duaratus






teman pernah berpesan,

jangan paksa diri. bila rasa nak menulis ambil pen dengan kertas dan tarikan pen tersebut with no worries. membuat kesalahan adalah WAJIB untuk semua manusia. sebab tu diciptakan sekali liquid paper untuk jadi pasangan sejati pen. yang penting jangan paksa diri. that is the key to write. that's it. enteng kan?


aku fikir,

aplikasi fakta ini selari juga untuk skil melukis dan men-design yang wujud secara suam-suam kuku dekat dalam diri sendiri. satu ketika aku jadi sasau bila tak dapat lukis benda senang yang dulu-dulu aku boleh buat. buat banyak kali still tak jadi dan last-last give up jadi option yang dipilih. sedih. memang sedih. tapi sekejap je la. mujur kuasa ingatan tak capai tahap mega giga segala bagai. sebab tu orang putih reka ayat practise makes perfect. ada sebab untuk semua benda.








cuma nak bagitahu yang header tu direka dalam masa yang sama dengan tempoh masak mee segera. tak menarik langsung. entah-entah esok lusa dah bosan. tengoklah berapa lama boleh hanging on kat situ. entah-entah esok lusa aku dah buang.hahahaha.




Read more...

sebelah tangan

hari ni dah 30hb.tolak tambah darab bahagi cuti berbaki cukup sebelah tangan.hari-hari kerja countdown je.gila tak suka dengan fe'el ni tapi buatnya tak pernah putus asa.maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaalasnye nak sumbat barang dalam beg!




oh ya,esok kena daftar sem.online.upsi buang tebiat.hah.bukan-bukan.ni namanya pembaharuan.layan je la.

Read more...

chap ayam!

mood swing.blog jadi tempat lepas bom.heh.kepala keputusan wayar.abaikan.nak kena berubat dulu.bai!

Read more...

SMUs~

DSC00446






zaman muda di uni. masa ni jadi budak baik yang sanggup korban cuti panjang untuk sambut freshie-freshie seantero malaysia mendaftar di uni. nampak happy tapi azabnya, kami je la yang tanggung.


but then,
kami memang betul happy:)








majoriti uni kat malaysia sambut student baru minggu ni. selamat untuk semua, especially untuk kawan-kawan yang masih taknak resign daripada jawatan SMU itu. heh. kerja baik-baik ye. takde gaji pun takpe. ikhlas tu penting. jangan bagi nama SMU itu tercemar dengan niat dan agenda tersendiri yang busuk amat tu. kesian dengan yang lurus mahu bekerja. tak pasal-pasal tercalit najis yang tersembur.


okeh. takde intention lain pun. nak wish gudluck sahaja. gudluck SMUs!








100_1664

Read more...

flu

iklan dalam tv cakap macam ni (lebih kurang):


jika anda demam
kemudian diikuti oleh salah satu simptom di bawah iaitu
-batuk
-sakit tekak
-sesak nafas


segeralah ke hospital dengan kadar kalah superman terbang (oke yang ni aku reka)...






iklan tu iklan 'zon sedar diri' pasal H1N1. aku pelik. namanya swine flu. selesema babi (malaysia taknak guna nama ni kunun2 sensitif sangat), tapi kenapa takde simptom selesema dalam list iklan tu. last-last tak dapat fikir aku gelak je la. macam-macam.....




oke. mujur tertengok dan terbagi perhatian lebih dekat iklan tu sebab esoknye aku selesema. asal-asal selesema je, tapi bila hari merangkak malam, badan jadi panas sikit-sikit. aku fikir, kalau aku tak tengok iklan tu mesti dah kecut perut fikir pasal flu yang ter-overdose ke-famous-an nya tu. heh. terjangkit daripada si bungsu (abiyd) dengan ummi. masing-masing dah sihat tinggal aku seorang yang habiskan sisa-sisa virus yang tertinggal. el nino memang kasi kesan woooo. jangan memain...




petang tadi aku makan aiskrim dua batang. perisa jagung dengan milo. home-made ice-cream. aiskrim murah je pun. zaman kita kecik-kecik dulu jual seposen satu tapi sekarang dah jadi 20sen. rumah depan jual. dah jadi regular customer dah kitorang adik-beradik sekarang. heh. ummi bising sebab selesema tak baik lagi tapi galok gi makan aiskrim. haih. ummi taktau. ni la ubat paling mujarab untuk penyakit aku. air sejuk dalam peti ais tu pun ubat sampingan jugak. berdarah hidung ummi tengok aku teguk air tu tadi. haha. oke. gurauan kecil-kecilan je la. tak berdarah pun hidung tapi bingit jugak telinga dengan jeritan halus ummi tadi.












eh, tetiba dah rasa sihat bila tulis post ni. haha. magic magic...


Read more...

the definition

write what you want,


when you want it.






at least,
that is the definition of blog to me


=)

Read more...

pantai itu kaler birukah?







IMG_5122








aku suka pantai (who doesnt?). tempat terbaik untuk lepak bagi aku, ialah gigi pantai. termenung melihat ombak main tang kkejo. melihat gugusan pulau yang beratur di tengah lautan.




sambil-sambil tu aku terfikir...




macam mana eh, air laut tu boleh jadi kaler biru, sedangkan dasar laut tu hitam legam yang amat. sifat dasar laut, ialah gelap dan berlantaikan pasir yang selalu orang gambarkan 'memutih'. macam mana kaler air di permukaan boleh jadi hijau kebiruan, atau biru jika dilihat dari jauh?






IMG_5125






oke. ada orang tua cakap dengan aku, kaler tu mungkin terjadi sebab biasan kaler langit yang biru. mungkin benar. sebentar, aku mengiyakan fakta itu.


kemudian, aku berfikir lagi, macam mana langit tu dapat warnanya..alam semesta kan hitam legam kalernya?..


ke,




aku salah pemikiran?...








heh. itu masa dahulu punya persoalan. masa aku mula boleh guna otak. masa aku baru kenal pantai. since aku bukan pure terengganu (aku anak selangor selama 9++ tahun), aku tahu pantai itu cantik dan boleh jadi tempat lepak yang best pada waktu yang agak terkebelakang dari yang lain.




selepas tu aku belajar,


jika kita tak dapat merungkai persoala-persoalan pelik yang bermain di minda, bersegeralah ingat kembali kepada kebesaran Allah. kerana hanya itu, jalan keluar yang terbaik.


untuk elaborasi rasanya boleh dirujuk di tempat yang lebih afdal:)


aku di sini untuk bantu diri sendiri belajar bersyukur. syukur itu cantik. yang paling cantik.










makhluk dan alam semuanya saling bergantungan untuk hidup dan terus hidup. biarpun umur kita tak setua alam ciptaan Allah, kita patut fikir apa yang jadi kepada generasi akan datang kalau alam ini dimusnahkan...-NoorSuraya (Ayuh Lari ke Pulau Harapan)










IMG_3500




ya. aku suka lepak. aku suka termenung. di gigi pantai, semestinya:)








nota: hari ni dah 23hb. selamat hari lahir untuk 'na'-you-know-who-you-are. heh. lame dop napok. nnusuk mane gok semek weh?..semoga selamat dan baik-baik sahaja semuanya, deh?








Read more...

tribute

pelajaran 1:


kita semua berbeza






pelajaran 2:


tiada seorang pun antara kita yang sempurna








pelajaran 3:


kita mungkin head-stone. both. tapi sebab itulah aku akan ingat kau sampai bila-bila




















nota: you are really one hell of good kartunis.ombak untuk zint:)

Read more...

wish

so you found
a better hiding place than on the ground
inside the image
of who they think you are




i wish the best of everything for you
i hope you know that honestly i do




how long can you run?
turn your back on everyone
just let me know
when you are tired of being alone




so you wait
all through the night and day to day
wait for the illusion of the perfect song










i wish the best of everything for you
hope you know,
that i honestly i do

Read more...

limabuku. bukan bukulima


sebelum cuti semester aku ada pinjam 5 buah buku bahasa asing daripada library uni.


satu, betul-betul baca all-out.cerita pasal watak utama si atlet lumpuh lepas accident dengan player lain atas padang dan macam mana si bestfriend sacrifice untuk terus cheer up watak utama. cerita simple tapi banyak kuotasi cambest. dan telah berjaya buat air mata bergenang. oke. bergenang sahaja.


dua, baca separuh. oke dah 3/4. tapi last-last terus ke chapter terakhir. kisah watak utama dapat seru roh orang mati dan tolong cari keadilan hingga ke akhirnya. satu yang menarik, kebolehan si watak utama ini diwarisi daripada ibunya, dan watak utama sendiri telah mewariskan kebolehan tersebut kepada anak perempuannya. si ayah dah mati, so si anak perempuan still boleh contact dengan ayahnya. how do you like it sound?heh. aku tak suka sangat. tapi cerita orang putih layan je laa


tiga, tak best rupanya. aku rembat buku tu sebab sinopsis macam menarik, pasal famili. aku suka genre ni. besides cerita hantu misteri penyiasatan yang boleh baca sampai berdarah hidung tu..baru baca bahagian awal aku dah boring. penulis terlalu detailkan satu-satu event. terrrrrrrrrrrlalu!. lenguh mata aku kejar setiap baris. bayangkan-lah, cerita pasal nak beranak saje pun dah bantai dekat 30 mukasurat. reject reject...


empat, tak start baca lagi. kite runner, tau? aku dah ada versi e-book nya. saje je pinjam. lagi feel kalau baca buku. heh. koya je lebih. duk teman bantal berapa lama dah. haih. entah bila nak start mengulit.


lima, aku baca sinopsis masa nak pinjam dulu. pasal famili jugak. tu je la boleh mention. buku ni senyap dalam bagpack aku lagi.hahahahaha.swinging bowl sungguh!



SATU perkara yang aku baru PERASAN,

speed membaca aku dah tak selaju dulu!!!


isk.....

apa yang berkarat, apa yang tercabut skru, apa yang terputus wayar, entah?





oke laa,
nak start balik membaca.kartun pun dah lukis banyak.huduh-huduh belake pulak tu.haih.memang betul la ade wayar putus nih........







Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP