disember, 2009




1. Disember. antara bulan yang selalu bagi kejutan, at least itu deskripsi disember bagi aku. kejutan apa? oh jangan risau ia tiada kaitan langsung dengan construction masjid baru. heh. rumah baru, mungkin ya.

2. kejutan biasa, result periksa la. nak ulang ayat post sebelum ni je. kalau boleh masa orang lain bising tunggu result released, aku amat berharap aku dah selamat bermastautin dekat satu pulau yang pantainya macam pantai dalam CSI Miami tuh. heh. exception: aku taknak hot chick ke, hot guy ke. taknak okeh. aku nak hidup sorang-sorang tanpa gangguan godaan siapa-siapa pun. taknak ada connection dengan siapa-siapa pun. taknak ada connection dengan internet sekalipun. okay wa'a cukup. diorang faham mesej nko. dah. tapi biasa ah. mana nak terjangkau semua tu. tuhan dah tetap masa result released nko jugak yang terhegeh-hegeh mengadap laptop usang dengan line streamyx macam cipan kepala dua ni, sibuk nak tengok hasil tuaian 4 bulan lebih tu. dah siap-siap prepare for the worst kan, sebab wa'a seorang insan yang selalu berada dalam korum cukup makan kan, so tengok result yang MEMANG tak sehebat orang lain sudah cukup buat yours truly tersenyum sampai hujung bibir cecah tahi lalat dia yang femes tu. haha. okay enough the craps wa'a. now ucap terima kasih dekat siapa-siapa yang telah terdoakan nko masa period exam yang menyeksa jiwa tu. okay. terima kasih semua. insha allah  kebaikan untuk anda.

3. suppose, aku plan *ecece bunyi macam berdedikasi je* nak stadi sikit-sikit ayat apa aku nak guna untuk tackle anak-anak murid aku nanti. hah. kate nak jadi guru praktikal yang paling praktikal sekali usahanya, kena plan daripada awal lah kan. tapi macam hangat hangat tahi anak kambing je. dalam kepala berterabur ayat membunuh, tapi langsung takde inisiatif nak salin dekat mana-mana. konon-konon perasan anak beranak serebrum tu sehebat sony vaio punya canggihnya. last-last ayat tah ke mana, praktikal-nya ke mana. haih. kena usaha pujuk suruh muncul balik ah gini.

4. A430 aku dah arwah kut. heh. kena terima qada' dan qadar. mungkin ini petanda aku kena guna yang lagi canggih daripada yang lama. canggih sikit-sikit pun cukup ah bagi aku. tapi sifoo2 yang sudi berkongsi pandangan suruh aku angkat d90 terus. haha. guling atas katil je la aku berangan nak pegang body yang harganya main 4k++..bukan sekarang ah sifoo. mungkin satu hari nanti. bila tangan aku dah betul-betul bersedia nak pegang anak emas tu, and i surely will tell ya' so we can hang out together okeh!..sekarang. ixus kah?*berangan tak habis...

5. ada satu malam tu, aku buka balik semua kotak yang terkandung di dalamnya barang-barang lama. dah nama barang lama, memang simpan nostalgic dan ada sentimental value lah kan. jumpa balik surat-surat lama, kad raya lama daripada orang lain dan yang aku tulis sendiri pastu tak sanggup nak pos sebab terlampau segan. heh. jumpa juga koleksi majalah dan poster bola zaman tok kaduk dulu! oh serius aku tergelak sorang-sorang dalam bilik. sebut poster siapa gambar siapa semua aku simpan. dari zaman beckham, inzaghi, deco, ronaldo, figo, totti, santa cruz semua ada. ada satu majalah world cup 2004 yang gambar awang beckham kat depan, aku balut kemas-kemas dengan plastik pembalut buku. hah. semangat mak badigol sungguh. semua tu aku simpan sebab somehow aku fikir benda ni lah yang tolong warnakan hidup aku zaman sekolah dulu. itu dulu. sekarang aku dah bersedia untuk let go semua tu. aku kumpul kemas-kemas dalam satu kotak, dan aku siap untuk buang esok harinya. jangan puji aku sebab ada kekuatan untuk buang sesuatu yang dianggap sangat berharga, at least untuk diri sendiri, sebabnya ADA lagi benda yang aku tak sanggup nak buang. benda apa, usah ditanya. jangan kutuk aku sebab aku bukan maksum. at least, aku dah berjaya get rid of something yang memang tak boleh bawa aku ke mana pun. yang lain, tunggu masa lain lah ye. oh, jangan risau, benda-benda yang masih disimpan tu, tidak boleh men-jebak-kan (if there such a word) aku ke lembah kesesatan, insha allah.

6. aku rasa, perbuatan berjaya membuang sesuatu yang sia-sia*rujuk nota 5* adalah indikator menunjukkan aku telah bergerak ke satu lagi fasa teratas dalam anak tangga pertumbuhan dan perkembangan aku. heh. ayat bahasa melayu-nya aku dah jadi matang. sikit. anda tak setuju? tak kisah ah. graf pertumbuhan dan perkembangan masing-masing dah pun dilakar elok-elok oleh yang berhormat maha kuasa tu. pandai-pandai ah tafsir sendiri. ni kitab tafsir aku. korang punya kitab mesti melencong ikut jalan lain jugak, kan?

7. ada kenduri kat bukit payung hari tu. masa tu perempuan-perempuan yang tahu adat tengah sibuk menolong buat apa yang patut dekat dapur tuan rumah. perempuan-perempuan yang terlibat adalah terdiri daripada a) anak dara, b) bini orang yang ada anak dan masih mahu anak lagi, c) bini orang yang ada anak tapi dah tak mampu nak dapat anak lagi, d) bini orang yang dah kahwin 10 tahun lebih tapi masih hidup berdua dengan laki dia je, dan tak lupa juga e) balu orang yang dah punya cucu lebih separuh penonton di stadium bola. okeh. ni kisahnya, perempuan (e) tengah makan masa tu. perempuan (d) tengah asingkan ikan daripada tulang-temulangnya. tiba-tiba perempuan (e): awok ni bakpe lama ngat mandul nye? orang lain kahwin boleh anak beri'ok (banyak) aw0k pah sudoh dok leh.



perempuan (d) hanya mampu tunduk senyap. perempuan (a,b,c) semua jatuh rahang. ternganga luas macam mulut gua penangan ayat perempuan (e). untuk satu detik, semua hanya mampu senyap. masing-masing yang terkenal dengan mulut bisingnya, kelu lidah. aku rasa sebab perempuan (e) ialah perempuan yang sudah lanjut usia. nak tolong back up, kang dikatanya kurang ajar. haih. mujur, selepas satu detik bisu tu, adalah seorang perempuan (b) ni tolong back up. perempuan (e) boleh pulak buat muka selamba sambil tukar topik lain. ya rabbi, sumpah perempuan (a) macam nak rentap je tudung perempuan (e), biar tercabut habis kerongsang gayut2 kat tekak tu. sumpah geram dengan orang tua bermulut takde insurans macam perempuan (e). bila perempuan (a) bercerita balik kepada emaknya, emaknya hanya tersenyum. dah kalih katenya. dan si emak siap pesan jangan kutuk perempuan (e) lebih-lebih. doakan je lah yang terbaik untuk dia. jangan-lah bila kita tua nanti kita jadi macam tu. jangan. kesian perempuan (d).

8. pok ayub sepupu aku bagitahu yang dia dah siap siaga simpan lembu seekor untuk majlis naik rumah baru kat bukit payung tahun depan, insha allah. umi sengih je lah. entah bila siapnya pun tak pasti lagi. lepas tu ada ke patut pok ayub ubah fikiran. ni ayat dia yang aku rasa boleh jadi jokes of the year " ehhhh, mane cukup sekor. amik dua ekor ah chek (panggilan umi kat kampung). kita wat sekali nikoh awa. lagi meriohhhhh. mendape orang kate tu..haaaa, kita buat serampang dua mata!"...serius macam tumbuh halkum kat tekak aku dengar ayat paling bijak tu.

9. kenapa tumbuh halkum?..haha. calon pun tak turun lagi dari langit nung, nak majlis mendenye tahun depan?..heh. tapi dalam hati aku aminkan je. aku kan fikir positif. bukan benda buruk pun keluar dari mulut pok ayub tu. doa untuk aku ah tu. alang-alang dah baca sampai sini tolong doakan untuk aku sekali lah ye.hahahahahahaahahaaaa *gelak macam orang terlebih gula.

10. junior-junior di uni dah mula sekolah balik. tiba-tiba rindu nak sekolah jugak. heh. tapi tak nak kelas pukul lapan hari isnin boleh? hari lain takpe.heheh...*macam ah ada orang nak layan kan*..tapi tu lah harapan aku bila mana nak check jadual baru sebelum gi sekolah. every sem i tell you. heh. taknak kelas isnin pukul 8!..oh, serius rindu nak gi sekolah dekat uni..:(

11. do not use computer to harm other people..ni antara commandments of computer ethics. ada sepuluh semuanya. aku jumpa nota sem 2. saje ah nak share. mana tahu ada yang tersedar dan nak insaf tak nak buat jahat dah dekat orang lain. moga-moga ada saham jugak untuk diri sendiri. nak invest untuk hidup hereafter lah. tengok channel history 555 sumpah rasa kiamat betul around the corner je. invest saham akhirat jom!

12. 2009 sudah. tahun baru hijriah sudah. what's next waiting for you on 2010? well, prepare for the worst is a must. and save the best for last. itu yang terbaik.



       

Read more...

semester tujuh.officially done.and offbook.



alhamdulillah.


despite of all the emos the pressure the fatigue the multipersonality disorder the wrinkles the pimples and not the dimples, and also, of course the so-not-hardworking-work, i get what i want.


dia maha pemberi. dia yang menepati janji. dia yang tak pernah hampakan harapan kurang munasabah ini.


terima kasih.




Read more...

countdown-ing



around 8pm, beloved biotech's lecturer announced that result may be release tonight. she did that by facebook-ing okay.








heh. takut weh. mula-mula macam tak sabar nak tahu bila uni decide nak release malam ni macam tak nak tahu la pulak. haih la. rasa macam nak lari menyorok dekat pulau yang langsung takde connection.langsung takde okay. manusia ke, internet ke apa-apa ah. boleh aku duduk diam-diam tanpa perlu fikir apa-apa.


so malam ni. prepare for the worst je la wa-a weh. macam tak biasa. dah 6 sem hadap. what makes the different now?

Read more...

within this two




...boring, or terrifying




it's boring...because there is NOTHING happen


or


it's terrifying...because SOMETHING might happen


*sigh*




***







ini bukan filem yang telah dipublish. jangan cari memang takde. video ni dah dua tahun aku hadap. dah jadi macam taboo. dan dalam dua tahun ni jugak aku failed nak trace musik tema-nya. seriously i'm dying to know who's singing this. aku nak suruh dia nyanyi kat telinga aku malam-malam. dodoikan aku tidur, aci? sleep behaviour aku tak berapa nak betul padahal comforter bukan main mengulit sedap nampak sangat ada something wrong somewhere dalam sel-sel neuron ni..-_-

Read more...

merapu-_-




dang wangi dayang istana
aku bukan dayang,hatta masuk istana pun tak pernah


dang wangi lemah lembut

aku jauhhhhhhhhhhhhh sangat

scale one to ten?




eleven kut...


dang wangi setia pada hang li po
walau hang li po jatuh hati pada kumbang hatinya

aku?
jebat sendiri pun tak jumpa lagi
nak rebut-rebut apa kes?


dang wangi is someone, somebody

aku masih mencuba
dengan gigih
untuk jadi somebody
untuk diri sendiri
untuk someone special

eh,
someone special tu,

HANG JEBAT la kan???


***


aku merapu bila berada dalam situasi peak hour. heh. kira okay la kan daripada sibuk nak marah semua orang nak jeling semua orang. bbalik pah cerlong, kata rakyat terengganu tulen.

aku suka nama dang wangi. klasik, yet unique!

okay then:) 

Read more...

first and foremost




2 Muharram 1431H, 19 Disember 2009M


I'm starting fresh, everyone.


weeeee :))

Read more...

wa-a bytes 081209


i am not updating here for a while. this 'while' i am so sorry i do not know will remain how long. but still i have to jot down anything lingering. i hate it when i cant have a sleep-well-night like seriously if i failed to express those wenggggg thoughts.

so i'll be in other place i created not so long ago. hopefully i manage to make comeback (ecece macam la nko ni artis nak buat comeback heh) as quick as i can.

so everybody, please eat well, sleep well and live well. dont live like hell. bai.













p/s: well the truth is, i think i became another person this semester break dan saya macam adeh segannye nak bagi orang lain judge this person ni. dan sekali lagi, here it goes wa-a and her split personality dilemma. wakakakaka. muntah la kalau nak muntah pun. heh.

Read more...

we only part to meet again :)



ijah: kalau tengok mee goreng ingatlah saya ye
ijah: kalau saya tengok big bang saya ingat wa-a. kalau saya dengar wajah suci saya ingat  nini ye
nini: ijah ape eh?..haaa so nyuh shi dae
wa-a: yoon ah yoon ah!
ijah: haa betul-betul yoon ah lah.


-silence-


wa-a: kalau baca doa makan kita ingat nong eh
ijah: pija?
wa-a: kalau tengok ulam kacang panjang mentah tu...
ijah: haaaa betul-betul..saya selalu cakap pija budak baik. sebab dia makan ulam. saya tak makan ulam...
wa-a: haih. budak ni... -_-


and the conversation go on and on...


IMG_7357


100_0822


IMG_7413


IMG_7432


IMG_7328


IMG_7351


IMG_7350


IMG_7327


IMG_7467


IMG_7591


IMG_7449


IMG_7462


IMG_7463


IMG_7557


IMG_7605






aku susun gambar secara rawak sahaja. anggap gambar ini sebagai sum up (walaupun ADA yang tetap tertinggal) untuk sisa-sisa akhir hidup aku di TM. if and only if terengganu masih hujan non-stop then i'll be updating all the stories. dah senak kepala simpan semua benda tapi bila tengok blog mula lah mulut mencebik, menguap dan terus tumbang. macam orang tua yang mahu mati kebosanan je gayanya. haih...


oh ya. aku masih berhidup di TM. selasa baru bergerak balik terengganu. eh. esok lah tu. ya rabbi macam tak percaya je yang yours truly akan balik for good. okay maybe bukan for good sangat tapi the fact is, the studying part is finished!.. zassss just like thunder and one month from now aku akan jejak balik kaki ke sekolah dan menjalani rutin-rutin harian di sekolah. 


bagai sireh pulang ke gagang, sesuaikah peribahasa ni?


heh. abaikan.


so, to TM..i want you to know one thing. when i wrote this, i already missing you. 








haih dan haih lagi -_-


IMG_7585a


dengan ini, saya menutup buku '3tahun4bulan' ini.
jumpa saya di terengganu. 


lusa kut..heh

Read more...

wedding dress?




fasa-fasa kritikal berakhir hari ini. menunggu Friday the 13th sangatlah menyeksakan. heh. kena pulak dengan tarikh ntahapehape tu. apa-apa yang terjadi, jangan sekali berburuk sangka. tak kira dengan tuhan mahupun cikgu sendiri. satu kertas sahaja lagi dan semua akan berakhir. kertas kena tanda dengan 2B dan berharga 20%, aku ponder sendiri gaya haip haip ape laa nak buat supaya 20% tak jadi 2 % sahaja. gaya malam ni? memang takkan lepas 2%. haih. jangan dapat negatif sudah.


dan,


ada siapa-siapa tak nak bagi pinjam ringgit malaysia dua ribu dekat aku?

Read more...

siapa stress angkat kepala lutut!


kate stress stadi..meh baca sini meh. i konpem u takkan sedar bila masa fius stress tercabut dari kepala. heh.


caution: pemahaman sleng kelantan adalah harus untuk membaca lawak antarabangsa ini. tak paham pergi tanya kawan kelantan. takde kawan kelantan?..aaaaaaaaaaaala tak satu malaysia ah gini!

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP