unexpected vacation



okay. so i was home sweet home last night. bertolak dari kolej jam 3 ptg dan sampai terengganu, kuala terengganu to be exact jam 1 pagi. heh. tangan cramp lagi sebab angkut barang dalam keaadan sejuk angin malam (tak tahu ada kaitan ke tak.heh). driver bus upsi sangatlah santai. mentang-mentang la bus fee WAS FREE masuk sekali pakej tajaan bahana kurantin H1N1, diorang pun sasuke sesuka hati je bawa bas. kalau boleh semua R&R nak singgah. bukan setakat singgah, melepak pulak lama bukan main. kesabaran je la kami2 yang nak cepat sampai ni. btw, the journey didnt as bad as it seems. heh. balik kampung bai, seronok ape....

cuti sampai 9/8..dan rasa-rasanya ni la cuti ulung kali yang mana aku bawa balik unfinished business. haih. nasib laa dapat cuti terdesak macam ni. rosak habis plan nak sambut puasa dengan famili, plan nak ziarah cikgu, plan blah blah blah...

okay i better stop now. tangan cramp lagi.

esok-esok saja...



Read more...

kisah dari tingkap



IMG_5756a


IMG_5757a


IMG_5758a



aku shoot dari tingkap bilik je ni. ini kisah pagi tadi. cuaca lawa. langit sangat cantik. awan juga jelita-jelita bentuknya. cahaya dari bintang besar itu pun sangat menakjubkan. dalam hati ada sedikit mengeluh. warna-warni pagi tak selari dengan kegundahan yang dirasai. cuma satu, aku harap tiada yang parah.




dan ini kisah sebentar tadi, sebelum asar. pengumuman rasmi daripada HEP mengatakan keadaan are getting worst. tidak boleh tidak U kena tutup. semua kena hambat balik. yang tinggal hanya yang disah positif. so nampak gaya, mid sem break dianjak lebih awal, dan kami akan bercuti sampai 9/8 ni. gila lama!

dan seharusnya, 2 midterm test sabtu dan ahad ni cancel!..

2 lab hari ni dan 1 lab jumaat ni terpaksa berlari ganti-ganti entah bila, dan

2 test next week juga batal..


oh, tak termasuk lagi assignment2 yang kena submit minggu depan dan seterusnya..




jujur dari aku,
aku tak tahu ini satu rahmat atau balasan.
tapi satu perkara aku pasti,
when something bad happen at major, it's sure something wrong missing somewhere.
dan menjadi satu perkara wajib untuk manusia balik ke pangkal.
balik ke fitrahnya.



semoga semua bertabah dengan ujian ini.


Read more...

jam satu pagi



baru aje siapkan report TSE. tengah berkira-kira nak tidur atau mengaji sikit kimia. mengaji sikit je lah dulu. at least bergerak jugak. esok kelas pukul lapan. tapi....


heh.takde maknanya fikir pasal esok sebabnya kami tetap akan menghuni katil empuk ni entah sampai bila. upsi sah dikuarantin. pengetua kolej kami yang manis itu baru saja buat pengumuman.


oh, pengetua kami memang betul manis. kalau tak macam mana si mira boley meroyan??hakhakhak..okay-okay balik topik asal..


topik asal?..tu je la..kami kena kuarantin, sebab si H1N1 tu laa.haihhhhhhh



moga-moga tiada yang parah........

Read more...

worst is nothing if you've prepared well



pelajaran hari ini [1]:

bersedia untuk yang terburuk itu penting. expect the unexpected. baru tak terngadah bila kena. ye memang betul tangan yang memberi jauuuuuuuh lebih baik daripada yang menerima. kena ingat, kita memberi, tapi mungkin balasan yang diterima tidak seperti yang diberi. baik-lah berdiam diri daripada bertanya jika apa yang ditanya itu balasannya bukan bantuan seperti yang diharap.


pelajaran hari ini [2]:

jangan cuba judge orang melampau-lampau. jangan. kena sedar, manusia punya dua-dua muka. baik dan buruk. tak dapat lari sebab kita bukan maksum. akan tiba masa bila sesuatu yang amat dibenci akan dilempar balik ke muka kita. hukum karma. what goes around comes around. nak tahu kuasa karma secara komedi, tonton earl. bengong sikit, tapi balik ke point asal. baik dan buruk. your choice. you choose.


***

quote of the day~


When you have eliminated the impossible, whatever remains, however improbable, must be the truth.
(Sherlock Holmes)




***


minggu ini pasti berat. dan-dan jumpa kuotasi yang suit well.heh.

well well well, nampak gaya kena mengaji lebih minggu ni..:)




Read more...

reminiscent


okay tengah malam tadi dapat berita yasmin ahmad meninggal dunia. tiga empat hari lepas langsung tak belek paper yang betul-betul kertas mahupun online punya method jadi tak tahu yang allahyarham kena strok lepas tu pembuluh darah dalam kepala pecah dan akhirnya koma. hidup pun dengan bantuan mesin hayat.


i am truly not fan of her. movie-movie allahyarham pun aku tengok kat astro kirana. tak pun ria. ke prima entah aku pun tak ingat. tu pun tengok separuh-separuh je jadi jika ada yang tanya pasal plot cerita, memang sah-sah tergantung kalau suruh aku elaborate. takpe lah abaikan bukan nak cerita pasal ni.


aku ada sepupu. lelaki. orang kampung panggil ma'nang. namanya abdul manan. baik. anak soleh. orang terengganu panggil jjuruh. aku tak rapat sangat dengan dia since umur kami berjarak agak jauh dan masa kanak-kanak aku banyak habis dekat selangor. kami jadi rapat bila ma'nang nak kahwin. sebelum hantar rombongan meminang, ma'nang pergi intai dulu calon bini dia sebab calon tu abang dia yang tolong kenen-kenen kan. dia pergi kampung calon bini dia dengan sorang kawan ni nama mat ali. park motor bawah pokok dekat-dekat dengan rumah calon bini dan buat-buat lepak. sekali si calon tu keluar (macam tau-tau je.heh) mat ali terus cakap wehhhhh kalu mu tak mboh aku nok. esok llalu aku suruh mok aku masuk minang. eh eh eh suka suki je kan mat ali nih??..


pendek cerita, terkuatlah jodoh ma'nang dengan calon bini dia ni. masa rombongan meminang dengan kahwin aku ada sekali join the club. siap masa dia ma'nang kahwin aku jadi flower girl eh eh silap aku jadi pemegang duit hantaran. haha. giler best pegang duit ribu-ribu!.. (padahal mokcik-mokcik suruh aku pegang tu sebab yang tu je senang bawak sebab duit tu dalam album dan tak akan terlucut daripada tangan kalau mokcik-mokcik suruh aku bawa sireh ke buah ke alamatnya jalan dua tiga langkah dengan aku aku sekali terbalik.haihhh)


pendek cerita lagi, berbahagialah pasangan ni dengan kehidupan baru mereka. si isteri berhenti kerja dan ikut ma'nang hidup di KL. tup tup aku dengar bini ma'nang pregnant. weh suka ah. lagi boleh tambah koleksi anak sepupu.


satu pagi ni, aku bangun. nak subuh. masa tu tengah mamai lagi aku nampak ummi dekat telefon. ada pelik sikit ah sape yang call pukul 6suku ni. tiba-tiba ummi paling kat aku dan cakap ma'nang baru je meninggal. kaku kejap tak dapat digest. memang sebelum tu aku tahu ma'nang masuk hospital sebab pengsan sebab sakit kepala. tu je la yang aku tahu. tiba-tiba....haish. biar betul


sebetulnya pagi tu aku ada kem SPM kat sheikh malek nung sekolah tersayang. tanpa fikir panjang aku cancelkan pemergian ke sekolah dan terus siap-siap balik bukit payung.


kami tunggu jenazah sampai dari hospital kat KL sehingga waktu zuhur.


dan jenazah selamat dikebumikan sebelum asar.


kenapa eh tetiba keluar cerita nih?..
sebabnya kronologi detik akhir ma'nang sama je macam yasmin ahmad. kena strok. pembuluh darah dalam kepala pecah. koma. mesin hayat. meninggal...

yang tak sama cuma,..
ma'nang tak sempat tengok bayi sulung dia yang masa tu sudah 8 bulan dalam kandungan bini dia. dan dia baru berumur 29 tahun tika itu...



serius.
aku boleh aje lagak cool masa tengah tunggu jenazah tapi bila jenazah sampai dan nampak kelibat bini dia yang tengah sarat, kat situ jugak aku banjir. bini dia tenang je. siap boleh senyum dekat aku. siap boleh mintak tolong aku angkut barang-barang dia daripada kereta. angkut pampers, angkut beg yang ada barang-barang baby...

ya rabbi, sampai sekarang aku ingat setiap satu saat yang berlaku.





kematian tu cukup pasti. lambat atau dekat, persediaan itu penting. dan kadang-kadang kematian itu sudah cukup untuk buat hati yang hanyut tersentak, dan kembali mengayuh ke jalan asal.


alfatihah untuk arwah ma'nang. dan yasmin ahmad.

Read more...

bulan merdeka


nak isya', tapi majlis depan rumah ni tak habis-habis lagi. lagi dua-tiga minit lagi nak pukul 12. aaaaaaaaaaa sedih weh. niat murni nak bangun solat tapi terpaksa tangguh. ohh sekarang mereka tengah berdikir barat. sepatutnya dikir barat jadi favourite aku all the time, sekarang dah mula nak rasa menyampah. haih...

okay back at the first place. pasal ape la tak solat awal waktu tadi kan?..heh. after maghrib terus collapsed tak sedar diri langsung. sakit kepala main panas dekat taman alam. sakit, tapi besttttttttttttt!. biasa lah, every things come with the price kan?..

dan sebetulnya, aku sengaja pilih untuk tidur lepas maghrib because i dont think i can sleep with all the noises out there yang start after isya'..

oh aku tak mengutuk eh. jangan sapa-sapa kecik hati pulak. aku sokong je program-program macam ni cumanya, aku agok nyekit ah dengar suara MC's yang menjerit-jerit tak tentu pasal tu. tahu la excited sambut bulan kemerdekaan tapi pada-pada ah. tak perlu menyaringkan suara untuk tunjuk semangat kita tu. dah la perempuan, tak manis tau tak? tahu tak?..haihhhhhh




dah la. nak isya' dulu. diorang macam dah nak habis. baru macam tenteram sikit. okay ah. cerita timba ilmu di kuala selangor aku key in balik kalau rajin. heh. key in tuuuu tak bleh blah!..

Read more...

off at 3



bukan off blogging. heh.

akan ke kuala selangor untuk dua hari satu malam.

akan bergelak ketawa dengan lotong bukit melawati, ber-flirt dengan kelip-kelip (ya rabbi sangat tidak sabar!!!) di kg.kuantan dan berlawan kenyit mata dengan burung-burung di taman alam.

wahhhhhhhh!!!semangat!

and above all that,
feeling the nature inside myself i guess is the best healing drugs i need right now.


dont miss me TM~

ngeh~

Read more...

violet comforter no more



like in the previous post, i told'ya i cant spill everything out to certain people. and what i mean is, really close people. i hardly believe in people. walaupun manusia tu hari-hari bertenggek dekat dengan aku. aku cuma tak mampu. tak boleh.

it's all depends on me to choose ANYONE, ANYBODY to be my temporary shoulders to cry on. and when i DID told the people, all i ever wanted is understanding. that's it that's all.


sometimes,
things just don't get exactly like the way we want it to be.
just dont...


all i ever need was -"mung oke dok nih?"- question. nothing more nothing less. in fact, that's just MORE than enough. i dont need you to play hard to pleases me when i'm down. i dont need that pathetic looking of you when i'm not in the mood of doing something. even that something is just talking, or smiling to everyone else...please. please. please. i dont need all that.



but..
after a long shower, i realized that sometimes, things that we wish, we think it's just minor in our mind, had giving major headache to the people you choose.

yeah. people just cant see, or behave minor like you did want.

accept it, waa.

you had just choose the wrong person.

for the feeling you felt earlier,

serves you right, man!

















okay.
hari ni hari kechewa.
tu je la kut motif post ni.
haih!






Read more...

been there done that


last night, i have class until 10pm. but it doesn't ended exactly like expected. there was meeting regarding debate project that we are going to handle just at the peak before our final exam later. that's okay, i guess since the marks for projects is enough already to determine whether you can score or not.


went home.

did the isya'.


my stomach was crazily singing the head-banging-type of song. instead of went to dinner (already 11pm, suppose it is supper,isn't?.heh), went to nini's and help her did the final touched up for tse's lab report.

done.

12am. went to dining room (dining tak tahan...) and ate mee kari. eyes starting to feel like there were stones on it. manage to finish it within 15 minutes (gila lama makan mee), went to my office (okay okay bukan office pun tapi meja abc yang tersadai atas katil ni) and started to print out the chemistry report needed to submit today.


roomate asked:

'stay up lagi ke malam ni?'

roomate answered:

'hhe.kena..kena. tiba-tiba lecturer bagi homework suruh siapkan malam ni. kena submit esok pagi. cap ayam laa...'



1 am..so, i was in positioned to finished the homework given. i tried to think (like a student supposed to do) but everything went blank. i was like that for 30minutes and nothing productive like wow! i could ever did.siggggggggh for a very long time.


1.30 am..ketuk-ketuk bantal.set jam.melayang ke alam kayangan.


4.45 am..manage to wake up. and here i am. struggling to finished what's left. (ye la tu what's left padahal habuk pun tak start lagi)



okay.

done with the work.

saya orang islam. jadi saya kena syukur. kena sebut alhamdulillah..

alhamdulillah:)





okay lah, orang dah bang subuh. kena mandi. kelas pukul 8 pulak




eh eh jap...

am i sounded whining?

no lah kut.

student's life is as hectic as usual, so why bother?



been there done that!






Read more...

ketor lutut tu tak sama macam parkinson ye





pokcik telefon tadi. langsung tak cam suara sebab sengau yang melampau. hah. sempat dan berjaya menyamar menjadi lelaki budiman sesat mana entah. sopan bertanya tentang sesuatu berkaitan kontribusi di universiti. berderau jugak darah aku. petaka apa lagi yang bakal aku dapat semester ni. mpp dah berjaya aku tolak awal-awal. walaupun yang mengajaknya YDP sendiri. jmk pun aku taknak. habis air liur syidah nasihat tapi tak langsung dapat ubah kepala aku. ya ampun syidah. heh.

okeh balik cerita asal.

ingatkan apa lagi la yang nak diharapkan dengan orang yang kurang boleh harap macam aku ni. turn out, ada orang bermood baik mahu bergurau malam-malam yang kurang sejuk nih. cisssss. kurang asam punya pokcik. nak tanya pasal tiket straight to the point terus la. buat juling mata aku je tadi berdebo. cisssss sekali lagi.

pokcik tanya tiket. biasa ar toke tiket mana boleh nampak lubang-lubang ni. mesti mau korek nak cari benda nya lah. kami dah decide nak ambil one way je. ikut perancangan asal, minggu yang mana budak2 uni ni berambus balik sambut puasa kat rumah, kami kena menghayati keindahan alam sekitar dekat gunung lang. heh. pernah nampak nama gunung lang kat blog ni? of course lah weh pernah. semester lepas aku si penaip ni dah melepak dua malam kat sana. best. best. best. sape-sape yang pandai cari peluang, ada-lah benda-benda manis yang akan dia ingat pasal gunung lang. so kami akan balik lambat sikit ah daripada budak-budak lain. kena cepat-cepat intai tiket kat putra. takut tak sempat cup. huhihu. alamatnya menangis lagu balik kampung hohoho balik kampung la kami kat kolej yang sangatlah tak best nih. masa ni la...

hah.

sebut pasal kolej tak best, ape pasal tak best hah? cepat jawab jangan pandai kutuk je weh.

sebab jerebu la. masha Allah, gila teruk. banjaran titiwangsa yang jaraknya hanyalah berselang dua tiga batang pokok nyor dari kolej ni langsung vanished. lesap. gone. ghaib. lenyap. hah ambik ko habis keluar anak beranak dia.




asal-asal yang buat aku jatuh hati dengan kolej ni, benda ni lah. view yang sangat meralitkan mata. lawa weh lawa. kalau tak lawa takdenya aku frust dalam flight yang guna masa nak gi kampus bila lalu dan mata langsung tak dapat tangkap kelibat backbone bertuah tu. frust weh...

dan bahananya, dalam kelas hari ni, semua benda pakat buat berjemaah. selesema, demam berjemaah. batuk berjemaah. bersin berjemaah. bergegar TU tu weh bila classmate semua pakat berjemaah. berdentum dentang (aku bantai je nih.macam tak wujud dalam kamus.ekeke..) bunyi masa masing-masing batuk. kalah guruh di langit sepi. eh eh sempat lagi..he he

pokcik pun dok rok badan katanya. aku cakap dengan dia, dok rok dok rok pung, duit masyuk....


pang!!!dia kasik pelempang sedas kat aku.haha.kut telefon la.tak sakit pun.heh...



setakat ni, aku masih bertahan. mungkin sebab melantak kek birthday (tak menyempat promote) tak ingat dunia kut. heh. biasa ah. kek sponsor. choc fudge pulak tu. hah. aku mention pun dah meleleh air liur ni ha.

antibodi kaknini dah start berperang tu. entah menang entah kalah tunggu esok la check. kaknini sila sihat oke. jumaat ni nak gi jalan tengok buaya. eh eh bukan. tengok kelip-kelip kat tempat yang ada buaya..






haih. ketor lutut llalu rase bila sebut boye....

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP