cupid no more


mood saya baik-baik sahaja cuti ni. tak ada yang jelik di mata walau unfinished business berlambak perlukan perhatian tapi tak apalah. kerja, sampai mati pun tak akan habis. dan tak payah susah-susah fikir kemungkinan pengakhirannya. sesak nafas tahap giga. kepala saya asyik rewind phrase ini, everything will be okay in the end. if it's not okay, then it's not the end. sungguh, beban rasa ringan. sebabnya, bila kita bekerja, dan kemudian berserah kepada yang Maha Agung, ringan sungguh rasa kepala. bibir pun rasa nak senyum je. biarlah sorang-sorang pun. heh. layan je la eh.

tapi semalam.

mood baik dan comel tercalar sedikit. no. it's not something major pun. cumanya, pegangan dan falsafah, atau kuotasi yang kuat mendinding diri saya selama ini goyah sebentar bila menerima satu mesej daripada seorang kawan. okay, dia lelaki. lelaki yang keputusan cinta. haih.

jujur saya cakap saya dah banyak berubah. saya bukan lagi dewi asmara seperti yang pernah dilabel satu ketika dahulu. okay, ingin saya jelaskan di sini, title dewi asmara itu bukan disebabkan sayalah heroin terakhir tanah malaya yang dipuja sang jejaka. bukan. title itu ter-melekat kepada saya bila mana saya sering menjadi kaunter pertanyaan masalah-masalah berkaitan hati dan perasaan. sungguh, dulu saya tak kisah. dan saya boleh rasa kepuasan menjalar di segenap ruh badan bila dapat mendengar dan berkongsi rasa hati dengan mereka yang rapat dengan saya.

tapi itu dulu.

seiring umur yang meningkat, saya jadi letih melayan pertanyaan/masalah sebegini. kalaulah, yang bertanya itu sang gadis/pria berumur 15 tahun, saya masih boleh tunjuk rajin melayan tapi bila mana yang bertanya ialah mereka yang sudah berumur (assume sendiri lah ye), mereka yang sepatutnya sudah faham benar dengan rencah kisah sebegini, saya jadi jelik. sungguh. sakitnya hati bila mereka dengan mudahnya down apabila ditinggal kekasih (okay menyebut perkataan ini pun dah buat saya sakit).

tolonglah.

jangan jadi terlalu rapuh dengan hal sebegini. sepatutnya, dengan umur yang orang sekeliling label matang itu, kamu tak sepatutnya berfikir seperti yang kamu buat semalam. ya rabbi, rasa macam nak sekeh-sekeh je kepala tu. the so-called-putus-cinta tu BUKAN satu hal you should be regretful of. tolonglah buka pemikiran tu seluas mungkin. jangan jadi dungu sebab hal ini. seriously, you really sound stupid last night. haih.

dengan umur sebanyak itu, tolonglah betulkan balik aim hidup. aim balik apa yang penting, apa yang perlu dan tolong cari balik apa sebenarnya tujuan kita hidup atas dunia ni. tanyalah ustaz ustazah mana yang dipercayai, tanyalah balik mak ayah, it all is up to you. bercinta (owh seriously i'm sick) bagai nak rak bukan salah satu tujuan kita hidup. tolong gali balik apa yang dicakap, diomong-omong sebelum ini. dah memang resmi manusia, bila berjumpa dengan sesuatu yang menyeronokkan, habis falsafah-falsafah yang dibising sebelum itu, buang terus daripada kepala. dalam bahasa mudah, cakap tak serupa bikin laa.

berbalik pada kisah mesej tu, betullah, saya tak la tembak terus dengan bebelan-bebelan kat atas ni. saya terlalu menyampah dengan perluahan dari dia, so untuk mengelakkan kemalangan jiwa, saya tutup terus handset selepas mesej yang kedua. ke yang ketiga saya tak ingat. heh. selalu macam ni...

tengoklah, kalau rajin, saya buat follow up balik. kesian jugak ditinggal terkapai-kapai macam tu. haih. saya pun manusia jugak. perempuan pulak tu. hati macam kerak nasi. huh!

okaylah, abaikan penggunaan saya dalam post nih. tetibe je kan??..

meh layan nur kasih:)))


Post a Comment

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP