slipping through the cracks



RED TO BLACK~

I had a friend named Victor
The two of us used to hang every single day
And it seemed like overnight
That his whole life just changed
I know when his mom and dad broke up
It didn't make sense
But i know that his dad was a drunk
And he gambled away the rent

Pretty soon Vic was seeing red
Pissed off and instead
Hed drink every night until he passed out
And then hed do it all again
The whole time smiling on the outside
To cover the pain
But on the inside
All he was trying to do was get away

Dying to get away
Let the pain of yesterday
Go slipping through the cracks

Yo, Funny how things change color
Than fade to another shade
When you had it made it was all good
But now look just another day
It was so fresh
It was so clean
Never saw it gone
One, two, three
Lights out, which way to turn
Can't get a grip
All alone in a big white house
Every day gets worse
And you just curse until your head bursts
And it hurts so bad she left
Now you suffer
Should've thought of that one first
No family, no kids
Cant accept what you did
Now you wanna run away
But you can't
Cause the past comes back again

Slippin through the cracks
Sip a little jack
Go to bed half dead
What about rent
Why does every cent gotta be a bet
Whens it gonna end
Oh my god we dont got a penny left
My moms gotta find a way
To get a job, out of debt, out of dodge
Out of breath, out of this big problem
My pops wanna get away from the pain
In a better place in his brain
But the medication he takes
Makes him wasted
So sick he was gonna think
The good lord would come take him
I'm shaking him
Wake up you son of a bitch!

He's dying to get away
Let the pain of yesterday
Go slipping through the cracks
Hiding himself away
Watching all the memories fade away
From red to black


Slipping through the cracks
Slipping through the cracks
Slipping through the cracks




p/s: the lyrics was belong to fort minor. yeah i listen to them. i love to. it never get me bored. i learnt from their masterpiece, in fact.

p/s/s: does not related to anybody i know, or anybody you think you know. just, the lyrics somehow berjaya buat mata budak malas tidur ni bergenang sepanjang dinihari. serius, sedih.

p/s/s/s: it's all about family matters. sebab tu nangis kut. heh.



Read more...

jarang aku membebel macam ni kat blog..sambungan statement ni baca kat bawaaaaah sekali. sekian



kisah perpustakaan

ada buku yang sudah terlalu lewat perlu dipulangkan. heh. biase ah najwa abdullah memang suka buat harta benda universiti as hers selagi she needed it. so sekarang dah tak perlu maka haruslah dipulangkan. bersiap, dan dengan lafaz bismillah mohon selamat daripada segala marabahaya danger danger danger (baca macam orang buat announcement tuh), dia pun melangkah keluar lah. berjalan seorang diri, dia mengharapkan urusannya smooth-smooth saja bukan smooth criminal kalau tak nak tarik siapa mintak tolong weh...

sampai library, senyum dekat mak guard yang gagah tapi kurang perkasa dan terus menapak ke kaunter. satu kaunter je buka biasanya dua. takpe lah, orang tu pergi lepas hajat kut. hah. sempat lagi hati tuuuu ya rabbi insaf-insaf la waa oi!..mujur orang tak ramai so pergi la beratur belakang badan dua orang ni. sampai turn, heh macam biasa ah buku kalau lewat komputer memang buat hal sikit. lambat je nak bagi respon. tercongok sekejap depan kaunter sebelum dipersilakan dengan segala hormat oleh encik librarian ke kaunter denda. dia unjuk dengan tangan je, mulut dengan mata langsung takde tanda-tanda mesra alam langsung. hah betul. langsung takde. tapi budak ni dah biasa, dah kalih, mulut pun laju je ucap terima kasih even hati dan otak menutur benda lain dah. heh. menutur?..macam baik gila perkataan.

ke kaunter denda, kena scan kad matrik macam biasa. then, cik librarian pun cakap tiga ringgit sembilan puluh sen. aku macam oh okay, buka wallet then bawa keluar empat ringgit sebab syiling tak cukup sembilan posen. dia ambil duit aku, tekan-tekan apa entah kemudian resit was printed. sementara duk tunggu trett trett trett resit kena cetak, kena isi buku hutang library. heh. student upsi yang maknga macam aku ni yang selalu lewat pulang buku of course kenal buku hutang lib ni. dah la guna buku log, besar bapok jing pulok tu. haha. kesabaran je la.

siap tulis dan resit siap cetak, cik library tu tengok sekilas resit dan unjuk dekat aku. duit baki aku?..eh eh dia ni tak ingat ke?..tau aa seposen je tapi duit jugak tu. dah la muka macam frust tak bangun sahur je gamaknya, seriously langsung membantutkan lidah aku nak tanya hal baki. isk. penakut hangit sungguh la najwa abdullah ni weh. cara survive terakhir, aku buat-buat nak beredar sambil ucap terima kasih kunun-kunun cik library tu saje nak lambat-lambat, tak pun dia duk ligat fikir laci mana la dia simpan syiling nak bagi kat budak ni sorang. tapi hampeh weh. sia-sia je senyum banyak-banyak dia boleh buat dunno je. menapak la aku menjauhi kaunter tu sambil pasang niat sedekah je laaaa seposen tu waa weh...

satu hal.

sebetulnya aku tak kisah pun bab-bab tak ingat baki ni. it happen all the times. nama pun manusia pelupa lah sifatnya.

satu hal yang buat aku agak bengang, bab tahan senyum terlebih gula staff-staff govern. ni. ya rabbi tahap kronik weh. apa hal yang payahnya nak tunjuk mesra at least senyum la weh. tak luruh-nya gigi-gigi deme kalau senyum pun. nak kata sumbat emas, bulan puasa. kang kalau sumbat batal. haih.

seriously, tolonglah.

nak kata alasan penat, nawok banga aa sek-sek mung!..library pun baru je buka pagi tadi takkan dah letih kut. buat apa sampai lenguh-lenguh bebeno mulut nak senyum tu. dah nama kakitangan kerajaan, behave like one la. kata rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. kecik hati najib kalau tahu orang-orang dia tak ikut betul saranan tu (okay berbaur sindiran tapi ikhlas dari hati. accept it or leave it!)

ke,
memang etika kerja diorang macam ni eh?

mana la tau. berpatah-riuk jari duk membebel kat sini tapi rupa-rupanya memang diorang dah diajar kerja macam tu. heh. salah aku kut tak investigate awal-awal.


tapi tak kut...


p/s: senyum tu sedekah. sedekah paling afdal, sedekah pada bulan puasa. nah mahu apa lagi kamu?..nikmat Allah mana yang kamu dustakan?


...sambungan:

entah-entah esok lusa aku delete post ni. baca pun buat sakit hati je tak membina otak langsung badan apatah lagi.hahaaaaaa

Read more...

wishing you

DSCN1815


DSCN1816


we had a blast time handling them around the past february. they are look so and so innocent. and hell yeah they do. now, they are struggling to answer all the questions government give them in order to make it to secondary school. we are praying the best to all of you.

jaga diri.
jaga kesihatan.
jaga adab dengan Allah.
dan
jangan lupa diri lepas habis torture nan satu ni.

we all are missing you all in every breath we all take!

bittaufiq wannajah!



DSCN1862

the princess with madame nong.heh~

Read more...

mr.boogie


minggu ni minggu sembilan. dah minggu sembilan. group assignment semua settle except for TSE. haih. bila entah nak bergerak. selagi tak settle, tak boleh nak aman mengarang tesis yang macam ntahapahapantah tu. ya Allah, permudahkan urusanku. permudahkanlah

*

macam statement post sebelum ni, puasa banyak kali ajar aku jadi baik. konteks baik kali ni, banyak consider hati orang. nak sound orang pun tertahan-tahan je. tak baik melaser, nanti kita sendiri yang tak boleh tidur because of that guilty feelings. orang buat satu-satu hal yang kita rasa macam tak betul je buat dalam bulan ni, kita diamkan aje. tengok, dengar, senyum dan muka feelingless. hah. memang tabiat kurang molek tapi aku tak daya nak menegur, selagi aku pun kadang-kadang terbabas jugak.

satu hal.

lagi, aku hairan. hairan dengan orang yang rajin berpuasa dan tak pernah miss niat, puasa dan buka puasa tapi tak solat. heh. serius hairan. diorang ni, macam mana eh diorang berfikir?..sanggup tahan lapar tahan dahaga glek-glek dan berusaha berkelakuan baik tapi end up tak solat. macam mana tuhan nak terima ibadat yang berada di tangga ketiga rukun islam, tapi rukun di tangga kedua boleh SENGAJA tinggal?

sekali lagi, serius aku hairan.
tak lena aku tidur fikir benda ni.

dan.

satu lagi, baru aku sedar. hal ni, analogi lain banyak. solat, tapi tak tutup aurat. puasa, tapi tak pakai tudung. tutup aurat, tapi tinggal solat.

banyak anologinya.

moga tuhan bantu mereka berubah.
berubah dan istiqamah.

sungguh,
istiqamah itu yang paling payah.

*

bermain dengan lightroom sangat menyeronokkan. rasa macam pro (sebab dia punya function sangatlah advanced lagi daripada photoshop), heh walhal bukan banyak sangat ilmu pun pasal benda alah ni. tapi aku suka. itu yang penting lagi.

heh.

kan bagus kau boleh addicted untuk mengarang tesis macam kau addicted dengan lightroom.

you wish!

hahahaaaaaaaaaaaaa




Read more...

chemical bonding


light of the love is kind of boring for this week's episode. no offense please, just my saying.

only when...
i cried at part where nur had finally met her mother-in law.

and her MIL langsung tak tanya apa-apa pasal sejarah silam yang berlaku tahun sebelum itu.

i cried out loud. mujur je pija tak bangun.

and for this reaction,

sure.
it must be a sign showing how much i Miss my mother.
A must!
and with big capital M!


tolonglah,
jangan jentik hati aku dengan isu emak sekarang. tak pasal-pasal dalam gelak tawa senyum riang, mengalir air mata aku yang tak berapa nak mahal when it comes to this case.


seriously 16hb cepatlah menjelma!!!

Read more...

just...



tiba-tiba rasa nak balik lorong 2 kampung sepat. eheh. kamu kamu kamu bertiga jangan buat spekulasi semborono. tiada makna tersirat. tersurat lagi-lah.


i...


just wanna feel home.

a place where the heart belong!

Read more...

14 ramadhan


ini secara rambang mata sahaja:)


  • mood hari ni berjaya di set up baik punya oleh pokcik. awal-awal pagi dah buat aku jadi hormotional. hahaaaa. main-main lagi pasal tiket balik raya. kang dah kena sembur free dengan budak lain, bukan aku. aku kan kool. lagi-lagi bulan puasa. heh. okay-lah tipu. macam separuh gila juga bila tiket kena postponed tapi at last berjaya dapat balik. ini namanya kawan dunia akhirat, ke guane?..he he
  • kami menjadi petani hari ni. heh. apa keeeelasss main-main tanam pokok dekat fb. tengok ah kitorang, siap proses baja sendiri, dan menge-test dekat pokok yang menjadi sahabat baru kitorang hari ini. hai pokok-pokok (ada 8.banyak tau!), jum kita berkawan. jangan sombong-sombong ye. nanti Tuhan marah. kalau Tuhan marah, kita tak boleh masuk syurga. kamu taknak masuk syurga ke?..jum mengeratkan silaturrahim, jum!
  • senang, aku akan tentukan sendiri deadline yang macam mana aku nak. sebabnya, aku percaya when you make someone a promise, nak tak nak, tidak dapat tidak, you should keep it. even if, even if you have to break your neck to do it. dan bila aku cuba buat dan orang lain tak buat, seriously kecik hati ni. heh. small matter la kut pada pandangan orang lain tapi tidak pada aku. haih. tapi tu lah, bila rasa macam nak menyumpah dan menyeranah orang, lagi-lagi dalam bulan puasa ni, macam tak proper je. yeah i know somehow if it's not ramadhan, memang bersembur air liur aa aku bagi, tapi ramadhan betul keringkan air liur aku. so alhamdulillah mereka terselamat aku pun insha Allah selamat. heh. berdoa je la agar dosa kering makin berkurang bukan bertambah.
  • f(x) cambest. nak-nak gerak tari diorang. wah-wah superb tows!..tiada lagi berlagak cute macam the rest yang wujud. really nice group that'll be looking up forward.
  • kan dah cakap rambang. random. tak tipu.
  • going private?..will be something to ponder. really.
  • rindu semua orang. rindu itu cantik. tapi seksa jiwa batin nihahahaaaaaa
  • macam ayam je post ni. rambling the random-ness la katakan. pergi menyorok dalam selimut laaaaaaaaaaagi bagus!
  • hah. salah tekan button ni nak muncul lagi. nak stop.
  • okay, nak bagi ucapan. so long, and goodbye...so long, and goodbye............

Read more...

whatsoever...


berusaha TAKNAK pentingkan diri sendiri. salahkan keadaan, boleh?

Read more...

my name is eryick



menjadi final editor betul perlu sabar yang banyak.

mujur ni bulan puasa. dan mujur jugak aku puasa.

haih.





puasa betul buat aku jadi budak baik yang betul-betul aku maksudkan, baik.
heh. macam apa je kan.


okay-lah everybody, dont be so greedy when break-fast. selamat makan-makan!..:)


Read more...

bukan stok orang alim



ini merdeka dua tahun lepas. join seniors yang semangat sungguh nak menyanyi lagu-lagu patriotik di padang. mereka tahun akhir. mengumpul memori, barangkali. heh. segan sebab sedar diri suara takkan sedap sampai kiamat tapi kaki tetap melangkah yakin ikut rombongan cik siti menyambut merdeka ni.

tapi.


heh. bergambar je lebih. tak menyempat nye nak buat maksiat lain. kami enjoy malam tu seadanya.


haiyoh haiyoh.

zaman jahil dulu, semua benda nak join, nak enjoy. tak sedar bila-bila masa izrail dah tercokoh kat sebelah nak tarik nyawa. somehow, aku takut aku mati dalam keadaan macam tu. macam..entah. macam tak comel je.

heh.


bila hati dapat tarbiyyah balik, baru sedar niat memang tak akan sekali-kali menghalalkan cara. sebab tu bila Allah cakap jangan maka jangan-lah buat. walau niat kita serasa takkan menyimpang. sebabnya macam yang dah di-mention tadi ah. kita nak everything yang kita buat atas dunia ni sempurna. okay okay mungkin bukan sempurna sebab tiada apa yang sempurna tapi mungkin kita boleh aim untuk menghampiri sempurna. dah bila kita buat sesuatu yang bakal mencacatkan apa yang kita telah usaha, tak ke nama rugi besar tu?..dah la yang jadi perosak bukan orang lain bukan serangga perosak sekalipun tapi kita sendiri!..kita.


enough said la.


bila dah macam acap kali ingat mati, serius jadi takut nak enjoy sangat-sangat. takut tengah enjoy tiba-tiba jantung stop functioning, mulut pula tengah nganga luas like hell sebab gelak macam syaitan, tak ke huduh bebenor tu?..ya allah serius aku taknak macam tu.



allahummakhtim lana ya allah bihusnil khotimah,
walaa takhtim 'alaina ya allah bi suuil khotimah...



husnul khotimah. penyudah yang baik. moga kita termasuk dalam list tersebut.

ameen.



selamat hari kemerdekaan wahai malaysia oh tanah airku!..:)

cewahhhhhh

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP