bytes on kuala kangsar 110210


ralat pula rasanya tak dapat tunaikan permintaan seorang rakan baik. tanggungjawab yang ada atas kepala right here right now tak memungkinkan aku terbang pulang untuk menggalas tugas itu. walau tugas yang minta digalas itu, peluangnya hanya datang sekali dan sekala. nak buat macam mana, kat akhirat bukannya Allah kisah mana yang kita minat mana yang tak. dah nama amanah, dah nama tanggungjawab, semua tetap terkeluar nanti. jadi pandai-pandailah fikir nak pilih mana satu.

***

tiap kali masuk kelas kesayangan hati, syaitonnnn banyak sungguh main merry-go-round dalam kepala. tahu lah kelas tu kelas kesayangan hati aku tapi janganlah asyik nak bagi halusinasi macam-macam yang tak pernah difikir orang normal. haih. jadinya, tiap kali nak masuk kelas kesayangan hati, niat tu kena sangkut betul-betul dalam hati. kalau boleh sangkut biar takde siapa boleh capai dan usik. sungguh, kalau aku biar syaitonnn terus-terusan main kat playground tu, memang confirm aku boleh dapat schizophrenic at the end of this month. sumpah!

***

aku ada simpan hajat satu. hajat ni, macam tak kool la pulak kalau cerita lebih-lebih. so, doakan aku okay. moga-moga kalau berjaya, saham akhirat kamu semua pun, insha allah masuk sekali dalam buku kira-kira kehidupan kamu. heh. doakan eh! :))

***

them, are way of mine to release stress. them, are the best therapy. them, are these.

IMG_0236
IMG_0470

IMG_0455

IMG_0463







Read more...

his name is iskandar.


officially hari ini ialah hari pertama.

heh. 

panjang-panjang nafas ditarik hari ni untuk legakan semua saraf. tak lupa juga, untuk sabarkan diri dengan pe'el budak kurang normal dalam kelas.

heh sekali lagi.

dia bukannya kurang normal. suka menarik perhatian dan suka bila diberi perhatian. menurut falsafah kaunselor terlatih dia ada sebab kenapa dia berkelakuan macam tu. sabar kena banyak. hari ni sahaja entah berapa kilometer berlari kejar budak ni. suruh kaler bahagian otak yang tiga tu, ada ke patut pergi buat kaler bendera trinidad and tobago.

haha.

now tell me, sape yang tak berdarah hidung dapat student kurang  normal ni?..heh.


okey. kaknini dah sindir. kena berhenti dulu...

by the way, nama student istimewa tu, iskandar.



lawakan nama tu?


heh.


Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP