dalam kartun bleach ada sebut...
The only way to become stronger is to fight...
***
Hidup ini satu perjalanan. satu pengembaraan. perjalanan ke satu penghujung yang kita tak tahu di mana, tapi kita tahu hujung itu wujud. perjalanan ini juga bukan satu highway yang lurus elok, kadang-kadang liku itu terbelah dua, dan lebih itu tidak mustahil. dan itu ialah pilihan-pilihan yang bukan senang untuk diunjuk-unjuk begitu saja (dan bila ada masa kita tidak punya pilihan, kita akan sibuk mengeluh bertanya kenapa kita tidak diberi pilihan?). kadang-kadang, kita sengaja mess around dengan roundabout yang wujud. tak ke mana-mana, tapi hanya lingering on the same spot over and over again. kadang-kadang, kita terjelepuk letih di jalan mati. nak tak nak kena patah balik, tak pun cari jalan yang possible untuk lari dari situ.
Tipulah jika pengembaraan itu berlaku dalam keadaan yang sangat senang, sangat smooth. paling tidak, ada lubang pelbagai saiz, ada duri pelbagai ketajaman, ada hujan lagi.kalau renyai boleh tahan tapi kalau lebat? itu tak termasuk ribut petir, gempa bumi berskala sekian-sekian richter yang melambangkan kekuatan-nya. musuh lagi...banyak sangat kalau nak mention. lagi banyak umur orang tu, lagi banyak masa untuk dia merasai adventures dalam journey hidup dia. tak percaya? try tanya orang tua. confirm si tua akan jawab..
”zaman budak-budak best la.semua nak happy je.tapi bila dah dewasa, banyak benda yang dikecapi masa zaman kanak-kanak akan hilang dan masalah pulak akan
bertambah.bukan sikit-sikit tapi menimbun-nimbun terus...”-anon
Nak tak nak, kita kena overcome semua tu untuk capai aim hidup, here and hereafter.
That is what makes us a fighter.
Manusia yang paling penakut pun akan fight untuk hidup. hari-hari. setiap masa. tetap melawan setiap dugaan yang datang menghalangi, mengganggu mahupun melemahkan dirinya.
Sebut apa sahaja. kena lawan sampai mati.
setan.
ego.
dengki.
malas.
benci.
marah.
tamak.
nafsu.
takut.
tipu.
.
.
.
life really, really gets tougher day by day, but with the power of Almighty, and the effort given to the eternal struggle, then insha Allah eventually we will get the life we wish the most. here and hereafter…
The truth behind fighting, is fighting continuous forever…

