karangan tanpa perenggan di petang yang permai.huh.panjangnya tajuk.fail fail!





saya suka kartun backkom. tiap-tiap hari saya akan menonton kartun backkom bersama-sama adik saya yang bongsu yang berumur 8 tahun pada tahun ini. jika adik saya sekolah pada hari itu, saya akan tergelak-gelak di depan tivi seorang diri kerana kartun ini dimainkan pada pukul 7 pagi. adik saya sudah ke sekolah pada pukul 7 pagi. Bagus kan dia? Awal-awal dah tunjuk teladan yang baik. saya yakin betul, adik saya akan jadi pengawas sekolah ketika dia dalam darjah tiga nanti. adik saya tidak suka pergi ke sekolah lambat-lambat. dia selalu menjerit menyuruh sesiapa yang mempunyai lesen memandu kereta yang sah untuk keluar dan menghidupkan enjin kereta lalu menghantar dia ke sekolah. di sekolah dia berkawan dengan harith, aiman, zikri dan lain-lain. semasa cuti sekolah yang lepas, kawan adik saya yang bernama harith telah pergi melancong ke bandung yang terletak di indonesia. adik saya yang tidak mengetahui di mana letaknya bandung telah balik ke rumah dan bertanyakan hal itu kepada saya. saya yang terpandai sedikit daripada dia telah menerangkan jawapan yang agak susah untuk difikirkan itu. harith juga bermurah hati untuk membelikan cenderahati daripada bandung yang berupa rantai kunci untuk diberikan kepada kawan-kawannya di sekolah. ini telah menimbulkan rasa ketidakpuasan hati kepada kakak salah seorang daripada kawan-kawan harith. akibatnya, dengan muka yang tidak tahu malu langsung, si kakak telah memujuk si adik dengan cara yang paling keji sekali supaya pergi ke sekolah dan meminta rantai kunci daripada harith. si kakak nak juga rupanya. isk isk isk. sungguh tidak malu dia tu kan? Keesokkan kelusaan dan ketulatan, si adik pulang dari sekolah dan terus mengunjukkan rantai kunci kepada si kakak yang bongek ini. terharu betul si kakak apabila mendapat apa yang diidamkan itu. dan sebenarnya, jauh di sudut hati si kakak, perasaan bersalah mula menjalar di segenap sudut rasa hati. niat asal mahu bergurau tapi misi gurauan gagal ditafsir oleh si adik yang baru berusia, err.. 8 tahun? si kakak ingatkan si adik faham. rupanya bongek juga. dan untuk itu, si kakak tidak alpa untuk mendoakan kesejahteraan budak-budak darjah dua itu dunia dan akhirat. si kakak bukan alim ulama yang pasti doanya dimakbulkan tapi si kakak tahu doa itu senjata. tuhan dekat dengan orang yang selalu memanjatkan doa tak kira lelah tak kira semput. sebagai penutupnya, ini ialah contoh situasi menang-menang. dalam bahasa inggeris disebut sebagai win-win situation. si kakak dapat rantai kunci dan peluang untuk bertaubat kerana membuli budak kecil serta peluang untuk dekat dengan tuhannya, manakala budak-budak tadi beruntung kerana mereka telah menyentuh hati seorang kakak yang baik hati ini. sekian karangan pendek daripada saya. terima kasih.






hahahahahahahahaha!

wayar putus petang-petang ni.layan je la eh.








notasaya 1: membulilah budak-budak dengan penuh kasih sayang.

nota saya 2: tontonilah backkom di saat hati anda berduka lara. kartun ini sangat bagus untuk sistem pencernaan anda.betul-betul.serius tak tipu

ANIEMZ  – (Jul 15, 2009, 9:34:00 PM)  

salam waa.. anim nak tuntut petua ni.. haha.. tiada kaitan dgn this entri.. petua utk dapatkan kembar.. haha.. waa cakap dolu2, lepas anim kawen nak gitau petuanya..

Naqiah Khalidah  – (Jul 16, 2009, 12:42:00 AM)  

mu ni..x padan besar mintak hadiah ngan budak2..how old r u eh?haha

naj[wa] abdullah  – (Jul 17, 2009, 2:32:00 AM)  

anim: heh.benda dalam kain mana boleh publish sini.one fine day, kita jumpa eh. baru best sikit nak story-mori. ala lagipun anim dgn zubir nak kumpul duit byk2 kan.takkan lari gunung dikejar eh!he he


yayah: weh aku tau ar aku terlajok besor pade orang lain.aku gura je pung mane tau adik aku bendul ngat gi mitok ngan saing ye.tapi untung gop weh.comel keychain tuh.haha

Post a Comment

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP