wedding dress?




fasa-fasa kritikal berakhir hari ini. menunggu Friday the 13th sangatlah menyeksakan. heh. kena pulak dengan tarikh ntahapehape tu. apa-apa yang terjadi, jangan sekali berburuk sangka. tak kira dengan tuhan mahupun cikgu sendiri. satu kertas sahaja lagi dan semua akan berakhir. kertas kena tanda dengan 2B dan berharga 20%, aku ponder sendiri gaya haip haip ape laa nak buat supaya 20% tak jadi 2 % sahaja. gaya malam ni? memang takkan lepas 2%. haih. jangan dapat negatif sudah.


dan,


ada siapa-siapa tak nak bagi pinjam ringgit malaysia dua ribu dekat aku?

Read more...

siapa stress angkat kepala lutut!


kate stress stadi..meh baca sini meh. i konpem u takkan sedar bila masa fius stress tercabut dari kepala. heh.


caution: pemahaman sleng kelantan adalah harus untuk membaca lawak antarabangsa ini. tak paham pergi tanya kawan kelantan. takde kawan kelantan?..aaaaaaaaaaaala tak satu malaysia ah gini!

Read more...

...






seeing this, i realized how i am missing them so badly. hahah. mode stress exam lah katakan. anyhow, their skillful movement always and forever makes me sick. haih laa..


oke back to the kitab. got tons of words to digest. and the next paper is tomorrow mohon doa daripada semua. am thanking u in advance :))

Read more...

untuk yang sayang bumi atau tak,sila baca sampai habis ya.terima kasih.



sakit kepala datang macam biasa. kak kalih doh dik weh. sakit ke tak, kena hidup jugak. bila hidup kena masuk dewan exam. ceh dewan. macam la besarsangat. dan bila nak exam kena mengaji buku-buku yang tebalnya kalah kamus dewan. setadi kamus dewan okay lagi. setadi buku tebal macam kamus dewan alamatnya banyak main ikut channel lain lah. haih. dah besar pun tak reti manage diri sendiri macam mana la nak basuh berak anak nanti pun kak tak tahu dik..huhihu


out of eight biomes yang kena hadam untuk paper isnin ni, i love tundra the most.walaupun tak selawa grassland, walaupun tak sehijau tropical rain forest,walaupun tak se-amazing winter di deciduous forest bila mana semua daun menggugurkan diri mereka dan the rest three are also history. takpe. tundra will be my priority.


walaupun sejuk tahap membunuh sehingga suatu masa dahulu tiada makhluk bernama manusia sanggup hidup di tundra, there is something about it yang buat yours truly goes like macam nak nangis bila baca kisah tundra. haha. gila punya orang. mengaji habitat atas muka bumi pun boleh terharu macam tengok kabhi kushi kabhi gham berpuluh-puluh kali tapi still berjeruk bantal basah dengan air hujan.


tundra is the fragile one. that's it. se-fragile tundra pun, dia tak menyusahkan orang. bahkan dia yang selamatkan bumi yang makin uzur ni. did you know that tumbuhan-tumbuhan dekat tundra walaupun tak banyak, tapi mereka bekerjasama memerangkap encik cee oo two yang terlebih dos di ruang udara bumi. semua tahu kan bila mana encik tu terlebih dos bumi akan jadi beracun, jadi toxic untuk semua hidupan yang berhidup sementara bumi ini betul-betul belum musnah lagi.


musim panas dekat tundra panjang sela waktunya. in fact, sangat panjang sampai orang bagi nama lain dekat tundra. land of midnight sun. matahari boleh berhidup sampai 24 jam dan inilah reason kukuh kenapa tumbuhan di tundra boleh bekerja pagi petang siang dan malam. dan mereka sangat payah untuk mati. umur tumbuhan dekat tundra dah ratus-ratus tahun. summer yang sekejap dan memang tak berapa nak panas menyebabkan mereka payah nak mati. they hardly decompose. infact, they cant decompose. sebab tu aku cakap mereka sangat berjasa dalamme-nyah-kan encik karbon oksida kuasa dua tu. kesian kan?..terharu tak??heh. bengong wa-a..


but then, yang tambah perisa terharu tu, makhluk manusia sekarang macam suka pulak jalan-jalan dekat kutub utara tu. setakat jalan-jalan tak usik apa-apa okay ah.ni habis benda nak pedajal. kesian pokok. kesian beruang putih yang kiut tapi garang tu. kesian rodents. kesian.


kita yang jauh ni yang memang sampai kiamat pun mungkin takde peluang nak jejak kaki kat tempat cik tundra ni pun kena beringat. janganlah disebabkan benda takde depan mata kita buat dunno je. meh jaga alam sekitar meh. janganlah kita turut sama jadi pemusnah alam sama macam orang lain. jangan buat bumi terseksa. say no to global warming. pemanasan global-lah yang sebabkan pencairan ais dekat kutub. bila ais cair, tundra jadi nipih nayang kata orang tua kat kampung aku. and as the tundra melts, jisim tumbuhan turut sama innalillahiwainna ilaihirojiuun. dan bila mereka selamat terkubur dalam kuburan ais mencair, takde siapa dah la yang nak tangkap encik karbon-kamu-tahu-siapa yang bersisa di ruang udara ni.


bumi dah tua. biarlah dia mati dengan aman. semua rasanya tahu dan aware yang sangkakala akan ditiup menandakan hari-hari khalifah kita berakhir. tapi kita tak tahu bunyi tiupan itu bagaimana. semua kita tak tahu. mungkin bunyi tu sama macam bunyi ombak tsunami yang datang menjengah dan tak mustahil lagi tinggi pitching-nya. mungkin sangkakala tu tak seperti rekoder, yang macam aku bayang waktu belajar pasal malaikat dan tugas-tugas mereka sekolah darjah satu dulu. kuasa tuhan, kita tak boleh jangkau. nak kejutkan satu dunia, bukan sekadar manusia bukan setakat ibu mengandung tapi semua gunung-ganang semua lautan semua lapisan langit semua gulungan awan. semua okay semua. enough said.


tak takut ke kita yang jadi penyebab kemusnahan alam?..


yeah i know timing akhirat itu pasti takde sape boleh tolak tambah sesuka hati.sebagai manusia, kita boleh usaha agar bumi tempat kita menumpang teduh ni mati dengan aman. at least, kita tak jadi penyebab kematian-nya.


okay ah. nak balik mengaji kitab e-co. bai.  


Read more...

2PM

do you know what is the best thing, that made my day today?
it's tired of waiting.


playin' back to back?..
truly madly deeply totally!

Read more...

ten-in-a-row




1. tiba-tiba malam periksa tak boleh tidur. haih. biasa-biasa tak payah paksa dah boleh belayar dengan megahnya atas bahtera tu tapi malam ni lain pulak pesen-nya. sudahnya, pejam jugak mata. jadi ayam pun jadi lah.


2. out of 4 papers i'm fighting this semester, i would say i love organic chemistry the most. kenapa? kalau tanya kawan-kawan sekolah dan matrik, mereka ada jawapannya kut. heh. even if the cikgu tak berapa nak power, i learn to accept that. sampai bila nak harap dapat cikgu best baru rasa rajin nak belajar? from time to time i am growing up. sebab tu berjaya fikir dan setting mind macam baik je. heh. apa-apa je la wa-a weh asal mu bahagia..


3. yes. macam biasa bb akan kacau mood exam saya dengan masterpiece yang vas gedabas. vas gedabas like usual-lah. semester dulu-dulu pun jadi macam ni. pagi-pagi nak exam sibuk donlod masterpiece mereka yang mencengkam qolbun tu. heh. i heart u all lah!


4. terfikir sesuatu semalam. terlalu banyak sesuatu yang masih diburu dengan masa yang makin pendek semestinya. hidup ni kena faham secara menyeluruh. bkan setakat faham dan suka bahagian-bahagian yang kita nak suka je. sebab tu kita kena membaca. kita kena tengok langit. tengok bentuk awan yang multiple-choices tu. kita kena berani menyanyi. menari. tulis sajak. tulis post-it-note. bakar kek. tumbuk belacan nak buat sambal. dan akhir sekali, kena berani menderita..sebab bila kita dah buat semua tu dan kita faham sebab-musabab nya, kita akan faham dan kita akan tahu semua itu ialah HIDUP. heh. faham ke heh?


IMG_4942



5. saya suka hujan. suka. walaupun hujan boleh ubah mood saya dan kacau plan saya tapi takpe still suka jugak. TM asyik hujan sekarang dan ya, baru saya sedar saya rindu matahari. saya rindu warna bumi dengan kehadiran matahari. rindu.


6. ceh. nak prekse kimia macam nak prekse bahasa melayu sastera. apa lah salah cikgu kimia sampai macam ni sekali penangan grignard reagent tu?..oh cikgu takde salah apa-apa. salah kan bb. hahahahaha


7. sometimes, i smiling cheek to cheek when i am alone. okay not sometimes but always. tak gila. cuma rasa bahagia. bahagia macam tengah riba anak kecil. wakakakaka. pi gi daaa koya lebih sokmo budok ni. but yeah, smiling cheek to cheek is one little part of my emotion, showing that saya juga punya perasaan :))


8. despite of i still have sentences yang belum hadam 100%, saya masih boleh belek komik dua-tiga bijik, re-read hlovate's and start berangan nak kahwin dengan gangster cool macam benz heh dan on laptop, typing this. kenapa why kiu he???


9. jawapannya, buku muzik dan alam ialah sumber penguat semangat saya. mudah. oh penguat semangat ni, versi tidak bernyawa okay. versi bernyawa, lain cerita lah.


10. TUHAN, lead me through and through. problems are there to be solved. problems are for solving. ameen. insha allah.


IMG_4249

Read more...

quick,half-day get away

IMG_7275




lumrah alam bila menjelmanya minggu ulangkaji (comel je guna bahasa melayu), ada-ada saja pelan yang dilukis di dalam kepala. dan salah satunya, inilah. kena ucap terima kasih dengan ruzaini abdul wahab selaku pengarah program yang tanpa jemu mengorat encik tuan punya basikal. heh. okay bukan mengorat. ruzaini budak juruh takdenya nak buat kerja-kerja luar alam ni. hakhakhak


esok hari besar. hari subjek kegemaran. kesukaan. walaupun peratus cinta dibalas belum dapat dikenal pasti, usaha biar sampai mati. lecturer subjek sangat yakin bahawa beliau ialah penghuni syurga. penghuni syurga ialah orang baik heh jadi dokter S tolonglah jangan jadi hantu semasa menanda kertas saya ya!


IMG_7220


okay balik cerita perenggan pertama, kami keluar berbasikal. ke tasik proton. berbasikal dalam hujan bukan dengan bertemankan matahari okeh. tapi takpe itu semua bukan halangan. tiga suku? tiga suku pun tiga suku lah. a chance for a quick escape shouldnt be wasted begitu sahaja. kate dah tepu otak.hahahahahaaaaa


IMG_7257




IMG_7260






nota tak masuk prekse: wayarles sangat kambing oh!..i want to write. as therapy kunun-kunun-nya lah kan but end up conteng atas nota yang bertimbun tu je. cisssssss.

Read more...

grignard reagents

Banyak hari ni, mesej-mesej dengan ummi. ummi cerita kisah di KB. kisah kursus PTK. kisah takut tidur sorang-sorang dan terpaksa ajak Chik teman. oh Chik tu kawan ummi. kawan sejak zaman KISAS dan terus bersama-sama di UM. katanya ummi, Chik pun penakut jugak. kalau ummi takutnya pesen takut tidur sorang-sorang dalam bilik hotel lain pulak halnya dengan Chik. Chik pesen takut nak present, takut nak b'interview. pendek kata, Chik lemah bab-bab komunikasi dengan orang lain. pemalu sangat Chik ni. zaman-zaman sekolah baik sangatlah Chik ni. tak pernah buat jahat dengan orang. niat apatah lagi. heh. suka benar dengar kisah zaman klasik ummi. seronok. hihu.


hari ni kursus mereka habis. ada exam pagi tadi dan alhamdulillah dan selesai dan mereka terus berangkat balik menemui laki dan anak-anak yang ditinggalkan hampir seminggu. haha. kesian laki dengan anak-anak mereka kan?..eh, mereka?..kenapa wa-a jadi cikgu BM yang skema hari ni?..ceh padahal wayar putus je pun. jadi baik dok staram...


okay ah. move on.


kira-kira dengan jari yang runcing dengan ada parut sadis kenangan raya hari tu, dah sebulan lebih sekolah buka balik lepas cuti raya. dah lima minggu, to be exact. dan dalam lima minggu ni macam-macam jadi dekat yours truly. macam-macam yang entah apa. diri sendiri pun keliru. jadi tak pasti. sedih la pulak bunyi ayat.


kesal dengan diri sendiri sebenarnya.


heh. dalam umur 22 ni, sangat tidak patutlah nak beremosi macam budak umur 12 tahun. kan? sikit-sikit nak terasa hati. sikit-sikit nak merajuk. sikit-sikit nak main jeling-jeling. yang ni memang tahap budak sungguh la. sikit-sikit nak mmecok. belajar kat mana entah kak pun tak tahu adik weh. hidup kena ada toleransi. baru boleh berhidup aman damai sentosa dengan masyarakat sekeliling. kan?


toleransi. try dulu boleh adapt dengan pe'el sendiri atau tak. kalau tak boleh, pindah planet lain ah. banyak lagi planet lain yang tak kisahkan hidup bermasyarakat. kat bumi i say sorry tak boleh okay. bumi taknak terima selfishness. tak nak.


ada satu perkara terlintas dalam fikiran aku dua-tiga hari lepas. dan sampai sekarang terngiang-ngiang lagi taknak blah. er, kenapa eh, ada manusia yang sangat-sangat memerlukan teman untuk buat sesuatu yang baik. okay. macam tak sampai maksud pulak. macam stadi, konon tak boleh stadi sorang-sorang kena stadi dengan orang lain kalau tak pah ceroh lah tak pandai. tak master apa yang belajar sebelum ni. in mean time, kalau b'dating, atau nak sebut dalam perkataan baik sikit, jumpa kawan lelaki boleh pulak pergi sorang-sorang. tanpa muhrim. alasannya jumpa kat tempat orang ramai takpe. takkan-nye timbul fitnah.


oh. pandai.


eh. jangan ada yang mencerun mata bila baca statement yang terkeluar daripada orang wayar putus macam aku ni. sejahil-jahil aku, aku tahu jugak hukum-hakam. Umar al-Khattab sendiri cakap seboleh-bolehnya kita kena cuba elakkan daripada berbuat sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah masyarakat. mata yang memandang takkan habis di situ sahaja. paling koman, cerita  tu dibawa balik dan dijaja kepada manusia-manusia terdekat. si pembawa mungkin tak sedar yang yang dibawa balik mungkin kurang tepat faktanya. dan nah, jadilah fitnah. kesian dekat yang kena fitnah. kesian jugak dekat pemfitnah. tak pasal-pasal dapat dosa kering. ke basah ah tak kisah la. mungkin antara kita yang fikir ah persetankan si pembawa fitnah sapa suruh mulut rabik sangat duk jaja cerita orang lain. tapi kita kena fikir cerita tu takkan tersebar if and only if yang difitnah tidak membuat sesuatu perkara tidak baik at the first place. oh maaf untuk bahasa yang sedapnya kalah rojak buah.


kita manusia. perempuan pulak tu. kadang-kadang kita tak sedar yang kita dah pun menjadi fitnah agama. aku bukanlah orang yang selayaknya untuk menyeru siapa-siapa. aku tulis untuk diri sendiri jugak. janganlah kita jadi orang yang berdusta terhadap agama sendiri. niat tak menghalalkan cara. sound cliche?..yang cliche itu lah yang paling payah untuk dipatuh.


ambil-lah pengajaran dari hari semalam supaya tak ulang lagi hari ini. barulah boleh apply quote hari ini lebih baik dari semalam. barulah namanya mengambil pengajaran daripada kehidupan. belajar daripada kehidupan. dan dengan itulah kita takkan berada di takuk yang sama for like..forever?


oh wa-a memang pandai bercakap. ramai dah yang tahu pasal ni. kan? praktisnya entah macam mana lagunya pun tak tahu lagi. moga lagunya cukup segala perisa lah ye.


tuesday is the big day. mohon kesenangan untuk segala kepayahan yang menjengah..:))


again, this is only my 2 cents. do not feel offended eh!

Read more...

bermohon



malam ini malam dia. hanya dia. cukup-cukuplah. guess i was too preoccupied. till i lost it. dia, izinkan. dia, mudahkan. ameen

Read more...

ah-ha!


venue: queen's library.
time: 330pm-4++pm


caught them in action kameng!


IMG_7157
-kameng 1-




IMG_7158
-kameng 2-




IMG_7163
-ahah.ni paling mahal.kameng 3-




IMG_7174
-kameng 4-




dan sekarang, sape cakap aku gi library untuk menelaah?..sape??.. sape??
heh.


encik Charles W.Elliot once said..


"Books are the quietest and most constant of friends. They are the most accessible and wisest of counsellors, and the most patient of teachers.


and wa-a said moral of the story ialah jangan menyumpah buku saudara-saudari semua. walaupun buku tu ialah buku &%$#$$#@ sekalipun. jangan. tak berkat hidup weh. payah sangat nak hadam pun. senyum je lah. usap-usap sikit buku tu. lama-lama okay ah. aci je meresap masuk. apa pun, doa penting. doa. jangan mengalah.


so, selamat bersaing dengan buku masing-masing lah ye :))







IMG_7179
kameng tiada kaitan.kes jakun kut.heh.







Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP