duaratus






teman pernah berpesan,

jangan paksa diri. bila rasa nak menulis ambil pen dengan kertas dan tarikan pen tersebut with no worries. membuat kesalahan adalah WAJIB untuk semua manusia. sebab tu diciptakan sekali liquid paper untuk jadi pasangan sejati pen. yang penting jangan paksa diri. that is the key to write. that's it. enteng kan?


aku fikir,

aplikasi fakta ini selari juga untuk skil melukis dan men-design yang wujud secara suam-suam kuku dekat dalam diri sendiri. satu ketika aku jadi sasau bila tak dapat lukis benda senang yang dulu-dulu aku boleh buat. buat banyak kali still tak jadi dan last-last give up jadi option yang dipilih. sedih. memang sedih. tapi sekejap je la. mujur kuasa ingatan tak capai tahap mega giga segala bagai. sebab tu orang putih reka ayat practise makes perfect. ada sebab untuk semua benda.








cuma nak bagitahu yang header tu direka dalam masa yang sama dengan tempoh masak mee segera. tak menarik langsung. entah-entah esok lusa dah bosan. tengoklah berapa lama boleh hanging on kat situ. entah-entah esok lusa aku dah buang.hahahaha.




Read more...

sebelah tangan

hari ni dah 30hb.tolak tambah darab bahagi cuti berbaki cukup sebelah tangan.hari-hari kerja countdown je.gila tak suka dengan fe'el ni tapi buatnya tak pernah putus asa.maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaalasnye nak sumbat barang dalam beg!




oh ya,esok kena daftar sem.online.upsi buang tebiat.hah.bukan-bukan.ni namanya pembaharuan.layan je la.

Read more...

chap ayam!

mood swing.blog jadi tempat lepas bom.heh.kepala keputusan wayar.abaikan.nak kena berubat dulu.bai!

Read more...

SMUs~

DSC00446






zaman muda di uni. masa ni jadi budak baik yang sanggup korban cuti panjang untuk sambut freshie-freshie seantero malaysia mendaftar di uni. nampak happy tapi azabnya, kami je la yang tanggung.


but then,
kami memang betul happy:)








majoriti uni kat malaysia sambut student baru minggu ni. selamat untuk semua, especially untuk kawan-kawan yang masih taknak resign daripada jawatan SMU itu. heh. kerja baik-baik ye. takde gaji pun takpe. ikhlas tu penting. jangan bagi nama SMU itu tercemar dengan niat dan agenda tersendiri yang busuk amat tu. kesian dengan yang lurus mahu bekerja. tak pasal-pasal tercalit najis yang tersembur.


okeh. takde intention lain pun. nak wish gudluck sahaja. gudluck SMUs!








100_1664

Read more...

flu

iklan dalam tv cakap macam ni (lebih kurang):


jika anda demam
kemudian diikuti oleh salah satu simptom di bawah iaitu
-batuk
-sakit tekak
-sesak nafas


segeralah ke hospital dengan kadar kalah superman terbang (oke yang ni aku reka)...






iklan tu iklan 'zon sedar diri' pasal H1N1. aku pelik. namanya swine flu. selesema babi (malaysia taknak guna nama ni kunun2 sensitif sangat), tapi kenapa takde simptom selesema dalam list iklan tu. last-last tak dapat fikir aku gelak je la. macam-macam.....




oke. mujur tertengok dan terbagi perhatian lebih dekat iklan tu sebab esoknye aku selesema. asal-asal selesema je, tapi bila hari merangkak malam, badan jadi panas sikit-sikit. aku fikir, kalau aku tak tengok iklan tu mesti dah kecut perut fikir pasal flu yang ter-overdose ke-famous-an nya tu. heh. terjangkit daripada si bungsu (abiyd) dengan ummi. masing-masing dah sihat tinggal aku seorang yang habiskan sisa-sisa virus yang tertinggal. el nino memang kasi kesan woooo. jangan memain...




petang tadi aku makan aiskrim dua batang. perisa jagung dengan milo. home-made ice-cream. aiskrim murah je pun. zaman kita kecik-kecik dulu jual seposen satu tapi sekarang dah jadi 20sen. rumah depan jual. dah jadi regular customer dah kitorang adik-beradik sekarang. heh. ummi bising sebab selesema tak baik lagi tapi galok gi makan aiskrim. haih. ummi taktau. ni la ubat paling mujarab untuk penyakit aku. air sejuk dalam peti ais tu pun ubat sampingan jugak. berdarah hidung ummi tengok aku teguk air tu tadi. haha. oke. gurauan kecil-kecilan je la. tak berdarah pun hidung tapi bingit jugak telinga dengan jeritan halus ummi tadi.












eh, tetiba dah rasa sihat bila tulis post ni. haha. magic magic...


Read more...

the definition

write what you want,


when you want it.






at least,
that is the definition of blog to me


=)

Read more...

pantai itu kaler birukah?







IMG_5122








aku suka pantai (who doesnt?). tempat terbaik untuk lepak bagi aku, ialah gigi pantai. termenung melihat ombak main tang kkejo. melihat gugusan pulau yang beratur di tengah lautan.




sambil-sambil tu aku terfikir...




macam mana eh, air laut tu boleh jadi kaler biru, sedangkan dasar laut tu hitam legam yang amat. sifat dasar laut, ialah gelap dan berlantaikan pasir yang selalu orang gambarkan 'memutih'. macam mana kaler air di permukaan boleh jadi hijau kebiruan, atau biru jika dilihat dari jauh?






IMG_5125






oke. ada orang tua cakap dengan aku, kaler tu mungkin terjadi sebab biasan kaler langit yang biru. mungkin benar. sebentar, aku mengiyakan fakta itu.


kemudian, aku berfikir lagi, macam mana langit tu dapat warnanya..alam semesta kan hitam legam kalernya?..


ke,




aku salah pemikiran?...








heh. itu masa dahulu punya persoalan. masa aku mula boleh guna otak. masa aku baru kenal pantai. since aku bukan pure terengganu (aku anak selangor selama 9++ tahun), aku tahu pantai itu cantik dan boleh jadi tempat lepak yang best pada waktu yang agak terkebelakang dari yang lain.




selepas tu aku belajar,


jika kita tak dapat merungkai persoala-persoalan pelik yang bermain di minda, bersegeralah ingat kembali kepada kebesaran Allah. kerana hanya itu, jalan keluar yang terbaik.


untuk elaborasi rasanya boleh dirujuk di tempat yang lebih afdal:)


aku di sini untuk bantu diri sendiri belajar bersyukur. syukur itu cantik. yang paling cantik.










makhluk dan alam semuanya saling bergantungan untuk hidup dan terus hidup. biarpun umur kita tak setua alam ciptaan Allah, kita patut fikir apa yang jadi kepada generasi akan datang kalau alam ini dimusnahkan...-NoorSuraya (Ayuh Lari ke Pulau Harapan)










IMG_3500




ya. aku suka lepak. aku suka termenung. di gigi pantai, semestinya:)








nota: hari ni dah 23hb. selamat hari lahir untuk 'na'-you-know-who-you-are. heh. lame dop napok. nnusuk mane gok semek weh?..semoga selamat dan baik-baik sahaja semuanya, deh?








Read more...

tribute

pelajaran 1:


kita semua berbeza






pelajaran 2:


tiada seorang pun antara kita yang sempurna








pelajaran 3:


kita mungkin head-stone. both. tapi sebab itulah aku akan ingat kau sampai bila-bila




















nota: you are really one hell of good kartunis.ombak untuk zint:)

Read more...

wish

so you found
a better hiding place than on the ground
inside the image
of who they think you are




i wish the best of everything for you
i hope you know that honestly i do




how long can you run?
turn your back on everyone
just let me know
when you are tired of being alone




so you wait
all through the night and day to day
wait for the illusion of the perfect song










i wish the best of everything for you
hope you know,
that i honestly i do

Read more...

limabuku. bukan bukulima


sebelum cuti semester aku ada pinjam 5 buah buku bahasa asing daripada library uni.


satu, betul-betul baca all-out.cerita pasal watak utama si atlet lumpuh lepas accident dengan player lain atas padang dan macam mana si bestfriend sacrifice untuk terus cheer up watak utama. cerita simple tapi banyak kuotasi cambest. dan telah berjaya buat air mata bergenang. oke. bergenang sahaja.


dua, baca separuh. oke dah 3/4. tapi last-last terus ke chapter terakhir. kisah watak utama dapat seru roh orang mati dan tolong cari keadilan hingga ke akhirnya. satu yang menarik, kebolehan si watak utama ini diwarisi daripada ibunya, dan watak utama sendiri telah mewariskan kebolehan tersebut kepada anak perempuannya. si ayah dah mati, so si anak perempuan still boleh contact dengan ayahnya. how do you like it sound?heh. aku tak suka sangat. tapi cerita orang putih layan je laa


tiga, tak best rupanya. aku rembat buku tu sebab sinopsis macam menarik, pasal famili. aku suka genre ni. besides cerita hantu misteri penyiasatan yang boleh baca sampai berdarah hidung tu..baru baca bahagian awal aku dah boring. penulis terlalu detailkan satu-satu event. terrrrrrrrrrrlalu!. lenguh mata aku kejar setiap baris. bayangkan-lah, cerita pasal nak beranak saje pun dah bantai dekat 30 mukasurat. reject reject...


empat, tak start baca lagi. kite runner, tau? aku dah ada versi e-book nya. saje je pinjam. lagi feel kalau baca buku. heh. koya je lebih. duk teman bantal berapa lama dah. haih. entah bila nak start mengulit.


lima, aku baca sinopsis masa nak pinjam dulu. pasal famili jugak. tu je la boleh mention. buku ni senyap dalam bagpack aku lagi.hahahahaha.swinging bowl sungguh!



SATU perkara yang aku baru PERASAN,

speed membaca aku dah tak selaju dulu!!!


isk.....

apa yang berkarat, apa yang tercabut skru, apa yang terputus wayar, entah?





oke laa,
nak start balik membaca.kartun pun dah lukis banyak.huduh-huduh belake pulak tu.haih.memang betul la ade wayar putus nih........







Read more...

so here i am still holding on...





Seconds, hours, so many days
You know what you want, but how long can you wait
Every moment last forever.
When you feel you've lost your way.

What if my chances were already gone
I started believing that I could be wrong.
But you give me one good reason.
To fight and never walk away.

So here I am, still holding on

With every step, you climb another mountain
Every breath, it's harder to believe
You'll make it through the pain, weather the hurricanes
To get to that one thing.

Just when you think the road is going nowhere
Just when you almost gave up on your dreams
They take you by the hand and show you that you can
There are no boundaries.
There are no boundaries.

I fought to the limit, to stand on the edge
What if today is as good as it gets
Don't know where the future's heading
But nothing's gonna bring me down
I've jumped every bridge and I've run every line
I risked being safe but I always knew why
I always knew why


Just when you think the road is going nowhere
Just when you almost gave up on your dreams
They take you by the hand and show you that you can

You can go higher, you can go deeper
There are no boundaries above and beneath you
Break every rule 'cause there's nothing between you
And your dreams


With every step, you climb another mountain
Every breath, it's harder to believe
You'll make it through the pain, weather the hurricanes

There are no boundaries!





p/s: nak dengar musik?..sila cari sendiri la ye:)



Read more...

meng ye (part 1)



Dah nak masuk sem baru. sem finale. musim terakhir di uni. dah dekat nak capai 22(sempat lagi=p)...


Kena planning. penting. untuk future.


- masa semester 5, kena ambil subjek biochem. antara major yang perlu. best subjek ni. lab pun seronok tak tensi2..nak cerita tutor lab tu,ex-student upsi jugak. baik. dia ada cerita pasal peluang yang upsi bagi untuk student-student yang minat nak sambung master kat oversea. kos semua uni akan tanggung. kiranya kalau berminat, kena maintain pointer dan apply. aku minat...tapi ada satu part yang tak best. andai kata rezeki Allah kata lulus dan boleh jejak kaki kat oversea, lepas ngaji sungguh-sungguh, kena balik sumbang bakti dekat upsi. haih. lemah aku. aku taknak upsi,err..boleh?


- then aku fikir, rezeki Allah boleh muncul dekat tanah mana-mana pun atas bumi ni. so abaikan perasaan tak sedar diri di atas. he he


- aku start berangan untuk sambung ni secara lebih serius seminggu dua ni. mungkin sebab sem baru dah nak start kan, so otak baru je nak trigger apa-apa yang patut. haish... aku ada tengok tender-tender yang uni-uni local lain tawarkan. oke la. ade je chance untuk sambung dalam bidang sains...


-dah bila otak aktif kan, aku start hanyut jauh lagi. kalau takde rezeki uni oversea pun takpe. try hirup udara uni local pun oke, aku tak kisah. asal ada chance buat master.. pastu aku melayang lagi. nak buat majoring ape eh?..pusing-pusing pilihan yang ada (dengan consider keupayaan otak yang memang tak berapa nak berupaya ni.heh serius tak tipu), aku nak ngaji fisiologi haiwan. zoologi? not bad tapi macam payah sikit sebab takde dalam silibus uni..


- serius. aku asyik fikir fisiologi je. aku taktau sangat root untuk buat majoring dalam bidang ni, dan teka aku, payah jugak sebab nanti aku grad dengan ijazah pendidikan dengan sains (bio), bukan ijazah sains dengan pend. (lain dua nih)...nak tak nak, kena cuba nasib apply untuk tender yang uni sendiri tawar dulu.


- kena email beberapa individu untuk kes ni. tengok macam mana pendapat orang lain. lecturer physiology aku is a must. dokter tunggu surat maya saye eh? hehe


- aku penyegan. so untuk aku state planning (yang lebih kepada angan-angan sebenarnya) aku kat sini adalah suatu pekerjaan satu dalam sejuta, barangkali (exaggerated sentence, i know)..tapi, at least, aku akan lebih bersemangat untuk merencana hidup sendiri bila aku sendiri khabarkan ini kepada homo-sapiens yang lain, bukan?..heh. doakan saya!


- hidup berdua?..ada jugak masuk dalam planning-list.. next chapter la aku cerita..err, kalau aku rasa nak cerita la.aku kan penyegan. he he





oh ya, meng ye = bahasa cina = berangan-angan


=)))

Read more...

hujan batu di rumah sendiri=)







17062009126



Somebody ada bertanya tentang blog aku yang satu lagi. oh blog itu P&C. aku je yang ada kad akses untuk ke situ. heh. kadang-kadang aku tak boleh spill everything out atas kanvas yang ini. sebab tu aku wujudkan tempat untuk rant something. alah. tarappapa pun. kira bad-side aku semua tumpah di situ. kamu stick di sini sudah la ye. aku bukan pandai mengarang pun, sampai kamu begitu desperate mahu tahu apa la yang dangwangi itu bebelkan, kan?..


Petang tadi hujan. untuk satu tika yang sekejap tapi lebat dan petir pun sekali. rutin harian, main badminton dengan adik-adik terpaksa kensel. tapi, bunyi hujan petang itu sangat pelik. bila titis-titis itu bertemu bumbung rumah, bunyinya sangat...semacam?..bunyi gemersik yang kuat amat. kami anak beranak jenguk. nampak something melentung-melenting atas bumbung rumah sebelah...


masya Allah, hujan batu rupanya..


aku yang gila hujan ni apalagi, berlari masuk bilik dan menyambar kain tuala buat tudung kepala. ummi, abah dan yang lain pun ikut serta. oke. aku jakun. seumur hidup tak pernah tengok hujan batu. aku pergi tepi rumah, nampak air-air batu duk melantun-lantun atas tanah dan terus kutip. tak hirau hujan langsung. lencun pun lencun laa...excited sungguh masa tu



hujan batu17/6



Tidakkah engkau melihat bahawa Allah m'jadikan awan b'gerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia m'jadikannya b'tompok2, lalu engkau lihat hujan keluar dr celah2 nya, dan Dia juga menurunkan butiran-butiran ais dari langit, iaitu dari gumpalan2 awan seperti gunung2, maka ditimpakan-Nya butiran2 ais itu kpd siapa yg Dia kehendaki dan dihindarkan-Nya dr siapa yg Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir2 m'hilangkan p'lihatan~ [24:43]



hujan air batu-17/6




Ni je pun yang sempat di-snap. suka sungguh boleh main hujan macam gini. cuaca kat teganu tersangatlah panas sekarang. sakit kepala, bibir kering, bibir nnetuk, dehydrated, dan macam-macam lagi sakit dah hinggap dekat orang dalam rumah ni. syukur ada rahmat di celah-celah kesulitan nih..


Hujan batu yang turun sekejap itu, walau total-nya tidaklah banyak, sudah cukup buat aku yang jakun nih, kaget dan terpesona..


Untuk bunyi gemersik dan sejuk yang sempat berada dalam genggaman, alhamdulillah=)



nota: ummi ada memberitahu, dia pernah main hujan batu ni masa zaman budak-budak dulu.ni kira betul-betul down memory lane laa, kan ummi kan?hehe


Read more...

dalam kartun bleach ada sebut...




The only way to become stronger is to fight...


***


Hidup ini satu perjalanan. satu pengembaraan. perjalanan ke satu penghujung yang kita tak tahu di mana, tapi kita tahu hujung itu wujud. perjalanan ini juga bukan satu highway yang lurus elok, kadang-kadang liku itu terbelah dua, dan lebih itu tidak mustahil. dan itu ialah pilihan-pilihan yang bukan senang untuk diunjuk-unjuk begitu saja (dan bila ada masa kita tidak punya pilihan, kita akan sibuk mengeluh bertanya kenapa kita tidak diberi pilihan?). kadang-kadang, kita sengaja mess around dengan roundabout yang wujud. tak ke mana-mana, tapi hanya lingering on the same spot over and over again. kadang-kadang, kita terjelepuk letih di jalan mati. nak tak nak kena patah balik, tak pun cari jalan yang possible untuk lari dari situ.


Tipulah jika pengembaraan itu berlaku dalam keadaan yang sangat senang, sangat smooth. paling tidak, ada lubang pelbagai saiz, ada duri pelbagai ketajaman, ada hujan lagi.kalau renyai boleh tahan tapi kalau lebat? itu tak termasuk ribut petir, gempa bumi berskala sekian-sekian richter yang melambangkan kekuatan-nya. musuh lagi...banyak sangat kalau nak mention. lagi banyak umur orang tu, lagi banyak masa untuk dia merasai adventures dalam journey hidup dia. tak percaya? try tanya orang tua. confirm si tua akan jawab..


”zaman budak-budak best la.semua nak happy je.tapi bila dah dewasa, banyak benda yang dikecapi masa zaman kanak-kanak akan hilang dan masalah pulak akan
bertambah.bukan sikit-sikit tapi menimbun-nimbun terus...”-anon


Nak tak nak, kita kena overcome semua tu untuk capai aim hidup, here and hereafter.


That is what makes us a fighter.


Manusia yang paling penakut pun akan fight untuk hidup. hari-hari. setiap masa. tetap melawan setiap dugaan yang datang menghalangi, mengganggu mahupun melemahkan dirinya.

Sebut apa sahaja. kena lawan sampai mati.

setan.

ego.

dengki.

malas.

benci.

marah.

tamak.

nafsu.

takut.

tipu.

.
.
.

life really, really gets tougher day by day, but with the power of Almighty, and the effort given to the eternal struggle, then insha Allah eventually we will get the life we wish the most. here and hereafter…


The truth behind fighting, is fighting continuous forever…



Read more...

suka=)






3




1




2




cuma rasa ingin publish gambar-gambar ini:)


republish, sebetulnya


2D1N~
menyaksikan daekgu mountain di korea,
betul-betul membangkitkan rasa rindu itu


rindu mahu merasa Tuhan itu betul-betul dekat
rindu melihat kebenaran-kebenaran Al-Quran
just right before the eyes
rindu!


fikiran aku,
alam betul bantu aku suluh kembali jalan yang kadang-kadang malap sirnanya:)



Read more...

reflected

Cebis-cebis feedback ini daripada yayah tentang post aku sebelum ini:



baru baca latest post from waa..
waa..aku nak comment tp aku x jumpa link nak comment..
truth hurts? yup..i cant denied..

tp ape pun..
cuba untuk bersangka baik dlm segala hal..
bersangka baik dgn semua org..
ape pun yg jadi..
bukan kerana ape yg aku fikir..
tp kerana dah memang nak jadi macam tu..



Okeh.


Pertama, your words are much appreciated.pesanan untuk aku: jangan main-main dengan orang yang banyak telan garam nih..ehehe



Kedua, memang sampai kiamat mung takkan jumpa ruang komen sebab awal-awal lagi aku set comment is disable.heh.napok gaya lain kali kena mention dulu sebelum publish.penasaran gamaknye orang mencari..maaf untuk itu




***



kadang-kadang, aku jadi ralat dengan figura-figura di sekeliling.
aku jadi tak percaya dengan fakta bahawa setiap kesulitan yang dialami tika cuba menjalani hidup ini seadanya adalah berpunca daripada diri sendiri.
seratus peratus daripada diri sendiri.
pada fikiran aku, tentu ada figura lain yang terlibat, situasi yang mendorong jalan dan..
dan apa-apa lah...
sudahnya, aku jadi berjauh hati. berjauh hati dengan orang, dengan situasi, dengan benda-benda lain.
langsung tak berfikir kesalahan diri sebaliknya melihat cacat perkara itu dalam diri orang lain,
walau dalam realiti, aku bukanlah seorang yang kuat untuk menjadi rebel.
semua itu disimpan, dibungkus kemas-kemas jauh dalam lubuk diri sendiri.




Ya, aku memang melihat sesuatu perkara sampai ke akar umbi. dan ya, kebenaran itu pahit. menyakitkan. melihat dan berfikir sehingga tahap melampau kadang-kala akan membawa kita ke satu daerah yang sangat menyesakkan. tapi itulah yang aku buat. tahu sakit, tapi tetap buat. kena buat.




aku cuba ubah cara hidup hati dan fikiran sendiri, tapi percayalah itu bukan satu perkara enteng untuk dilaksanakan. sehinggalah aku bertemu dengan frasa-frasa ini ketika sibuk mengulit tulisan Harun Yahya dalam Some Secrets of the Qur’an…



The inner self is arrogant and selfish; it always wants to satisfy its own
desires and vanity. It cares only about its own needs, interests and seeks only
pleasure. It resorts to every means to tempt mankind since it is not always
possible to fulfill its wishes through legitimate ways.



Sungguh ia menampar pipi. banyak minit mata tertancap dekat frasa tersebut.



Segala benda buruk yang memakan pegangan aku, datang daripada diri sendiri. apa-apa yang jelik berlaku dalam perjalanan hidup aku, yang buat hati aku makin hitam, yang buat bahu kiri menyenggeng senget, semua berpunca daripada diri sendiri. tiada orang lain yang bertanggungjawab. mereka langsung tak boleh dipersalahkan atas sombong yang terbina, mereka bukan pesalah dalam kes tak puas hati yang boleh kata hari-hari berlaku, mereka tak terlibat. langsung tak.




Segala apa yang berlaku, are shaped completely by my own inner-self!



…the inner self will never remain silent; it will justify its deeds under all
circumstances, will love itself more than all others, will grow arrogant, will
desire to possess everything good and will desire to lead a life of pleasure. In
brief, it will resort to any means to make a person display the type of an
attitude contrary to the morality which would please God.





It is the inner self which inspires evil and wicked deeds.




It is not them.
Not the situation.





And that is why,

tulisan di bawah terkarang…

Read more...

non-full-stop





I thought somehow when i am not behaving like myself it is not because of me but it obviously because of the situation, people surrounding me and other things, except me






guess what?






I was wrong






Everything, I mean every single thing that happens around me
has nothing to do with me






I decide who I am

That’s the truth










Truth hurts?




Surely,
it does!

Read more...

of engagement and result





IMG_5335

cupcakes dan ikan kering.heh
ikan kering rasa macam kuih bahulu.
jangan ada yang pergi siang dulu sudah.
ready to eat at anytime=)




IMG_53451

simbolik



IMG_5364

pohon kemudahan dan kesejahteraan




Ke Kuantan untuk majlis di atas. majlis meraikan pertunangan sepupu,k'fadia dengan pilihan hati. majlis grand yang amat, sementelah k'fadia ialah cucu sulung di sebelah famili ummi-nya.




malas nak buat ucapan (malas nak menaip sebenarnya,hhe)..ucapan aku dah di-video-taping masa majlis.aku kata apa entah.siap dua kamera mengadap suruh aku berucap.haiyohhh.merapu meraban.yang ingat last-last aku cakap bahagia sampai syurga.heh.kekok laa.baru bertunang dah suruh aku yang agak berhormat ni bagi ucapan.hahaha...




IMG_5366 copy

k'fadia: mak aihhhh.beratnyeeee cincin nih!!!..(sambil menarikan cincin di jarinya)



***


On the way balik, tukar simcard, ada beberapa mesej masuk. salah satu pasal result. haih. awalnyeee out. biasanya tunggu result out sampai tersengguk-sengguk, bahana punyaaaaaa-lah lama upsi peram. aku baca sekilas. lepas tu tutup. langsung tak berani nak sms, taip ON RESULT, hantar ke 33326.




oke aku tipu. bukan taip macam tu. ade la ayat dia.lama aku buat dunno, tapi tak boleh jugak. whether to check it now or later, the result isnt goin' to change, anyway...


dengan lafaz bismillah, aku hantar.tak sampai seminit, dah ada balasan!


aku buka, mata aku melilau je tengok apa yang tertera dekat skrin. tak tengok betul-betul. aku hanya aim untuk satu subjek ni. kertas empat. masya Allah, unexpected!


one word.


lega.






kertas empat sangat sakit.sebab tu aku sangat sakit memikirkan kertas empat, semata-mata. segala puji hanya untuk Dia yang sangat mendengar, yang sangat mengetahui, yang sangat pemurah!


dan untuk konklusi sem enam ini, segala nightmare yang dilalui, berjaya membuahkan pelangi yang sangat cerah.



super senior season is coming, soon.

very soon!




hwaiting to the world of sensei!

Read more...

si bungsu

masa tu aku form 2. zaman bizi (kunun). masuk kawad kaki berperingkat-ringkat. lepas habis satu event, event lain pulak tunggu. takpe aku suka. sebab aku tak berapa minat sangat belajar. tak insaf lagi. kan orang kata form 2 dengan form 4 zaman honeymoon. aku pun taktau ape la maksud honeymoon masa tu. aku berkawad kalah askar bawah matahari. kulit jadi hitam legam. kira honeymoon ke tu? pape je laa...


nak ceritanya, disebabkan bizi aku jarang balik rumah. kalau ikut, dalam sebulan if mood PK HEM ke, warden tersayang ke, semua baik-baik, kitorang budak hostel boleh balik 2 kali,selang dua minggu. kalau orang atasan buat kes putus wayar sekali-sekala, jadilah kes yang mana budak hostel kena tambat tak boleh balik kampung.heh.kenangan sungguh...


tapi ak bukan nak cerita pasal tu...


ada sekali, aku tak balik dalam 3 bulan cenggitu. hostel yang dianggap macam penjara tu dah jadi macam tempat tinggal tetap.heh.tapi aku waras lagi.mak ayah kena balik jenguk jugak walau bizi setaghe mane pung,kate oghang ganu. so aku balik la satu hujung minggu bertuah ni.


kat rumah. aku tengok kat dapur, ada susu anmum. pelik. walau aku macam bengong chap ayam masa tu, aku tahu jugak yang susu tu susu ibu mengandung. sape pulak mengandung dalam rumah ni. oke. mungkin soalan tu bunyi macam bodoh (memang pun), sementelah aku dengan ummi je perempuan dalam rumah. tak kan ummi kut? akal aku menidakkan fakta tu. kan dah kata aku bengong chap ayam masa tu. untuk pengetahuan, yang bergelar bungsu ketika itu sudah darjah tiga. sembilan tahun takde sape nak ambik title tu daripada dia. so faham-faham je la kenapa aku perlu mengerah otak memikir kepunyaaan siapakah susu itu...


aku panggil si kedua bungsu. aku tanya dia, dengan berbisik. sape punya. dia jawab tak tahu. lagi bengong. heh. duduk rumah pun tak tahu sape punya. kambing sungguh laa...


slow-slow, aku pergi intai ummi. ummi tengah berdiri tepi tingkap masa tu. perut ummi sedikit buncit. haih. takkan la? ummi aku kategori berat terlebih jugak, so aku assume perut dia kandung lemak bukan baby.heh.mangkuk ayun punya anak. tapi tak puas hati kena pergi tanya jugak...


so aku jalan dengan penuh berhemah ke arah ummi. aku cuit ummi daripada belakang. takde nak basi-basi. straight terus...

"ummi ngandung ke?"


ummi senyum kambing. tapi cun lagi laa pada kambing...

"aah"


pendek je pun jawapannya.


"bape bulang doh"


jawab si ibu,

"7"



HAH????

jeng....jeng.....jeng....jeng!!!


nota insaf: sila lah ambil tahu hal keluarga anda, walau di kutub utara sekalipun anda bermastautin.



serius, gila terkejut aku. dah 7 bulan dan aku langsung tak tahu-menahu.haih laaaaaaa



***


dah lapan tahun.heh.dan hari ni birthday si bungsu yang kehadirannya aku sedari tika dia 7 bulan. dalam perut.

untuk abiyd, selamat membesar menjadi manusia besar yang punya hati yang besar!=)




IMG_2090







nota 1: mendapat adik ketika umur lepas mumayyiz, was really something.heh...aku je kut yang rase macam tu.lantak laa...


nota 2: kes aku tak berapa dahsyat pun.masa form 5, zack langsung tak tahu maknya mengandung.sudahnya, si adik usia seminggu baru dapat khabar.kitorang terkejut, zack apatah lagi. terus balik minggu tu sebab nak tengok adik baru.adoiyaiiii


nota 3: zaman dulu mana aci bawak handset kat asrama.public phone ade satu je nak direbut beratus-ratus budak aspuri. so jangan laa salahkan kitorang hundred percent.he he.

Read more...

9.30 pagi tadi, 020609









IMG_5155



bak kata Mak Jah:

"Ingatkan bunyi kapal terbang, terbang rendah..."



*Mak Jah ialah salah seorang rakyat negeri Terengganu yang mana kedudukan rumahnya hanyalah di belakang stadium.



Apik,
"Dok tido lena laa mat said malang nih..."



*Apik ialah bakal student law yang suka mengaitkan sesuatu peristiwa dengan ape eh orang panggil?...politik eh?? hehe.


***


Kebetulan keluar berdeting bersama para kekasih hati petang tadi, so tak lepas peluang untuk tengok disaster yang berlaku. Alang-alang 5 minit je dari rumah kan. heh...


IMG_5145



Waktu perasmian SUKMA tahun lepas, kami (adik- beradik) antara ribuan rakyat yang dimampatkan, sama ada sukarela ataupun paksarela (aku la tu) dalam stadium yang dengarnya tak diluluskan pun lagi taraf keselamatannya tika itu. Tempat kami duduk malam tu, antara kawasan runtuhan yang terlibat pagi tadi...




IMG_5156




Apa lagi nak cakap, Malaysia banyak kes runtuh-runtuh sekarang. Supermarket, stadium, iman, akhlak, keadilan...apa-apa laa..rumah tangga lagi.haih laa...

Kalau masing-masing tak boleh nak ambil iktibar lagi atas hal-hal ni, pergi hantuk kepala sendiri kat dinding laa...


!





Read more...

my choice. i choose.







cuti sekolah 2 minggu eh?

kenduri kahwin berderet menunggu untuk dipenuhi

ada yang dah lepas, hari ni, esok lusa dan akan datang

gembira tengok orang kahwin

kadang-kadang tersayat sayu

lebih-lebih dengar sendiri kisah di sebalik tabir

ingat senang ke nak kahwin?

selama ni orang suruh pergi makan gulai, menonong pergi

kenyang perut, blah

kalau majlis libatkan sedare terdekat

tolong-tolong lah mana yang patut

pasang telinga 5 minit kat dapur, dah kena perambat dengan orang tua

salah ke aku nak berkongsi pendapat?

haha.budak umur 11 tahun.orang tanya pasal period pun nganga-nganga lagi



sekarang

semua berubah bila dah umur banyak

setiap inci hal yang berlaku dipandang dengan idea berbeza

otak ligat fikir sebab tahap hormon dah cukup matang untuk buat timbang tara baik buruk

begini rupanya bila umur dah capai tahap, err...ideal?



tingkatan 5,

aku tidur malam tu, aku mimpi...


minggu tu minggu wajib balik. aku malas nak call ummi abah suruh ambik, so aku decide nak balik naik bas. dalam pukul 6 aku sampai gong badak. bas intan unggul stop kat simpang, aku turun. kena menapak sikit sebab rumah aku kat dalam bukan kat tepi jalan. jalan punya jalan, dari jauh aku nampak banyak kereta lepak depan rumah aku. pelik. bukan hari raya pun. awat? aku malas fikir banyak. letih. jalan sikit lagi, sampai la kat rumah. oh, pak sedare ngan mak sedare rupenye. eh,sape pulak yang lain? tak kenal pun. aku sengih bagi sedekah dua tiga posen, terus masuk bilik. tak sampai lima minit, ummi ketuk pintu. aku bukak. ummi masuk. eh, bukan ummi sorang. ada la lima-enam orang makcik masuk.termasuk mak sedare aku nih. diorang suruh aku duduk. aku duduk. blur. dengan pelik.

tetiba mak sedare buka mulut, "awa, ni ade orang nok masuk minang awa. awa nok dok?"..

kening dah start buat hal

sorang lagi mula menambah, "bagus budok ni wa. baik, bijok...."

haih!

makcik lain.."boleh la waa. terime ye.."

mangkuk ayun!




"tapi awa belajo lagi.baru tingkatan 5. SPM pun dok lepah lagi.."

percayalah, ayat tu sebijik-sebijik keluar dari mulut aku. dada gila berombak.


tapi tak memberi kesan langsung

dan makcik-makcik yang duduk mengelilingi aku terusan mendesak. ummi bisu.


aku paling, pandang ummi

pelan-pelan, ummi cakap..."terima la wa. ummi dokleh nok buat ape doh"...


what the???


aku apalagi, melalak terus on the spot. takdelah nak lari nyorok dalam bilik air ke, ape ke..meraung gila-gila taknak kawin. gila hape suruh budak sekolah kawin. tapi takde maknenye, makcik-makcik tu tanpa belas, terusan memaksa aku terima pinangan yang entah jatuh dari mana tu...

and the rest is history~

oh ya, ini mimpi sahaja oke. satu-satu aku ingat. dan pemangkin yang gila buat aku ingat sampai sekarang, aku bangun daripada mimpi tu, dalam keadaan teresak-esak. serius tak tipu. for one moment, i thought everything was damn true. nasib baik bilik gelap dan aku tidur seorang. 2 perkara inilah yang terus bawa aku ke alam realiti. siapa-siapa yang pernah ngigau sampai terjaga dalam keadaan macam aku, fahamlah kut perasaan-nya.heh.payah gila nak berhenti nangis lepas tu.nasib baik sekali lagi, aku tidur sorang..haih....




sekarang, ada yang cakap

muka aku ni,

muka pilihan keluarga

bukan pilihan sendiri.


swinging bowl sungguh laa.mane diorang dapat ilmu tu pun aku tak tau.

sesat...sesat...






Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP