grignard reagents
Banyak hari ni, mesej-mesej dengan ummi. ummi cerita kisah di KB. kisah kursus PTK. kisah takut tidur sorang-sorang dan terpaksa ajak Chik teman. oh Chik tu kawan ummi. kawan sejak zaman KISAS dan terus bersama-sama di UM. katanya ummi, Chik pun penakut jugak. kalau ummi takutnya pesen takut tidur sorang-sorang dalam bilik hotel lain pulak halnya dengan Chik. Chik pesen takut nak present, takut nak b'interview. pendek kata, Chik lemah bab-bab komunikasi dengan orang lain. pemalu sangat Chik ni. zaman-zaman sekolah baik sangatlah Chik ni. tak pernah buat jahat dengan orang. niat apatah lagi. heh. suka benar dengar kisah zaman klasik ummi. seronok. hihu.
hari ni kursus mereka habis. ada exam pagi tadi dan alhamdulillah dan selesai dan mereka terus berangkat balik menemui laki dan anak-anak yang ditinggalkan hampir seminggu. haha. kesian laki dengan anak-anak mereka kan?..eh, mereka?..kenapa wa-a jadi cikgu BM yang skema hari ni?..ceh padahal wayar putus je pun. jadi baik dok staram...
okay ah. move on.
kira-kira dengan jari yang runcing dengan ada parut sadis kenangan raya hari tu, dah sebulan lebih sekolah buka balik lepas cuti raya. dah lima minggu, to be exact. dan dalam lima minggu ni macam-macam jadi dekat yours truly. macam-macam yang entah apa. diri sendiri pun keliru. jadi tak pasti. sedih la pulak bunyi ayat.
kesal dengan diri sendiri sebenarnya.
heh. dalam umur 22 ni, sangat tidak patutlah nak beremosi macam budak umur 12 tahun. kan? sikit-sikit nak terasa hati. sikit-sikit nak merajuk. sikit-sikit nak main jeling-jeling. yang ni memang tahap budak sungguh la. sikit-sikit nak mmecok. belajar kat mana entah kak pun tak tahu adik weh. hidup kena ada toleransi. baru boleh berhidup aman damai sentosa dengan masyarakat sekeliling. kan?
toleransi. try dulu boleh adapt dengan pe'el sendiri atau tak. kalau tak boleh, pindah planet lain ah. banyak lagi planet lain yang tak kisahkan hidup bermasyarakat. kat bumi i say sorry tak boleh okay. bumi taknak terima selfishness. tak nak.
ada satu perkara terlintas dalam fikiran aku dua-tiga hari lepas. dan sampai sekarang terngiang-ngiang lagi taknak blah. er, kenapa eh, ada manusia yang sangat-sangat memerlukan teman untuk buat sesuatu yang baik. okay. macam tak sampai maksud pulak. macam stadi, konon tak boleh stadi sorang-sorang kena stadi dengan orang lain kalau tak pah ceroh lah tak pandai. tak master apa yang belajar sebelum ni. in mean time, kalau b'dating, atau nak sebut dalam perkataan baik sikit, jumpa kawan lelaki boleh pulak pergi sorang-sorang. tanpa muhrim. alasannya jumpa kat tempat orang ramai takpe. takkan-nye timbul fitnah.
oh. pandai.
eh. jangan ada yang mencerun mata bila baca statement yang terkeluar daripada orang wayar putus macam aku ni. sejahil-jahil aku, aku tahu jugak hukum-hakam. Umar al-Khattab sendiri cakap seboleh-bolehnya kita kena cuba elakkan daripada berbuat sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah masyarakat. mata yang memandang takkan habis di situ sahaja. paling koman, cerita tu dibawa balik dan dijaja kepada manusia-manusia terdekat. si pembawa mungkin tak sedar yang yang dibawa balik mungkin kurang tepat faktanya. dan nah, jadilah fitnah. kesian dekat yang kena fitnah. kesian jugak dekat pemfitnah. tak pasal-pasal dapat dosa kering. ke basah ah tak kisah la. mungkin antara kita yang fikir ah persetankan si pembawa fitnah sapa suruh mulut rabik sangat duk jaja cerita orang lain. tapi kita kena fikir cerita tu takkan tersebar if and only if yang difitnah tidak membuat sesuatu perkara tidak baik at the first place. oh maaf untuk bahasa yang sedapnya kalah rojak buah.
kita manusia. perempuan pulak tu. kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah pun menjadi fitnah agama. aku bukanlah orang yang selayaknya untuk menyeru siapa-siapa. aku tulis untuk diri sendiri jugak. janganlah kita jadi orang yang berdusta terhadap agama sendiri. niat tak menghalalkan cara. sound cliche?..yang cliche itu lah yang paling payah untuk dipatuh.
ambil-lah pengajaran dari hari semalam supaya tak ulang lagi hari ini. barulah boleh apply quote hari ini lebih baik dari semalam. barulah namanya mengambil pengajaran daripada kehidupan. belajar daripada kehidupan. dan dengan itulah kita takkan berada di takuk yang sama for like..forever?
oh wa-a memang pandai bercakap. ramai dah yang tahu pasal ni. kan? praktisnya entah macam mana lagunya pun tak tahu lagi. moga lagunya cukup segala perisa lah ye.
tuesday is the big day. mohon kesenangan untuk segala kepayahan yang menjengah..:))
again, this is only my 2 cents. do not feel offended eh!

