kate taknak apdet.haih...


selepas berjaya berpuasa selama 29 hari
dan tuhan bagi cuti raya 7 hari

sekarang saya kembali berdiet mengikut saranan Islam.

heh. baru dapat sehari. ada lagi lima. mohon enam yang sempurna.

ameen..^^

Read more...

break on 8


bismillah,
dan assalamualaikum warahmatullah...

heh. intro baek punya.

okay. cuma nak cakap yang saya takde feel untuk blogging these days. owh menulis tak akan pernah berhenti tapi mungkin bukan di sini. kalau banyak masa sila guna mesin merentas masa cari najwa abdullah di mana-mana ceruk alam maya ni. muehehehehe.

in mean time, nak cakap yang saya only get praised on my sambal belacan untuk menu hari raya hari tu. menu utamanya? nasi beriyani weh. after bersilat bergendang dengan ayam dengan kuali dengan bapak periuk (dah tentu dengan sang master laa) last-last kena puji dek sambal belacan yang hanya di-blend tuh?

huh.

haha.

okay. bersyukur lah cik naj wa weh ade jugak orang nak puji nko punya air tangan...

yang siap tanya resepi dekat aku ialah ibu beranak enam. selambe badak aku cakap ni mujur blend je. kalau aku rajin bersilat dengan alu dan tuk lakinya lesung, mau sawan sorang-sorang makan sambal aku tuh....

hahahahahahahahahahahaaaaa.




okay. post yang bosang!..dah cakap takde mood nak blogging kan, so people yang suka menulis keep on writing sampai muntah sebab ada je orang yang suka baca. seriously ADA yang suka baca.

in anyway, membaca kan jambatan ilmu. budak darjah satu pun dah dimomokkan dengan slogan boleh blah ni...

till then, see ya'. sooner or later, only time will tell
^^

Read more...

define raya


IMG_4032

salam eid-mubarak untuk semua yang sengaja atau tak tersengaja membaca post ini. heh. lewat sangat wish-nya?..biasa ah. najwa memang macam ni. sokmo-sokmo waiting for very the last minute untuk settle kes-kes macam ni. tapi ni bukan nama last minute kut. ni namanya ketinggalan kereta api malaysia berhad dah ni. wakakakakakaka

*

pagi-pagi dah gaduh sikit lagi boleh pass masuk WWE. semua gara-gara berebut masjid. yang hero-hero kampung tiga orang itu mau ke kusza. yang terpaksa berjelita seorang-seorang ni sebab si emaknya dah raya awal mau ke wakaf tembesu. hah. masing-masing bagi laa direction dekat si abah suruh kona si ni la suruh u-turn sana la. last-last yang jelita ni jugak menang. hahahahaaa. aku kan berdaulat. buat-buat tak tau pulak...

*


IMG_6093

the faces of kids. and toddlers.

they are the most happiest people on hari raya. bagi la singgit je pun, mereka kan tersenyum sampai hujung gigi yang berlubang yang hitam bertompok tertayang tanpa segan silu.


IMG_6094

basyirah. gila makan tapai budak ni. lek-lek macam orang tua doh. haih laa.

IMG_6100

aisyah-basyirah-nuha


orang tua?
mereka juga berbunga hati melihat segenap lapisan umur anak cucu datang berziarah. hulurlah 50ringgit sekali pun, bukan itu yang mereka dambakan. ingatan daripada yang jauh itu penting.

tapi sorry ah. orang tua kampung aku pemalu semuanya. angkat saja kamera, mulut dah bercot-cet cot-cet jerit malu malu malu tak mboh tak mboh tak mboh. hahahahaaa. acah je pun tuk weh... kita yang dah sedikit matang ni, faham-faham je la. diorang kan gigi dah tak berapa nak ada. heh. kang senyum terlebih ada yang pengsan tengok. eheh. okay okay kidding. i love u all lah, my tuks'!

heh.


dan sebenarnya.

sebenar-benar define raya untuk aku,

pelita, budak-budak tak cukup umur, dan orang tua tak cukup gigi.

mereka lah yang sebenarnya buat kita tak pernah jemu sambut raya every year.

every year, people.


*


semua, semoga berbahagia raya ini hendaknya.


love,

Naj Wa & Co.
^^

Read more...

i doubt it


hey you blog,
mood raya sudah ada ka?

Read more...

24/7


"Daripada Allah kita datang dan kepada dia juga kita kembali, Jade. Tak pernah salah untuk kita ingat hakikat tu."

"dan Dia sendiri nak kita ingat pada Dia around the clock. Bukan hanya waktu solat puasa dan di masjid aje. Itu sekular namanya. Islam itu bukan sekadar agama. Islam itu addin. Addin tu cara hidup. Kita hidup dua puluh empat jam tujuh hari. Maka Islam kita juga twenty four/seven."


Wak Duku to Jade~
Hlovate-Rooftop Rant-353-


sound cliche,
isnt?
tapi percayalah benda ni bukan yang boleh suka-suki jadi darah daging.
walau puasa pun belum tentu ingat Allah 24/7
solat tunggang tonggeng belum tentu hati fikir Allah Allah Allah

payah tapi kena buat
wajib buat
a must

*


p/s: lena dengan falsafah RR je semalam. Ramadhan berbaki 4 hari. mampu menangiskah aku di pagi raya?boleh jadi macam newborn baby-kah pagi raya nanti?..meh ponder sesame meh...

Read more...

kena wujud sekarang kah?



dulu,
sebelum puasa dah rindu lagu raya. santai-santai buat assignment, pasang sedas-dua lagu raya. housemates terlopong ternganga. gila ape budak ni puasa pun tak start lagi dah berpe'el dengan lagu raya

dulu,
excited telefon ummi hari-hari. tanya updates. rumah dah kemas ke? balang kuih dah start penuh ke? kuih raya berapa jenis kerepek berapa jenis jugak? nak suruh buat jugak ke? menu pagi raya nak masak apa? same things, so on and so forth.

dulu lagi,
sibuk bertanya tahun ni balik mana dulu machang ke bukit payung. eheh. macam mem besar je kat rumah tu. lepas confirm mula lah terbayang-bayang kalau balik machang berapa banyak duit boleh kutip (biasa banyak weh!) pastu siapa lagi boleh jumpa kekasih hati ke sepupu hati ke.. eh tetttt. kalau balik bukit payung, duit sikit je (tak bersyukur langsung!). layan toddlers je la. tapi taper-taper i like sajaaaaaa. soalan cepu gangsa pun berterabur orang tanya. weh oh weh ingat senang ke nak layan anak teruna orang. diri sendiri pun sa' chap ayam lagi weh. haih


itu dulu

kenyataan sekarang ialah...


i tak tahu mood raya i menyorok kat mana..kelam je perasaan sekarang. nusuk di sebalik helaian tesis ke? ke di sebalik timbunan barang kat meja ni kelih jap ya rabbi macam sarang tikus dah. tikus pun belum tentu sanggup nak make living kat sini. haih.

suppose, i tak payah fikir ah. ahad dijangka raya. rabu malam balik kampung oh oh oh balik kampung. sabtu masih sempat bikin mood tu.

sempat kalau umur panjang.

dah ah. off dulu.


***

*sakit tayar ngguh budok ni base i i pagi-pagi buta. kejadah....

Read more...

=)


di sebalik kekhilafan diri yang menimbun-nimbun tuhan masih beri peluang untuk hari itu allah allah allah terima kasih terima kasih terima kasih

dan tiba-tiba terima kasih serasa tidak mencukupi untuk melahirkan rasa bersyukur bukan kepalang dalam diri

dan di sebalik dosa yang banyak yang mungkin tak sempat terampun ramadhan ini Tuhan tetap tak lupa menjentik nurani kecil ini

dan dengan kuasanya pecah jua benteng empangan pada hari itu

teresak-esak...

terhingut-hingut...




dan sakeenah mutlak milik aku hari itu alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah



24Ramadhan1430H
0530
rindu~

Read more...

[updated]chronicle of dangwa-wangi heh!



3.30 am : celik mata. selamat pagi. nak hari 23 ni cantik jadi kena mulakan dengan apa yang PATUT. masak air, wudhu', air masak, anlene cokelat, masuk bilik balik.

4.30 am: selesai. ada lagi 2 setengah. semoga sempat. sambung tesis?..we'll see

5.15 am: anlene habis. karipap yiilek. dah la salah buat. terpekat. tapi main aci redah teguk sehingga menjilat gelas jugak. wakakakaka.

6.00 am: selak jendela. hidu udara subuh. ya rabbi nyaman sungguh. subuh. sambung baca surat cinta lagi sambil muka hadap jendela menadah angin subuh. huh. heaven heaven!..

7.00 am: bertapa dalam bilik air sebab nak jadi wangi.

7.45 am: setelah tersasar, kembali ke posisi asal. dengan izinMu, aku menyambung kerja. wah banyak bagus ini budak weekend pun keras berusaha. fighting!


9.00 am: rupanya tak sehangat semalam. merantau jauh pagi ni nooo. otak beku dekpun. ingat senang ke nak buat ayat skemalasssssssss??

9.15 am: dapat kunjungan raya eh eh silap kunjungan sebelum gi ngedate. cett. jalan elok-elok la weh. say sorry banyak-banyak sebab taknak dan takleh jadi chaperone mung. takdop geng dekpun. sawan kang kena tinggal kekgi. ekekeke

9.45 am: lama la pulak hand break terangkat. bismillah, masuk gear satu balik ah. bai people. see u in next hours tenkiu!

10.15 am: i listed the ideas. tak banyak TAPI at least ada. mentang-mentang semalam menonggeng buat chapter four sampai tak kesah alam sekeliling, hari ni buat chapter five pantang nampak lubang terus fly eh. haih.

10-30 am - 12 pm: enjoying the nap. nap? ingat toddlers lagi ka???

1.00 pm: berusaha log in blogspot betul-betul mengundang kesabaran padu. connection? saaaaaaaaangatlah bagus!..huh.

1.14 pm: lohor weh lohor...



....how well is the ending?..we'll see we'll see


.
.
.
.
.


well, i type the updates last night sebelum tidur tapi tak sure ter-publish ke tak sebab line internet macam ayam!..oke, ayam mungkin sedap, tapi arghhhhhhh nak cakap macam ayam jugak!

tengok, ayam tak bagi permission suruh publish!..haih swinging bowl!

the updates?
heh the same old same old.


weekend yang bosangggggggg!
if it's not because of ramadhan,
seriously i'll be dead already (exaggerate macam biasa)


even though it is still same old same old,
dan tesis pun terkapai-kapai lagi ayatnya,
at least aku masih bernafas untuk bercerita pum prang pum prang here.


good day,
everybody!




Read more...

ad-dukhaan



sungguh pohon zaqqum itu,[43]

makanan bagi orang yang banyak dosa [44]

seperti
cairan tembaga yang mendidih di dalam perut [45]

seperti mendidihnya air yang sangat panas [46]

"peganglah dia, kemudian seretlah dia sampai ke tengah-tengah neraka," [47]

"rasakanlah, sesungguhnya kamu benar-benar orang yang perkasa lagi mulia" [48]

sungguh, inilah azab yang dahulu kamu ragukan [49]



*

nauzubillahi min zaalik.

*

am wishing that this huge vibration dont stop.

EVER.


Read more...

menu hari ni?..saya yakin betul, saya pilih nasi kerabu!


cukup-cukuplah dengan game spss hari ni. naik juling mata menganalisis data yang belum pasti keluaran akhirnya betul-betul mengikut kehendak hati. malam ni, kalau kuat semangat, kalau adrenalin cukup dos dan paling penting TIDAK MALAS, akan menyambung kembali. kalau tak kena try hantuk kepala kat dinding bagi diri tu kembali ke alam nyata dan nak tak nak KENA SAMBUNG JUGAKKKKKKKKKK!

*

tiba-tiba tv3 baik hati hari ni tak block nur kasih. heh. aku tak faham sebenarnya pe'el tv3 ni. kejap kedekut kejap web pening kejap reject nak log in lah, macam-macam sungguh. dah khatam episod malam ni dan dah siap remove dari laptop dah. hahahahaaaaa. dari dulu tak suka download dan simpan buat koleksi except for prison break dan one tree hill. heh sorry ah sape-sape yang marah aku tak simpan. berat nanang doh laptop aku ni weh. doh la uzur bedo'oh tunggu masa say goodbye je tapi tolonglah jangan say goodbye masa aku tengah berperang dengan incik tesis ni tolonglah tolonglah i'm begging you!hahahaaaaaaa.

*

mira menulis dengan comel di dalam blog beliau tentang bond-bond (ke bonds?) yang pasti bukan james bond 007 tu yang mana telah terikat sepanjang hampir empat tahun mereka yang terlibat bermastautin di TM permai ni. serius comel tapi macam tak cukup perisa. heh. mentang-mentang laa menulis sementelah mahu menunggu waktu berbuka dengan perut pasti tengah buat jamming crawling in my skin, jadinya post itu terlalu mendadak berhenti sebelum mencapai kemuncaknya.

err,mung tau mane aku nangis lam bilik air weh???..sesopan mungkin aku jerit lam bilik air tokse wi orang lain dgr. heram ni heram. isk~

*

berharap 2 malam (masuk 3) yang berlalu tidak sia-sia. mohon khusyu' moga istiqamah. ameen.


Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP