ayu saja tahu. mati hidup semula aku ingat aisyah tahu sebab yang ada kaitan dengan cerita ni pun kawan baik dia sendiri. turn out, langsung semek tu tak tahu. bongek la. heh. bergenang jugak air mata bila ingat kisah sadis tu tapi control la weh. takkan free free je aisyah nak tengok air mata aku. hihu. terkejut beruk maknyeh dia bila tahu kisah sebenar. tapi takpe lah, benda dah lepas. malas dah aku nak kenang balik. buat berdarah balik je parut yang aku dah berjaya sorok. aisyah, itu rahsia besar okeh. kena mohon cap mohor dulu dengan aku sebelum mung boleh spill cerita tu dekat orang lain. heh. serius ni.
and overall, thanks a lot for the services. lain kali aku datang menempek lagi eh. tentang encik s, sila lah berkuat dengan pendirian mung. ada reason di sebalik larangan-larangan dari kayangan triang itu. dan mung sentiasa ada support dari aku okeh!
oh ya, esoh=aisyah. i love calling her esoh. nampak klasik. heh
Read more...