I Am Sam !


Ramadhan bakal menjengah. Ini mungkin contengan sebulan sahaja. Tak mungkin lebih. Mungkin juga lebih. Hati tu, bukan kita yang control.


Bismillah...




:)

Read more...

inspired by


A struggle between right and wrong will exist in every era, at the level of countries and nations, as well as on the personal level, between man and oneself.

At the end of this struggle, please ask yourself, truly honestly...

"Where do you stand in this conflict?"


Please,
determine your position.



like the famous quote of Hlovate's: live hell, or live well. your choice. you choose.


this writing, is inspired by suratul a'raf.the seventh from all 114 love letters Allah gave us. Allah bagi pinjam, untuk kita baca sebab Allah sayang kita. seronok bila mana kita baca surat cinta ni dan perasaan asyik berbunga-bunga je. sebab kita tahu, Dia yang sayang kita bagi peluang untuk kita pulun setadi rahsia kasih sayang sebenar dalam nota-nota Dia.


Masha Allah! 

Read more...

kalkulus


Having migrain during fasting is not good. at all.

Bila migrain, dekat mana entah sabar terbang. bila migrain, fokus confirm fail. bila migrain, entah. macam puasa untuk tahan lapar dan dahaga je. ikut hati nak belah separuh badan sebelah kanan daripada kepala sampai pinggang. like the old same wa-a. hah. kan dah cakap. sabar kat mana, fokus puasa kat mana, solat apatah lagi tunggang langgang khusyu' nak ingat makna-makna ayat-ayat yang comel disusun untuk disembang dengan allah. rasa macam bersepai kebajikan yang dibuat sebab taknak menghargai nikmat badan yang baru berusia 23 tahun ni. siap nak belah konon. cess.


tapi saya ada satu fikiran.

setahun, 365hari. setahun, 12 bulan. dalam 12 bulan tu, paling koman sebulan sekali migrain say hello. sayang benar che M ni sebulan sekali datang jumpa saya lepas rindu. eheh. then, paling koman pun seminggu terpaksa tahan sakit, kalau tak cari dadah paracetamol ataupun actifast paling kurang. paling ganas curik dadah cafergot mak.

heh.

cuba kira, 7 times 12 equal to 84. baru 84. 365 minus 84 equal to 281. 281 sepasti-pastinya lebih daripada 84. 281 ialah masa migrain pergi jangkit dekat orang lain taknak jangkit dengan saya. 281.


banyak mana entah bersyukur alhamdulillah atas nikmat sihat yang tuhan bagi, wa-a? ada sampai 281 kalimat alhamdulillah, disebut?

heh. i bet u dont. (ujar malaikat baek dalam diri yours truly).


so, moganya ramadhan kali ini membawa definisi baru migrain kepada wa-a. do not whining. walau anda manusia biasa, cuba belajar bersyukur dan bersabar untuk tiap sakit yang datang nak berdeting. tak lama. tak percaya cuba buat kira-kira macam saya buat. boleh isi masa lapang sambil-sambil tunggu masa perah limau kasturi dalam teh o petang nanti.  

cuba jadi luar biasa sikit. bukan suruh terbang guna tangan macam superman pun.

Read more...

DIA



Tidak salah menginginkan anak dalam kandungan comel, tetapi kenapa pelakon/penyanyi yang menjadi idaman?












Cukuplah, minta saja dengan TUHAN anak yang bakal dilahirkan comel dan sihat. cukup.

Read more...

just because



somehow.


deep down.




i want us to live alone. together.




not living together. alone.




i wish. i wish. i wish!

Read more...

try hard,wa-a!



nampak macam environment lover tak?


tak?


okay fine.

Read more...

dari telinga kanan ke telinga kiri


student saya,oke i mean x-student saya bagi text cakap dia dapat 40/50 utk paper science 1.i know it's not much utk sesetengah org tp bagi saya itu dah cukup wow ok.heh.i dont think i did very extravaganza work to deserve the thank-u-text,but yeah,she makes me smiling ear to ear tonight! :))
         -status fb 02062010-



okay. cuma nak cakap dulu-dulu kalau saya ah yang dapat 40/50, rasa macam nak lompat tinggi-tinggi tu tak sesemangat bila tahu anak murid dapat 40/50. once i read her text, with her sincererity (ada eh?) saying thank u, serius rasa macam nak pergi peluk-peluk budak ni.

heh.

dia budak pandai. and i think i can say she's gifted cuma kurang usaha. sangat fokus dalam kelas dan mostly memang suara dia je yang rajin menyahut every single question i asked. dia, merayu-rayu supaya saya sambung mengajar after 14/5. heh tak boleh la dik. akak punya kontrak betul-betul rigid. nak tak nak memang kena berambus dari sekolah tu.

somehow, saya tahu dia ada masa depan yang penuh dengan bintang.

usaha lagi ya!..jangan jadi macam cikgu yang bila naik form 5 baru belajar nak kenal balik buku kenal balik nota. nasib result SPM agak comel. heh. at least bila cerita jujur-jujur tak aci menipu dekat anak murid, diorang tahu main banyak daripada belajar tu boleh. cuma, kena sedar diri.

sedar diri.


heh.

**

sebenarnya nak cakap pasal perasaan bila anak murid dapat result cambest lain sungguh dengan perasaan kita dapat result cambest. heh. tapi macam tak sampai ke maksudnya pulak.

otak kurang magnesium hidroksida kot. MgOH. tengok. angan-angan nak jadi cikgu kimia tak pernah masuk kubur. haih -_-"


Read more...

tiga pelajaran



I thought of starting back on June. and now June is finally approaching. heh. so this is my starting point of ranting.

Bismillah…

 

Pelajaran Satu:

Pertemuan, perpisahan, jodoh, ajal dan maut semua di tangan Allah. semua dah tertulis di luh mahfuz jauh-jauh sebelum semua benda tu berlaku lagi. semua dah tahu kan.

okay.

nak cakap pasal kasih dan sayang.

mentor saya cakap, perasaan kasih dan sayang dan the so called cinta itu, semua datang daripada Allah. Allah yang cambahkan rasa itu dalam hati manusia. manusia sendiri takde kuasa nak buat rasa tu wujud dalam hati. konon boleh tanam sendiri, konon boleh baja sendiri. tidak ok, tidak sama sekali. maha suci Allah yang telah mewujudkan rasa itu dalam hati-hati yang berhak.

I’ve knew this fact, no so long ago. tapi langsung tak tinggal bekas dalam hati. kate heartless, kan. heh. mana nak bagi peluang rasa tu wujud dalam hati rock ni. okay konon-konon rock. sampai saya lupa tentang fakta yang satu tu. shame on me.



until it happen, recently.

rasa macam reborn. rasa macam dalam hati ada playground. lengkap dengan pokok bunga kecil kaler-kali. ada buaian, papan gelongsor, ada tiang-tiang nak bergayut. yang penting ada padang rumput yang sangat, sangat, sangat luas.

oh lupa. dan berwarna hijau. heh.

saya fikir dalam-dalam. setiap perkara yang berlaku totally bukan daripada perancangan saya. it’s from him. dia yang menggerakkan hati untuk saya menggerakkan perkara tersebut. betul lah, kebergantungan sepenuhnya kepada pencipta kita, even for a tiniest, smallest thing, merupakan penawar hati yang paling bisa. sangat ampuh.

sangat.



Pelajaran Dua:

Mentor saya bagi tips. meh nak share.heh.

It happens when he asked me bila nak kawen. hahahahah. nasib baik akak tak tersedak butir nasi. haiya. ada tanya soalan luar silibus tengah sedap-sedap makan sambal belacan gaul dengan nasi ganti kuah.

but then, kate gadis melayu kan. kena la bagi senyuman paling manis kalah manisnya nesan, buat muka innocent dan cakap takde orang pun nak saya ni..

heh.

mentor cakap, bukan faktor kena tunggu ada orang nak baru boleh kawen. jodoh tu, tuhan dah tentu siap-siap. tak payah bercinta dengan orang ni, kemudian rasa tak serasi tukar pulak dengan orang lain. tak ngam pulak gi cari orang lain lagi. pendeknya, selagi tak jumpa yang tak boleh masuk bot sekali, selagi tu lah kerjanya mencari je.

tu semua nafsu najwa. nafsu! (mentor tu la yang cakap but he made his point anyway)

mentor cakap lagi. bila dah rasa bersedia (ingat Allah yang gerakkan rasa kesediaan diri tu) tak payah fikir panjang. ada calon, tak kira ah calon tu orang yang rekemen, mak ayah yang berkenan atau hati sendiri yang nak, mintak gambar sekeping. kemudian, istikharah. kalau bulat tekad, serah diri betul-betul dekat allah, tak sampai seminggu dapat la jawapan yang hati nak sangat tu. insha allah. less than a week.

senang kan, orang bercakap.

bukan saya cakap mentor saya cakap bukan-bukan. all the things he said betul made sense, anyway. takde rasa susah hati pun bila dengar. in fact, it’s truly, deeply like a relieve drugs, to me.

kenapa? heh. entah.


sebelum angkat punggung nak lari dari scene tu, saya cakap slow-slow. betul pelan-pelan dekat telinga mentor..

kalau betul dah ada calon yang boleh bagi ketenangan dalam hidup ni, esok jugak saya nak kawen..



heh. nak tau apa reaksi mentor?




on the spot he made an announcement. mintak sape-sape ada calon yang masih bujang suruh masuk meminang yours truly!

sampai berkerut muka pengetua sekolah agama satu ni fikir ustaz mana kat sekolah beliau yang belum kawen lagi. naik la dua-tiga nama yang terpilih.


masa tu jugak ah, saya fikir nak lari laju-laju gi kutub utara duduk diam-diam dengan pingu. takde masalah dengan beruang kutub sebab beruang kutub kat kutub selatan.eheh.




haru punya mentor!




Pelajaran Tiga:

"Among His Signs is that He created spouses for you of your own kind, so that you might find tranquillity in them. And He has placed affection and compassion between you. There are certainly Signs in that for people who reflect" (Surat ar-Rum: 21)



Spouse. Tranquility. Affection. Compassion.


sape tak nak memang wayar putus ah. allah dah janji. dan janji allah lah yang paling manis, paling boleh diharap.


sangat boleh diharap. so don’t lose hope, guys!





 End note: the same old wa’a, kan? always ranting tak tentu hala -_-''

Read more...

crawling


June is coming. soon. very soon. stick with me, will ya'?

heh.

Read more...

bytes on kuala kangsar 110210


ralat pula rasanya tak dapat tunaikan permintaan seorang rakan baik. tanggungjawab yang ada atas kepala right here right now tak memungkinkan aku terbang pulang untuk menggalas tugas itu. walau tugas yang minta digalas itu, peluangnya hanya datang sekali dan sekala. nak buat macam mana, kat akhirat bukannya Allah kisah mana yang kita minat mana yang tak. dah nama amanah, dah nama tanggungjawab, semua tetap terkeluar nanti. jadi pandai-pandailah fikir nak pilih mana satu.

***

tiap kali masuk kelas kesayangan hati, syaitonnnn banyak sungguh main merry-go-round dalam kepala. tahu lah kelas tu kelas kesayangan hati aku tapi janganlah asyik nak bagi halusinasi macam-macam yang tak pernah difikir orang normal. haih. jadinya, tiap kali nak masuk kelas kesayangan hati, niat tu kena sangkut betul-betul dalam hati. kalau boleh sangkut biar takde siapa boleh capai dan usik. sungguh, kalau aku biar syaitonnn terus-terusan main kat playground tu, memang confirm aku boleh dapat schizophrenic at the end of this month. sumpah!

***

aku ada simpan hajat satu. hajat ni, macam tak kool la pulak kalau cerita lebih-lebih. so, doakan aku okay. moga-moga kalau berjaya, saham akhirat kamu semua pun, insha allah masuk sekali dalam buku kira-kira kehidupan kamu. heh. doakan eh! :))

***

them, are way of mine to release stress. them, are the best therapy. them, are these.

IMG_0236
IMG_0470

IMG_0455

IMG_0463







Read more...

his name is iskandar.


officially hari ini ialah hari pertama.

heh. 

panjang-panjang nafas ditarik hari ni untuk legakan semua saraf. tak lupa juga, untuk sabarkan diri dengan pe'el budak kurang normal dalam kelas.

heh sekali lagi.

dia bukannya kurang normal. suka menarik perhatian dan suka bila diberi perhatian. menurut falsafah kaunselor terlatih dia ada sebab kenapa dia berkelakuan macam tu. sabar kena banyak. hari ni sahaja entah berapa kilometer berlari kejar budak ni. suruh kaler bahagian otak yang tiga tu, ada ke patut pergi buat kaler bendera trinidad and tobago.

haha.

now tell me, sape yang tak berdarah hidung dapat student kurang  normal ni?..heh.


okey. kaknini dah sindir. kena berhenti dulu...

by the way, nama student istimewa tu, iskandar.



lawakan nama tu?


heh.


Read more...

let the pictures do the talkin'




IMG_0203

IMG_0226



IMG_0219


IMG_7676

IMG_7679






oh. ini secara rambang sahaja. tiada event khusus mahupun am. heh.


anak-anak murid segera semakin ramai bertandang ke rumah. takpe ah. bagus apa. tetamu kan rezeki. selagi mereka tidak melampau selagi itulah kami menerima mereka dengan senang hati. lagipun, hidup berdua sahaja betul undang kebosanan kalau masing-masing hilang modal nak bercakap. heh. macam laki bini takde anak. takde tempat nak membebel takde orang nak jadi tempat curahan kasih sayang kami yang melimpah ruah air kolah ni.




analogi entah apa-apa eh? takpe abaikan.



waktu sekarang, momentum untuk menulis report masih berada di tahap membimbangkan. endangered. heh. takpe ah. kate suka adventure kan. kena tunggu saat-saat terakhir gamaknya baru jari-jari yang tak berapa nak runcing ni hentam keyboard laju-laju. weeeeeeeee

IMG_0044



ummi, graduated from UM 1983.
somehow this picture always keeps me going. keeps leading me
through and through. :))






so guys, eat well sleep well dream well. punctual waktu solat, doa jangan tinggal. bai.




Read more...

bytes on kuala kangsar 260110




1. abah masuk hospital. lagi. darah rendah. ulser perut pun tak sembuh-sembuh lagi. jantung lemah. kita yang duduk jauh ni dan tak mungkin dapat balik hanya mampu doa. banyak-banyak doa. mohon kuat diri sendiri dan sihatkan abah. kawan-kawan, tolong sekali. am thanking you in advance..:((

2. hidup di kuala kangsar?..macam biasa. cuti 2 hari macam tak cuti. sabtu pergi jalan-jalan cuci mata tengok gadjet di lowyat dan ahad, ada kenduri pertunangan adik tuan rumah. kami berdua kacau gulai dalam kawah. hah. berdarah ah hidung bakal-bakal mak mentua di luar sana kalau tengok aksi kami berdua. wakakaka. memang konfem menyesal anak mereka tak ngorat kami dulu-dulu. sekarang? masih boleh dipertimbangkan lagi. hehe. merenyam!


3. dah dapat gadjet baru. akan jadi kawan baik yang paling banyak melekat dengan tuannya. heh. kawan-kawan yang selalu jadi model free saya, sesungguhnya saya rinduuuuuuuuuuuu nak tengok aksi kurang terlampau kamu di depan gadjet kurang terkenal saya tu. kan?


4. akan pulang raya cina ini tapi bukan untuk beraya. sekurang-kurangnya ada DUA majlis yang perlu didatangi. kate nak ambik berkat kan, jadinya kena usaha juga balik walau terpaksa transit banyak perhentian. macam duduk oberseee pun ada budak ni. haih. kesian kesian.


5. seminggu menyewa, mesti kawan-kawan takkan percaya apa yang dah berlaku di rumah sewa kami. heh. kepada mak ayah kami pun, kami tak mampu nak cerita. mungkin bulan 5 ini baru cerita akan terkeluar. takpe lah kan. allah ada, doa mak ayah ada. kayu cota ada. parang panjang ada. ridsect ada. insha allah takde pape kot. takde pape, insha allah!


6. masih cuba mencuri masa untuk menulis walau idea untuk tekel bakal anak murid masih belum ada. cikgu najwa, silalah berusaha lebih gigih lagi okeh!

IMG_0098


IMG_0110


IMG_0104



7. i did told u before i love wedding, right? heh. segala macam kes bersangkut-paut dengan perkahwinan, i am one big fan. hoyeahh!!





Read more...

my number is 236!



hidup di kuala kangsar baik, setakat ini. belajar menjadi guru kampung ialah sesuatu yang sangat menyeronokkan. saya tahu duat ayat ini tiada kaitan tapi apa nak buat. inilah bahana lama tinggal blog sendiri. heh.

Read more...

the world can be a worrying place, really.




i.

Like many people,
i frequently look around me myself to find hope.

Like the wa'a dict said,


hope- extra something wonderful to put inside myself
        - some small inner light to help me through the days and weeks of my life.


ii.


perkataan, atau pengalaman mungkin jadi salah satu elemen penting dalam mengingatkan aku tentang ini; dalam banyak-banyak masalah yang ditanggung yang telah tinggalkan tak lain tak bukan, kemusnahan emosi dan self-esteem yang dahsyat, tetap ada, atau akan ada sesuatu yang lebih seronok dan cool untuk terus diterokai, sesuatu yang bernama kasih dan sayang dan kegembiraan yang pastinya SEMUA orang deserved untuk dapat. it's one human right, thou.


iii.


Irish proverb said this, the stars make no noise.


heh.


harapan aku untuk fasa kritikal yang bermula 18 Jan-14 Mei tidaklah tinggi menggunung. tidaklah mahu merebut title cikgu bintang ke apa. aku cuma berdoa diam-diam dalam hati, dengan penuh merendah diri agar aku tak gagap depan student, tak gigil depan senior teachers yang mungkin terbalik matanya menjeling kami cikgu yang baru nak bertatih ni, dan satu hal lagi. harapnya, aku bukan sekadar mengajar untuk sesuatu yang bersifat duniawi sahaja. nak pasang niat betul-betul, moga-moga dalam ayat-ayat leteran aku nanti, terselit mesej Allah itu satu, solat itu wajib dan mak ayah ialah orang yang paling penting dan wajib diutamakan melebihi segala orang kesayangan yang lain.


serius, aku nak berleter yang baik-baik sahaja nanti. tak nak menyumpah students walau students perangai baik sikit daripada syaitonnnnnnn.


they deserved to be loved. and they deserved to be taught many good lesson(s).




iv:


Allah yang sangat baik dan tak pernah lupa hambaNya yang SELALU maknga ini,
the sea is so wide
and my boat is so small
it's empty, also
please, please, please
dont leave me alone...






Read more...

beralih angin




baru je sudah muat turun 3 ebook. tiga-tiga pasal forensic mysteries. tiga-tiga hasil tangan alane ferguson. buat bekal untuk tempoh 5 bulan dari sekarang. mana lah tahu kan, sempat goyang kaki kat kuala kangsar boleh ah berfantasi dengan dunia forensik yang macam kool sangat tu kan.


the circle of blood
the christopher killer
the angel of death


saje je tukar angin. asyik layan sheldon takut mental, tak ke haru.huuuuu..entah sempat entah tidak bacanya, kita pun tak tahu. eheh. tunggu progress dan result pada hari guru tahun ni eh.

Read more...

i came from her womb




hari ni, hari sedih kut.








heh.


tapi tak lama. tak rock ah nak sedih lama-lama. trademark yours truly zaman-berzaman: air mata ialah terapi terbaik. kadang-kadang tak perlu sebab pun untuk dia keluar. nak keluar, keluar je ah. basah bantal, nasib ah. bukan jenis menangis tayang muka, nak buat macam mana. kan?


satu perkara, jangan ah cuba-cuba memandai sorok emosi sebenar dengan orang yang kita kongsi gen sama darah sama. seriously failed i tell ya'!..tak perlu pujuk depan-depan kalau ego tinggi. cukup heret buat perkara yang sama-sama suka. hati yang sedih pun boleh heal dengan sekelip mata.




cukup lah sedih-sedih ni. tak rock okay!





Read more...

buat baik



aku nak sangat buat baik.


masa zaman belum mumayyiz, buat baik dengan orang lain serius sangatlah senang. orang boleh terima kebaikan kita tanpa banyak soal, tanpa banyak songeh. kita yang tak mumayyiz ni pun suka hati benar bila dapat buat baik. kadang-kadang tak sedar pun perbuatan kita tu, sebenarnya mendatangkan kegembiraan yang tak terjangkau dekat orang lain. tapi sungguh la, buat baik tak berpada-pada zaman dulu-dulu betul bagi satu kepuasan even words cant describe it.


well, i'm not saying that bila dah tua ni, amalan buat baik tak berpada-pada tu dah hilang keseronokan-nya. buat baik bai, hati gembira, bahu kanan pun berat. cuma, aku jadi kurang faham dengan sesetengah orang yang macam mana eh nak explain,..err, mereka seolah-olah payah nak tolong kita buat baik..-_-"


okay let's get this. 

pada aku buat baik ni memerlukan toleransi antara dua pihak. menepuk sebelah tangan sampai kiamat pun tak akan berbunyi. jika kita seorang je beriaaaaaaaaaaa benar nak menolong DENGAN IKHLAS tapi sebelah pihak lagi MENOLAK one hundred percent, tak akan jadinya perkara kebaikan tu. walaupun pihak yang baik hati ni aware sangat-sangat yang pihak satu lagi betul tak berdaya dan betul pasang niat nak ringankan bebannya, it just doesnt work out guys. haih.

i am maybe sounded whining. but seriously, macam kecik hati jugak ah bila benda macam ni jadi. kawan baik cakap takpe ah nak buat macam mana dah dia tu degil sangat nak hidup independent biar je lah. kita dah cuba usaha nak tolong tapi orang tak nak terima pah ceroh, then that's decision we have to take. 

aku okay je. dah dia tak nak. tapi yang buat aku berdarah hidung sangat tu, bila mana dia buat kita pula yang kelihatan macam bad person. dan aku cakap sungguh, aku tak sukaaaaaaaaaaaa dengan perasaan 'bersalah' yang tak sepatutnya wujud ni!

ya allah, tak suka! 

Read more...

it's not a white lies



I cannot do everything, but I can do something.
Therefore,

I must not fail to do the something that I can do!

Read more...

let the music do the talking [1]



This road is anything but simple
Twisted like a riddle
I've seen high and I've seen low
So loud, the voices of all my doubts
Telling me to give up
To pack up and leave town

But even so I had to believe
Impossible means nothing to me



so i change the name, the story goes on down the less traveled road. 24 warna takkan pudar dan basi. aku cuma perlu sesuatu yang baru. 2010 mungkin akan jadi turning point yang aku tak tahu bagaimana warnanya, masih. kurangkan prasangka, doa yang baik-baik sahaja. mak ayah masih ada untuk kau bergantung harap. dan doa.




Somewhere, everybody starts there
Counting on a small prayer
Lost in a nightmare
But I'm here and suddenly it's so clear
The struggle through the long years
It taught me to outrun my fears

And everything that's worth having
Comes with trials worth withstanding





seorang kawan baik melabel aku as somebody with great taste in music. heh. aku ambil frasa itu sebagai compliment lah kan. somehow, aku tahu aku bukan minat muzik saja-saja. aku pemilih, cerewet benar tentang ni. aku takkan saja-saja pergi minat muzik (lagu) jika hanya disebabkan ramai sungguh yang minat. sebab tu aku takkan senang-senang tanya orang lain muzik apa yang best semata-mata nak sekufu dengan dia. heh. dan sebab tu juga aku kurang berminat nak share muzik that i loved and adored dengan sesiapa yang hanya nak dengar, sebab niat nak sekufu dengan aku. in the end, mereka tak minat pun dan sadisnya kutuk lagi muzik aku tu. dah pernah jumpa dan tak akan berkompromi lagi like seriously. been there done that.


pernah sekali aku cakap dengan kawan baik, aku tak minat the-taylor-swift-genre walaupun terang-terangan aku tahu kawan baik ialah kipas-susah-mati si taylor tu. aku bukan geng love story and so on just telling you. for the past few year (s), aku dah makin jelas apa yang aku cari dalam setiap muzik yang aku sukaaaaaa dengar. it's something, when you heard the lyrics you'll say that's life!


and of course lah kan, muzik dah jadi sebahagian darah daging tapi yang amanah yang wajib kenalah buat tanpa ada kompromi. tinggal sekejap, lupa untuk waktu yang sedikit tak akan jejaskan hidup pun. dah besar kan masing-masing, pandailah nak manage yang pada-pada tu.




Most days I try
My best to put on a brave face
But inside
My bones are cold and my heart breaks
But all the while
Something's keeping me safe and alive

  






*big mexican wave for kate voegele and her great music! :))

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP